12: Akaun
100 votes + 25 comments
"kau rasa, dapat tahu cara diri sendiri mati tu satu perkara yang menyeronokkan?" balas Eunyoo dengan nada mendatar dan tegas.
"Uh?" Taehyung terkilan sementara.
"Baik jangan cakap pasal ni lagi" akhirnya Eunyoo memilih untuk menutup topik tadi.
Taehyung dan Eunyoo kekal mendiamkan diri sepanjang perjalanan mereka.
☆☆☆☆
Go Eunyoo berjalan mara kehadapan mendekati pintu masuk pejabat itu. Lantas dia ditahan oleh seorang pegawai keselamatan.
"Ahli Forensik Negara" kata Eunyoo sambil menunjukkan kad pengenalannya.
Lalu Taehyung turut menunjukkan kad detektifnya bagi memasuki pejabat itu.
"tolong bagi kerjasama dengan pihak polis" ujar Taehyung.
Pegawai itu membenarkan mereka berdua untuk masuk.
"Park Jimin!" Eunyoo terus memanggil nama itu sebaik sahaja memasuki kedalam pejabat itu. Park Jimin merupakan juruaudit yang terlibat dalam kes ini.
"Ah, wae? Aku baru nak makan ni!" kata Jimin lalu berdiri dari tempat duduknya.
"Maaflah, sebab ganggu kau. Tapi, tadi ketua kau kata yang laporan tentang pengeluaran duit daripada akaun Encik Joo Bok Sil" kata Eunyoo.
Encik Joo Bok Sil ialah pengarah syarikat beg berjenama di Korea yang telah meninggal dunia itu.
Jimin memuncungkan bibirnya tanda tidak puas hati, Dia betul-betul baru sahaja menyuap makanan kedalam mulutnya.
Tiba-tiba sahaja namanya dipanggil, dahlah dia tak dapat makan tengah hari diluar disebabkan kes ini.
"iyalah! iyalah! kejap, aku ambil fail tu" kata Jimin lalu berjalan menuju kearah almari.
Beberapa keping kertas diselitkan dalam fail berwarna biru itu lalu memberikannya kepada Eunyoo.
"Status?" Taehyung bertanyakan kepada Jimin.
Lantas Eunyoo membuka fail itu lalu menyemak helaian kertas yang terdapat disitu.
"Baru pagi tadi, 30 juta usd dipindahkan oleh seseorang dan masuk ke akaun Puan Joo" kata Jimin.
"I-isteri?" Taehyung seakan-akan tidak percaya.
"ya, isteri kepada Encik Joo Bok Sil" balas Jimin.
"Cukuplah, info tu. Maaf ganggu kau makan. Nanti kalau ada sebarang pemindahan wang lagi nanti. Call aku" kata Taehyung lalu menghulurkan kad namanya.
"Ni aku punya" Eunyoo turut memberikan kad namanya.
Lantas Taehyung menghalang tindakan Eunyoo itu.
"Tak apa, kalau ada apa-apa dia call aku je. Nanti baru aku inform dekat kau" kata Taehyung lalu merampas kad nama Eunyoo itu dan memasukkannya kedalam poket seluarnya.
"Aku tak nak pun ngorat teman wanita kau ni" kata Jimin yang seakan-akan memahami mengapa Taehyung tidak membenarkan Eunyoo memberi nombor telefonnya kepada Jimin.
"M-mana ada, dia bukan teman wanita aku pun" balas Taehyung.
"Dahlah, pergi balik. Aku nak sambung makan ni" kata Jimin lalu kembali duduk ditempatnya.
☆☆☆☆
"Kau rasa, isteri dia ke yang upah orang untuk bunuh Encik Joo?" Eunyoo menyoal Taehyung.
"Tapi, boleh juga kalau pembunuh tu sengaja masukkan duit dalam akaun puan Joo supaya nampak macam dia yang bersalah" Taehyung memberikan pendapatnya.
"Taehyung..." panggil Eunyoo.
"Ya?" balas Taehyung.
"Aku lapar" kata Eunyoo.
"Tulah, aku pun lapar" kata Taehyung.
Jadi, mereka berdua mengambil keputusan untuk makan dahulu sebelum pulang ke rumah.
☆☆☆☆
Eunyoo melambai kearah Taehyung sebelum lelaki itu memasuki rumahnya.
Taehyung berjalan kearah suis lampu bagi menghidupkan lampu rumahnya yang gelap gelita itu.
Apabila suis ditekan, lampu masih belum bernyala.
"aduh, aku lupa bayar bil elektrik lah bulan lepas" kata Taehyung sambil menepuk dahinya.
Tiba-tiba Taehyung teringat sesuatu dan bergegas ke dapur, lalu dia membuka paip sinki.
Dan, tiada air yang mengalir.
"Argh! aku lupa bayar bil air juga!" marah Taehyung pada dirinya sendiri.
☆☆☆☆
Eunyoo membuka pintu rumahnya apabila pintu itu diketuk dari luar.
Terserlah wajah Taehyung dengan tuala dilehernya dan berus gigi yang dipegangnya.
"Ermm, hehehe boleh tak kalau, aku nak tumpang mandi boleh?" Taehyung menyoal.
"Uh?"
TBC
Haaa, mula dah babak-babak diantara hero dan heroin!
Sabo jap, kau tak tahu ke cerita aku ni susah di ramal😂😂 tak ah aku gurau je.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top