Special Part (ReeZia)

Zia's pov

Mata galak memerhati pasangan merpati sejoli.

Ya, kecewa.

Kenapa buat Zia macam ni? Zia tak nak tuduh tapi Zia nampak dengan mata Zia sendiri, abang...

Aku bangun dari kerusi restoran dan pulang ke rumah. Tak perlu untuk serang mereka.

Kenapa?

Sebab Fareez nampak bahagia.

Sampai di rumah, aku terus melangkah ke bilik Syira. Pintu dikuak perlahan tak mahu mengganggu lenanya. Wajah suci Syira ditenung dengan penuh kasih.

"Syira... papa dah tak sayang mama," bisik aku. Ada getaran pada suara itu. Tangis ditahan jua.

"Goodnight, princess. Sweetdream." Pipi tembam Syira dikucup. Kemudian aku bangun. Diperhati sekali lagi wajah anak kesayangan sebelum pintu ditutup rapat.

"Eh!"

Terkejut aku tengok Fareez yang sedang berdiri depan bilik Syira. Tangannya dicapai dan dikucup hormat.

"Nak tengok Syira ke?" soal aku.

Fareez mengangguk sebelum masuk ke bilik anak gadisnya. Aku hela nafas panjang.

Mampukah aku untuk bertahan?

***

Pagi ni aku sediakan bihun goreng dengan karipap.

"Morning, ma," sapa Syira.

"Morning, sayang." Aku membalas. Bihun diletakkan di pinggan kemudian dihulurkan pada Syira. Syira makan dengan berselera.

"Makan cepat, Syira. Papa dah lambat ni. Tinggal kang," arah satu suara yang baru turun dari tangga.

"Kenapa nak cepat? Syira baru aje makan," protes Syira.

"Makan ajelah! Tak payah banyak soal!" Suara Fareez naik satu oktaf. Aku terkedu manakala Syira sudah tercebik menahan air mata.

"Apa masalah abang ni? Syira tu kan tengah makan. Dahlah. Nak pergi, pergi aje. Zia boleh hantar Syira." Suara aku turut dinaikkan satu oktaf. Fareez dah melampau.

"Suka hatilah." Tanpa rasa bersalah, Fareez melangkah keluar dari rumah. Terduduk lemah aku di kerusi, termenung lama.

"Mama..." panggil Syira perlahan menghapus lamunan. Tangan aku digoncang-goncang.

"Ya, sayang."

"Papa dah tak sayang kita ke?" soal Syira dengan muka tak berdosa. Aku terdiam sejenak.

"Papa stress kerjalah tu. Dah siap makan kan? Jom pergi sekolah. Hari ni mama pergi kafe. Ada hal sikit." Aku cuba mengalih topik. Syira mengangguk lemah dan mencapai beg sekolahnya.

Selesai aje masalah di cafe, aku mula memandu pulang. Tiba-tiba mata aku terancap di salah satu restoran yang berdinding kaca.

Macam kenal...

Tak membuang masa, aku bangun dan masuk ke restoran tadi. Mata melilau mencari bayang dia... dan dia. Ya. Berdua. Again...

Jumpa!

Kelihatan Fareez sedang bergelak ketawa dengan seorang perempuan.

Krak!

Bunyi apa tu?

Hati aku.

Kenapa?

Jangan persoalkan.

Sakit.

Aku mengambil keputusan untuk pergi dari situ. Jemu memandang mereka. Dah kerap sangat nampak tapi aku tak pedulikan. Aku masih ada akal. Kalau aku suarakan ketidakpuasan hati, pasti dia melenting. Bila dia melenting, Syira akan takut.

Baru satu langkah menuju ke pintu keluar, mata Fareez tepat menghala ke arah aku. Aku cuma abaikan kemudian memecut kereta pulang ke rumah. Tak betah berlama di situ.

***

Dua hari aku berperang dingin dengan Fareez.

Penjelasan?

Tentu saja dia selalu merayu pada aku untuk mendengar penjelasan dia. Tapi aku malas.

Kenapa malas?

Hati aku tawar.

Letaklah gula.

Ni hati manusia, bukan hati ayam, ayam!

"Sweetbun..." panggil Fareez perlahan.

