Special Part (Syira) - II
Syira's pov
Dentuman guruh menyedarkan aku dari lena.
Kriukkk~
Perut ditekan kuat. Aduh, lapar pula. Nak tidur semula tak boleh. Jam loceng di sebelah dilihat sekilas.
5.26 pagi.
Aku bangun dan berjalan perlahan ke ruang tamu. Baik tengok tv sementara tunggu pagi. Nanti kena pergi sekolah pula. Malasnya rasa.
Punat on di alat kawalan jauh ditekan. Siaran yang dialih sejak tadi terhenti di satu channel.
Tu... Kang Ha Neul? Ah, oppa! Okay, stop menggedik, Syira.
Mata fokus melayan kdrama yang bertajuk Scarlet Heart. Bagusnya, bila mati aje terus termasuk zaman lain. Kalau cerita ni betul, dah lama aku tolak Ammar dalam laut. Biar dia terperangkap dengan zaman dulu. So, tak perlu hadap muka dia dah.
"Syira."
Ada satu suara halus memanggil. Naik bulu roma aku. Mana mungkin!
"Syira, sayang..."
Ah, suara itu lagi. Kaki dinaikkan di atas sofa dan mata ditutup rapat. Oh, pergilah engkau wahai hantu. Syira tak hafal ayat kursi lagi ni. Tak kan nak baca doa makan pula!
"Hei, Syira. Dengar tak mama panggil ni?" Terasa bahu ditepuk dari belakang. Aku menghembus nafas lega. Mama rupanya. Buat orang takut aje.
"Tengok cerita apa ni? Wow! Korea? Sejak bila anak kesayangan mama ni layan korea?" Mama mengambil tempat di sebelah aku. Bahu aku dipeluk dengan sebelah tangan. Fokus aku pada tv terganggu.
Sejak bila anak kesayangan mama ni layan korea?
Anak kesayangan mama.
Kesayangan mama.
Kesayangan.
Ayat mama bergema di telinga. Syira ni kesayangan mama lagi ke? Syira tak rasa macam tu, ma.
"Syira nak makan?" tanya mama. Aku menggeleng. Patrick masih dalam pelukan.
"Pandang mama, sayang." Lembut suara mama kedengaran. Tangan mama melekap di pipi aku kemudian menarik perlahan wajah aku menghadap dia.
"Syira marah mama?" soal mama. Aku tak menjawab. Hanya memandang anak mata mama. Patutlah papa suka, mata mama lawa.
"Syira dah tak sayang mama?" Soalan mama buat aku tersentak. Suara mama... sayu.
Syira sayang mama.
Malangnya suara aku tersekat di kerongkong. Mama menghela nafas berat. Tangan yang asalnya berada di pipi aku turut diturunkan.
"Betul lah kan? Syira dah tak sayang mama," ujar mama perlahan. Ada getaran pada suara itu.
"Tak apalah. Mama naik atas dulu. Nak solat Subuh sekali dengan papa. Kalau Syira lapar, panggil aje mama tau." Habis saja ayat, mama bangun dan naik ke bilik. Kedengaran pintu ditutup. Serentak itu air mata aku mengalir deras.
Mama, papa... Syira rindu.
6.21 pagi.
Aku mengesat air mata. Langkah diatur ke bilik utama. Pintu dibuka perlahan. Kelihatan mama yang masih bertelekung bercakap dengan papa. Baru lepas solat mungkin.
Tak mahu menganggu, aku tutup pintu semula. Tapi belum sempat ditutup, tangan aku terhenti. Rasanya macam dengar mama dengan papa sebut nama aku.
"Macam mana ni? Syira marah lagilah," adu mama.
"Abang pun tak tahu. Tapi abang rasa abang tahu kenapa dia jadi macam tu." Suara papa...
"Kenapa?" Mama menyoal. Perbualan makin rancak. Aku cuba fokus mencuri dengar.
"Dia cemburu tengok kita layan Ammar," jelas papa.
Yes! Memang pun! Entah apa lagi yang dibual mereka, tak jelas di telinga aku. Tapi aku sempat menangkap suara mama.
"Zia sayang Syira. Zia rindu. Zia bukan sengaja tengking dia tadi tapi Zia penat sangat. Ya, memang Zia salah tapi... ah, Zia tak tahu! Tadi pun Syira tak nak bercakap langsung dengan Zia," luah mama. Tak lama kemudian, terdengar esakan dari mama.
Jangan menangis, ma. Please.
Aku mengintai sedikit. Mama menangis dalam pelukan papa. Mama nangis sebab Syira ke, ma?
Tak menunggu lama, aku melangkah perlahan masuk ke bilik mereka. Mama yang membelakangi aku masih tak perasan tapi papa nampak. Habis cuak muka papa tengok aku.
"Syi-" Tak sempat papa memanggil, aku jatuhkan badan dalam pelukan papa. Mama tersentak. Aku peluk erat kedua-dua tubuh itu.
Rindu.
"Maa... paa... Syi... Syira minta... minta ma... af," pinta aku tersedu-sedu. Terasa mama membalas pelukan aku. Papa pula peluk kami berdua.
