11 : Daging
120 votes + 20 comments
Taehyung dan Jungkook saling berpandangan. Mereka berdua duduk secara berhadapan dengan pemanggang daging tu.
"err.. weh, daging tu nampak macam nak hangus dah" kata Eunyoo.
Lantas Jungkook mencapai penyepit begitu juga dengan Taehyung.
"biar aku yang buat" kata Jungkook.
"tak apa, biar aku yang buat" balas Taehyung pula dengan nada dingin.
"Bagi sini penyepit tu, biar aku buat. Aku lapar ni setan, kau nak gaduh tempat lainlah" Namjoon menyampuk lalu merampas penyepit dari tangan Taehyung.
Jungkook meneguk air liurnya disebabkan rasa tercabar dengan tindakan Taehyung tadi.
Sebenarnya apa masalah lelaki itu? Kenapa dia ada dimana-mana sejak dua menjak ni?
Bunyi telefon Eunyoo berdering membuatkan semua orang memandang kearahnya.
Lantas gadis menjawab panggilan itu.
"ha, dah jumpa? ok, aku datang sekarang" jawab Eunyoo lalu mematikan panggilan itu.
"Jungkook,aku kena pergi, dokumen pemindahan wang dah jumpa. Aku nak pergi semak" kata Eunyoo.
"alah weh, aku nak belanja kau ni" balas Jungkook.
"nantilah, aku ada kerja ni" kata Eunyoo lalu dia menghulurkan tangan kanannya kepada Jungkook.
Jungkook menarik muncungnya sambil memandang gadis itu.
"cepatlah, aku tak ada masa nak pujuk kau merajuk" kata Eunyoo.
Lantas Jungkook mencapai tangan kanan Eunyoo dan mereka meneruskan dengan special handshake.
Taehyung memandang babak itu dengan penuh perasaan yang sukar diungkapkan.
Eunyoo pergi kearah pintu keluar restoran itu.
"tunggu!" teriak Taehyung.
Eunyoo berpaling kebelakang.
"aku ikut kau" kata Taehyung.
Eunyoo berfikir sejenak, lagipun Taehyung juga terlibat dalam kes ini, jadi apa salahnya?
"naik kereta aku, kita pergi sekali" kata Eunyoo kepada Taehyung.
Sempat Taehyung mengukirkan senyuman sinis kepada Jeon Jungkook.
Jungkook mengetap bibir, mahu sahaja dia menarik rambut Taehyung sampai tercabut.
☆☆☆☆
"Kau tak lapar ke?" Taehyung menyoal.
"tak" balas Eunyoo sambil memandang kearah jalan raya.
Grrr
"pasti yang kau tak lapar?" Taehyung menyoal semula dengan nada mengejek.
"kau pula? tak lapar?" balas Eunyoo.
"mestilah tak" balas Taehyung.
Grrr
Eunyoo menahan ketawanya apabila bunyi perut Taehyung bergema didalam kereta itu.
"dah, fokus pemanduan kau tu" balas Taehyung bagi menutup malu.
"ya, aku tahu" balas Eunyoo.
"mesti best kan ada kebolehan lihat masa depan" Taehyung sengaja menukar topik.
"kau rasa, dapat tahu cara diri sendiri mati tu satu perkara yang menyeronokkan?" balas Eunyoo dengan nada mendatar dan tegas.
Sudah, Taehyung salah pilih topik perbualan.
TBC
Cerita ni macam teraburkan? Aku nak delete ah, nak buat yang lain yang lebih bagus.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top