Apa jadahnya malam-malam buta dia pakai jeans? Mata aku masih fokus memandang skrin tv. Masa macam nilah Syira tak ada. Mama curi anak aku, huhu.

"Hei, sayang. Abang panggil ni. Sengaja tak jawab ke apa?" Fareez masih tak berputus asa.

Yes. I'm giving you a silence treatment. Tulah padahnya main kayu tiga empat lima!

"Jom starbucks," pujuk Fareez. Aku diam. Oh, patutlah pakai macam tu.

"Please... saya craving ni. Please, please," rayunya dengan suara manja. Aku memandang pelik. Dah kenapa jadi kucing siam ni? Selalunya marah aje.

Heh!

"Ajak Rose," balas aku sepatah. Muka Fareez nampak terkejut.

"Nak dengan awak aje," katanya kemudian menggenggam tangan aku. Aku tak menolak.

"15 minit." Aku memberi kata putus. Terus lebar senyuman Fareez.

Sampai ke di Starbucks, aku mengambil tempat di hujung sekali. Tepi tingkap. Kosong aje dalam ni. Pelik. Selalunya penuh.

Sementara menunggu Fareez di kaunter, aku bermain dengan hujung lengan sweatshirt. Jarang pakai. Ni pun pakai sebab sejuk.

"For you," hulur Fareez.

Aku mengambil dan letak di atas meja. Mata rasa mengantuk. Patutnya aku dah tidur tapi ni semua sebab Fareez!

"Diam aje?" tanya Fareez.

"Tak ada topik." Aku membalas ringkas.

Klak!

Lampu terpadam.

Gelap.

Aku meraba-raba dalam kegelapan mencari Fareez. Tak ada!

"Abang... mana abang?" panggil aku gelisah.

"Jangan main-main! Tak kelakar tau!" jerit aku lagi. Namun tiada balasan.

"Zia kira sampai lima. Kalau tak muncul juga, Zia merajuk!" Aku mula mengugut.

Dahlah tinggal aku dalam gelap. Dalam masa yang sama, kepala aku turut memutar memori tujuh tahun lepas di Sabah. Tapi kali ni apa pula?

"Satu..." Kiraan dimulakan.

"Dua." Ni aje yang aku mampu buat.

"Tiga." Tiada sahutan.

"Em... pat." Ada getaran pada suara aku.

"Li-"

Tiba-tiba ada satu cahaya dari skrin di depan aku dan kiraan serta merta terhenti. Apa semua ni?

(PLAY MEDIA 💞🌈✨)

Terdengar petikan gitar. Mata aku memandang tepat pada skrin.

Fareez.

Percayalah ku setia
Jangan pernah ragu cintaku
Yang selalu memanggil namamu
Di setiap detak jantungku

Air mata mengalir tanpa dipinta. Apa... apa niat dia sebenarnya?

Hampa mengunci jiwa
Saat jauh dari kasihmu
Benar-benar aku tak mampu
Hidup tanpamu memelukku

Fareez dalam rakaman itu tersenyum sejenak sebelum menyambung.

Maafkanlah diriku
Yang pernah selalu melupakan
Setiap kasih yang kau beri
Setiap cinta yang kau bagi

Aku tertunduk. Entah apa yang harus aku rasa.

Sungguh sepi malamku
Tak seperti saat denganmu
Tika kau ada di sisiku
Menghiasi mimpi indahku

Malam saya pun sunyi tanpa gurau senda awak.

Sayang sayang
Aku rindu
Setengah mati padamu

Saya... pun rindu awak!

Sayang sayang
Ku tak mungkin
Sendiri tanpa dirimu

Saya sayang awak!

Engkaulah bintang di malamku
Cahaya di setiap gelapku
Dirimulah cinta sejati

Senyuman mula terukir di bibir aku.

Sayang sayang
Aku rindu
Setengah mati padamu

Sayang sayang
Ku tak mungkin
Sendiri tanpa dirimu

Lampu dihidupkan semula.

Percayalah ku setia
Jangan pernah ragu cintaku
Yang selalu memanggil namamu
Di setiap detak jantungku

Aku rindu...

Rakaman di skrin terpadam apabila rangkap terakhir lagi dihabiskan. Serta merta aku berdiri.

"Sayang..." panggil satu suara dari belakang. Aku pusing mencari punca suara.