"Syira tak salah. Sorry, my dear." Mama mencium pipi aku bertalu-talu.
"Papaa..." Aku memanggil.
"Ya, sayang." Kedengaran getar dari suara papa.
"Sorry, pa," pinta aku ringkas. Papa mengangguk.
"Papa," panggil aku lagi sekali.
"Kalau papa nak nangis, nangis ajelah," bidas aku.
Mama lepaskan pelukan dan ketawa terbahak-bahak. Aku tersenyum kemudian duduk di riba papa. Tangan memeluk leher papa erat.
"Alala, sayang Syira ni. Habis comot muka papa nangis. Macam koala," usik aku kemudian pelukan terlerai.
Papa tersengih. Mama mengesat air mata papa dengan ibu jari.
"Apalah, awak ni. Malu aje menangis depan anak," ejek mama.
"Biarlah. Dah tu Syira tak sayang saya, memanglah nangis," balas papa sayu.
"Eh, mana ada! Syira sayanglah!" Aku memprotes.
"Betul ni sayang?" soal papa.
Aku mengangguk laju. Adoi, rasa nak tercabut kepala. Tak apalah, demi papa.
"Em... mama," panggil aku perlahan. Mama yang sedang cabut telekung kalih memandang aku.
"Lapar," adu aku kemudian lentokkan kepala di dada papa. Tergelak mama dibuatnya. Papa pula mengusap rambut aku.
"Nak makan." Aku merengek manja. Mama tersenyum.
"Okay. Nak nasi ke roti?"
"Nasi!" balas aku ceria. Mama mengangguk.
"Mama panaskan lauk dulu. Syira mandi," pesan mama seraya keluar dari bilik. Bila pintu dibiarkan terbuka, aku pusing menghadap papa.
"Apa pandang-pandang?" soal papa.
"Syira tak puas hati dengan papa," balas aku. Mata dikecilkan.
"Tak puas hati apa, sayang?" tanya papa lembut.
"Papa suruh budak tu panggil papa papa. Papa tak layan Syira. Papa tinggal Syira. Papa tak pujuk Syira." Aku menjawab direct. Papa nampak terkejut.
"Syira cemburu?" soal papa curiga.
"Soalan apa ni, pa? Mestilah. Papa lagi sayang budak tu dari Syira." Aku mencebik.
"Budak tu-budak tu. Nama dia Ammar," balas papa.
Mengelak dari soalanlah tu. Aku menjeling tajam dan berura-ura mahu keluar dari bilik.
"Syira."
Serentak itu tangan aku dicapai lembut dari belakang. Papa menarik aku ke dalam pelukan kemudian pipi aku dicium.
"Papa sayang Syira, okay. Ammar is Ammar. Tapi Syira tetap buah hati papa," pujuk papa. Aku tersenyum senang.
***
Aku termenung sendiri di laman rumah. Tangan ditongkat ke belakang manakala kaki elok bersila di atas rumput. Apa yang aku fikirkan?
Ammar.
Eh, bukan suka! Syira kecil lagi. Cuma rasa sakit hati tu dah tukar jadi selesa. Tapi masih... Aku tak pernah balas apa yang dia cakapkan selama seminggu ni. Kesian berbual sorang-sorang.
"Nah!" Ladybird yang berada di dalam kotak lutsinar ditayang depan muka aku. Senyuman mekar di bibir.
"Wah, comelnya!" jerit aku teruja. Kotak tadi dicapai dan ladybird diperhati dengan penuh minat.
"Satu... dua... tiga! Ada tiga!" jerit aku sekali lagi.
"Suka tak?" soal Ammar kemudian duduk di sebelah aku.
Aku terkedu. Lupa pula nak mempertahankan ego untuk tak bercakap dengan budak ni.
"Tak," balas aku ringkas. Kotak itu diletakkan di atas riba Ammar.
"Ala, tapi Ammar nak bagi Syira." Ammar letakkan semula kotak tadi di riba aku. Aku tunduk melihat ladybird. Kecil aje. Comel. Tapi...
"Syira ambil aje. Syira suka kan?" soal Ammar sambil tersenyum manis. Aku diam tak berkutik.
"Kalau tak suka Syira buang ajelah. Ammar balik dulu." Ammar membalas dingin kemudian bangun. Merajuk ke? Rasa bersalah pula, haish!
"Ammar," panggil aku perlahan.
Langkah Ammar terhenti. Badannya dipusingkan menghadap aku. Wajah masih beku.
"Terima kasih," ucap aku ikhlas. Senyuman juga terhias elok di bibir.
Ammar nampak terkedu. Tak lama lepas tu, dia ikut tersenyum. Cepat-cepat Ammar bersila di depan aku.
"Syira suka?" soal Ammar teruja. Aku menggangguk. Senyuman masih belum pudar.
"Baguslah. Ammar suka tengok Syira senyum." Ammar menghembuskan nafas lega.
Eh, kejap! Dia suka tengok aku senyum?