"Happy birthday, angle," ucapnya ringkas sambil mengelap air mata di pipi aku. Kemudian Fareez melutut dan menghulurkan sejambak bunga ros merah.

"Jahat!" Kakinya yang melutut aku sepak kuat. Geram, wei!

"Auw, sakitlah!" aduhnya kemudian duduk atas kerusi di berdekatan. Bunga diletakkan atas meja.

"Rindu abang..." luah aku. Tak menunggu lama, aku terus duduk atas riba Fareez dan sembamkan muka di bahunya.

"Shh... manjanya sayang abang sorang ni." Terasa ada tangan yang memeluk pinggang aku.

"Jahat! Kejam! Kenapa buat Zia macam ni!" Semakin galak air mata keluar.

"Sorry," pintanya.

"Bukan tu yang Zia nak dengar. Siapa Rose?" soal aku kemudian angkat kepala memandang wajahnya. Dahlah bagi pun bunga ros. Ada juga aku campak loji kang.

"Mana sayang tahu nama dia  hm?" tanya Fareez.

Huh, elak dari soalan ke apa? Bukannya aku lembap sangat. Upah aje si Najihah tu untuk siasat apa jadi!

"Nak jawab ke tak?" Mata aku tajam menikam anak mata Fareez.

"Kawan. Abang saja nak buat Zia cemburu," jelasnya. Aku kerutkan kening.

"Kenapa?"

"Suka-suka. Nak mengada dengan Zia." Senyuman nakal terukir di bibir Fareez.

Aku telan liur yang terasa kesat. Cepat-cepat aku bangun dari ribanya dan duduk di kerusi bertentangan.

"Ala, kenapa bangun?" Fareez mencebik hampa.

Aku julingkan mata. Baru nak membalas, kedengaran ada banyak suara yang menyanyi.

"Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to Zia. Happy birthday to you!" nyanyi mereka serentak. Siapa mereka?

Mama, papa, ibu, ayah, Zaqwan, Syira, Ammar, Hanis, Aizat, Najihah dan beberapa pekerja di situ.

Aku bangun. Mata dipejam dan permintaan dibuat sebelum meniup lilin di atas kek. Senyuman melebar.

"Apa awak minta, sayang?" soal Fareez ingin tahu.

"Mana boleh cakap. Rahsia," balas aku selamba.

"Mama! Syira dapat ni!" Dua coklat Cadbury ditayangkan.

"Siapa bagi?" soal aku.

Muka Fareez pula dah gelabah dan sesekali isyarat mata diberikan pada Syira. Malangnya Syira tak faham.

"Papa bagi!" jawabnya ceria.

"Kenapa papa bagi?" Aku menyoal lagi.

"Sebab Syira berjaya berlakon nangis masa papa marah haritu!"

Satu saat.

Dua saat.

"Ops!" Syira menekup mulut bagai terlepas cakap sesuatu. Aku tersenyum mengejek pada Fareez.

"Oh I see," kata aku. Senyuman sinis manis tak lekang dari bibir.

Rancangan budak berdua ni rupanya. Patut pun aku rasa pelik bila Fareez marah-marah. Setahu aku, dia yang selalu manjakan Syira.

"Errr... surprise?" Fareez tersenyum kekok. Serentak itu terhambur tawa dari kami semua.

"Ha, kan dah kantoi. Potong kek ni cepat!" arah mama yang dari tadi berdiam diri.

Aku akur.

Sedang kami semua enak menikmati makanan, pintu diterjah kuat dari luar.

"Fareez Ilham! Kenapa buat I macam patung? I sayang you!" jeritnya kemudian melangkah laju ke arah Fareez.

"I sayang you!" jeritnya lagi sekali.

Dia semakin hampir dengan Fareez. Baru je tangan Rose nak memeluk tubuh Fareez, sepotong kek elok mendarat atas mukanya.

Pak!

"Wopsss, sorry. Tadi kek tu kata nak terbang dengan rama-rama," pinta Syira selamba.

Aku menahan tawa. Wajah Rose yang diselaputi kek itu memandang Syira tajam. Hati aku mula risau. Pantas aku bangun dan merangkul erat tubuh Syira. Fareez pula merangkul bahu aku.

"Kau-" Belum sempat Rose memaki hamun, ada satu lagi suara menerjah.