"Erm... Ammar beli kat mana ni?" soal aku polos. Jelas kerutan di dahi Ammar.
"Beli? Ammar tangkaplah, Syira. Jom kita bagi ladybird ni nama," ajak Ammar kemudian dia meniarap di atas rumput itu sambil menongkat dagu. Aku mengangguk dan ikut perbuatannya. Kami sama-sama memandang ladybird itu.
"Erm, nama Syira... Atira Insyirah. Kita letak nama dia Atira, okay?" cadang Ammar. Aku tersenyum gembira.
"Boleh! Kalau macam tu lagi satu tu kita letak nama... em, apa nama penuh Ammar, eh?" soal aku sambil tersengih.
"Ammar Farhan," jawab Ammar ringkas.
"Kalau macam tu... Ammar Farhan, eh? Ha, kita letak nama dia Farhan!" sorak aku sambil tepuk tangan. Ammar mengangguk setuju.
"Tapi lagu satu tu?" soal Ammar pula. Aku berkerut memikirkan nama untuk ladybird ketiga.
"Kalau... Jimmy?" Aku bagi cadangan.
"Tak naklah. Kita panggil dia Timah." Ammar menolak cadangan aku. Seriously, Ammar. Timah? Kenapa tak Tipah aje terus.
"Ala, tak sukalah! Nak Jimmy juga! Siapa Timah tu? Eiii!" protes aku geram.
"Pulak dah. Kita gabung ajelah nama Jimmy dengan Timah," ujar Ammar. Bernas juga cadangan dia. Tapi...
"Jimmah?" soal aku pelik.
Terletus tawa dari Ammar. Sampai tergolek-golek atas rumput tu. Amboi, sukanya dia!
"Tak nak kawan," rajuk aku. Automatik Ammar berhenti ketawa.
"Ala, janganlah. Okay, macam ni. Kita panggil dia... em, Timmy?" Ammar memujuk. Aku ukir senyuman bahagia.
"Timmy? Perfect! Hai Atira, Farhan, Timmy!" Aku melambai pada ketiga-tiga ladybird itu.
"Syira," panggil Ammar serius. Dia mula bangun dan duduk bersila elok-elok. Begitu juga aku.
"Ya?"
"Ammar pernah jaga ladybird macam ni tapi tiba-tiba dia mati. Kesian kan?" cerita Ammar sayu.
"Tapi kenapa?" soal aku ingin tahu.
"Mummy Ammar kata, kita tak boleh jaga ladybird tu. Kita kena biar dia hidup sendiri," jelas Ammar. Aku mengangguk perlahan.
"Jadi... kita kena lepaskan dia?" tanya aku. Sayangnya rasa nak lepaskan.
"Ya." Ammar mengangguk.
Jeda.
"Jomlah kita lepaskan! Kesian, dia. Nanti mati." Aku mengajak ceria tak mahu suasana kekok.
Wajah muram Ammar turut berubah ceria. Kami berdiri dan kotak tadi dibuka.
Aku mengambil salah satu ladybird dan letakkan di atas jari telunjuk. Hentam aje mana-mana sebab sama.
"Atira. Terbang bebas, okay!" Aku letakkan Atira di atas daun pokok bunga mama. Kemudian dia terbang.
"Ni pula Farhan. Jaga diri, okay." Giliran Ammar melepaskan. Aku tersenyum dan mengambil Timmy pula.
"Bye-bye, Timmy!" ucap kami serentak dan... terbang!
Kami melambai-lambai biarpun sebenarnya tak nampak mana diorang pergi.
Drama lebih.
"Kesian diorang dah terpisah," kata aku sayu.
"Syira..." Ammar meleretkan suara.
"Ya, Ammar," aku menjawab. Badan dipusing menghadap Ammar.
"Syira jangan lupa nama Ammar tau? Ingat nama Ammar tu betul-betul," pinta Ammar. Tapi... kenapa?
"Nanti Ammar kena pergi jauh. Mama kata pindah lepas puasa nanti," sambung Ammar lagi.
Aku terkedu.
"Jangan tinggal Syira." Aku mencebik.
"Syira kena tunggu Ammar datang cari Syira. Ammar nak kahwin dengan Syira," janji Ammar.
Aku memandang pelik. Gatal betul budak Ammar ni!
"Kita baru tujuh tahunlah, Ammar. Mama suruh belajar," balas aku.
"Tahulah tapi nanti dah besar Ammar nak kahwin dengan Syira sorang aje!" protes Ammar. Berkerut-kerut kening dia.
"Okaylah. Ammar Farhan. Betul kan nama tu?" soal aku ceria. Ammar tersenyum.
"Betul! Atira Insyirah?" soal Ammar pula.
Aku mengangguk senang. Kecil-kecil dah pandai buat janji macam ni!
"Ammar janji, eh?" Aku keluarkan jari kelingking.
Ammar memandang lama sebelum jari kelingking kami berdua bertaut kemas.
Janji tercipta.
***
Syira matang? Totally! Haha! Ada lagi satu spc chap. Nak ke? 😜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top