"Kak Mah! Jangan buat kerja gila! Aku kata balik! Balik!" jerit suara garau itu pada Kak Mah.

Eh? Kak Mah?

"Tapi-"

"Balik sebelum aku heret!" Suara tadi mengugut lagi. Dengan hentakan kaki, Rose pergi dari situ. Kami memandang lelaki tadi hairan.

"Maaf, ya. Saya Alif. Kakak saya tu degil sikit. Nanti saya suruh ayah saya nasihat dia," pinta Alif.

"Nama dia apa sebenarnya?" soal aku ingin tahu. Fareez masih diam. Macam dah tak ada suara.

"Rosmalina," jawabnya ringkas.

Tawa sedaya upaya cuba disembunyikan. Selepas Alif meminta diri, kami semua hamburkan tawa.

"Pfttt... nama Rosmalina. Ada hati nak gantk tempat adik aku!" ejek Zaqwan sambil menekan-nekan perutnya.

"Tu lah pasal, bro! Kak Mah? Cun habis, nama!" Aizat menyandarkan badan pada kerusi. Penatlah tu ketawa.

"Ish, korang ni! Tak baiklah" kata aku. Fareez memandang aku pelik.

"Ala, sayang nak gelak, gelak ajelah. Tak payah tahan-tahan," respon Fareez. Aku hanya tersenyum.

"Zia..." panggil Fareez romantik.

Alahai... Depan orang ni, weh! Matanya terancap pada bibir aku. Aduyai, jangan buat benda yang memalukan, please.

"Your lips look so lonely. Would they like to meet mine?" tanya Fareez nakal.

Serentak itu terdengar sorakan kuat dari mereka. Pekerja di situ pun sama naik! Muka aku membahang.

"Comel!" puji Fareez dan pipi aku dicubit perlahan.

"Warghhh!" Zaqwan.

"Damn it!" Aizat.

"God, I'm dying..." Hanis.

"Awak nak macam tu tak?" Papa.

"Jangan mengada!" Mama.

"Fareez sweet macam ayah dia." Ayah.

"Perasan!" Ibu.

"Sweetnya! Nanti dah besar Ammar nak buat macam tu jugalah dekat Syira." Ammar.

"Okay, Syira tunggu!" Syira.

Rasanya pipi aku dah macam tomato ni. Sabar, Zia. Jangan kalah.

"Abang..." panggil aku. Automatik suara suara sumbang tadi senyap.

"Can I have direction?"

"To where?" Soal Fareez pelik.

Aku tersenyum manis sebelum menjawab.

"To your heart."

Serentak itu tapak tangan diletakkan di atas dada kiri Fareez dan serentak itu juga mereka semua bersorak gembira. Again.

"Sayang nak goda abang ke, huh?" soal Fareez tak puas hati.

"No I'm not. Kenapa jantung laju sangat ni, hm?" Nada aku kedengaran mengejek. Sah! Fareez tak puas hati!

"Sebab..." Ayat digantungkan. Fareez mencapai tangan aku dan mengucup lembut.

"Sebab dekat dengan orang yang abang sayang." Senyuman Fareez terlakar di bibir. Terkelip-kelip mata aku tengok dia.

"Jangan pandang macam tu, please. Kita sambung kat rumah. Sekarang jom sambung makan," kata Fareez selamba.

Aku tergelak perlahan dan mengangguk. Yang lain turut sambung menikmati makanan disediakan. Sedang kusyuk mengunyah, aku dapat rasakan pandangan tajam dari Fareez. Kepala diangkat.

"Why?" Soal aku aneh.

"Je t'aime, beautiful," luah Fareez tiba-tiba.

Bibir aku mengukir senyuman lebar. Hanya untuknya dan selamanya untuknya.

"Je t'aime aussi."















***

Finally! Tamatlah sudah kisah mereka yihaaa! 🐎😂

Suka?

Best tak?

Ke tak best?

Sweet ke idok?

Sis tanya je.

Soooo guyssss.... ❣ ada nak request anything? Drop your comment below muahahaha 💕 Fareez dan Zia akan merindui korangssss! ❤

Lavhhhh you ahaks! 😂

Dah habis baca? Rajin2kan lah diri tekan vote. Thankyou!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top