Part 9
Zia's pov
"So, sebagai denda, kiss me."
Terlopong luas mulut aku. What? Like, seriously? Tiba-tiba aku rasa nak senyum tapi aku tahan.
"Kiss me." arahnya tanpa rasa bersalah. Aku menggeleng. Malulah, wei!
"Kiss me or i will kiss you." Aku ketap bibir menahan senyum. Dalam keadaan macam ni pun nak senyum ke, Zia! Ke kau suka! Pergh! Siapa je yang tak suka? Ops.
"No!" Aku melawan dan cuba lepaskan pegangan tapi tak berjaya.
"Pilih. Nak aku kiss ke kau nak kiss aku?" Fareez makin galak mengugut.
"Hell no!" Aku menjerit tapi tawa aku terlepas sedikit. Alamak, terkantoi. Aku gigit bibir. Fareez senyum nakal.
"Oh, tak nak pilih. Fine. Jangan menyesal." Sebelah tangan Fareez ketatkan kedua pergelangan tangan aku manakala sebelah lagi cuba menarik pinggang aku agar makin rapat. God, apa dia nak buat. Pervert!
"Fareez, please...." Aku cuba merayu. Fareez angkat kening.
"Apa dia, Zia?" Fareez menggelus pipi aku. Aku dah tak tentu arah.
"Fareez, jangan macam ni, please. Fareez..." Aku merayu lagi. Kenapa la air mata tak nak keluar ni? Nampak sangat kau suka, Zia.
"So, pilih la. Nak aku kiss kau ke..."
Aku menggeleng lagi.
"Zia sayang...,"
"What!"
"Sweetbun... aku nak..." Jari Fareez naik meliar ke bibir.
"Fine! Kiss me!" Aku jerit memotong ayat Fareez. Fareez tersenyum nakal. I mean, nakal yang sangat-sangat nakal! Urgh, Fareez!
"Woah! Nampaknya kau dah ketagih dengan aku."
Aku pejam mata rapat. Tak sanggup nak tengok muka dia.
"Open your eyes."
Aku menggeleng.
"Oh, degil." Sekali lagi tangan Fareez merayap.
"No, Fareez! Okay, okay. Saya buka mata. Puas?" Aku terus buka mata. Dan... yeah faham faham jela. Bibir aku jadi mangsa. Tapi entah la. Macam ada rama-rama terbang dalam perut aku.
What?
"Zia...," Fareez lepaskan pegangan tangan aku dan dia duduk dengan betul di sofa.
"Kau..."
Aku angkat kening. Dah kenapa gantung-gantung ayat ni?
"Apa?" soalku.
"Kau marah aku tak?"
Aku kerut kening. Muka bersalah dia nampak suci betul sekarang ni.
"Sebab?"
"Sebab tadi. Aku paksa kau, sentuh badan kau. Aku tahu kau tak selesa. I'm so sorry, sweetbun." Fareez tekup muka dia. Rasa bersalah menggunung. Serious, dia tengok muka aku macam marah ke? Aku rasa aku dah cukup hebat selambakan muka. Belum eh?
Aku pegang bahu dia.
"Fareez...,"
Dia still tak nak angkat muka. Aku tahu. Setiap kali dia cium aku or whatsoever, dia akan rasa bersalah. Tapi aku tak marah even sikit pun. Dia ada hak.
Hak apa, Zia?
Hak sebagai suami lah.
Tapi kau tak jalankan tanggungjawab sebagai isteri walaupun kau tahu dia nak hak dia.
Diam ah!
"Fareez, pandang la saya." Aku tarik tangan dia ke bawah dan pegang muka dia menghadap aku. Dia akur.
"Look. Saya tak marah pun. Selagi awak tahu awak patut berhenti sampai mana. Sebab kita still tak bersedia. Kan?" Aku cuba memujuk. Fareez masih senyap. Jarinya bermain sesama sendiri. Situasi ni sama macam masa dia kiss aku dekat bilik air lepas tu dia kuis-kuis seluar tidur aku! Oh, Fareez! You are just too cute!
"Fareez, dah la. Buruk awak buat muka macam tu." Aku tepuk pipi dia perlahan. Fareez angkat kepala dan...
Pak!
Tak guna! Dia baling kusyen dekat muka aku. Hey, you!
Akhirnya kami berdua main baling baling kusyen sampai penat. Berterabur semua kusyen dekat lantai. Gelak tawa kami kedengaran satu rumah.
***
"Dah kemas baju?" Aku pandang Fareez yang sedang bersenang-lenang atas katil.
"Dah. Em, tak sabar nak pergi Paris!" Aku menjerit girang sampai Fareez terpaksa tekup tapak tangan dia dekat mulut aku.
"Bising la kau."
What? Dia kata aku bising? Aku jeling dia.
"Uish, ada awek main jeling-jeling la! Gugur iman abang." Fareez bersiul nakal sambil hujung jarinya tarik-tarik lengan baju aku.
"Ish! Biasa dia ni." Aku bulatkan mata dekat Fareez, konon-konon gaya mak marah anak. Fareez bahan gelak.
Alahai, suamiku.
Deringan handphone Fareez hentikan gurauan aku. Aku hanya memandang.
"Hello. Assalamualaikum, ayah."
Oh, ayah call. Kenapa eh agaknya? Aku bangun dan sandar dekat dada Fareez sambil curi-curi dengar perbualan mereka. Hm, just curious la tiba-tiba je call. Fareez memandang aku dan jari dia mainkan dengan rambut aku.
"What? Ayah... jangan la macam tu. Reez dah janji dengan Zia ni." muka Fareez dah berubah serious.
"Hell no!"
Tegangnya muka dia. Marah sangat gamaknya.
"Okay, I'm sorry. Tapi tak boleh macam tu. Apa kata suruh je Ryan settle."
Aku angkat kepala tinggi sikit supaya dapat dengar suara ayah.
"Ryan tu tak matang lagi. Apa salahnya kalau Fareez batalkan dulu honeymoon tu. Projek ni penting. Sepupu kamu si Hairi tu pula dekat Jepun kan, tak kan nak..."
Okay, aku dah tak sanggup nak dengar. Tak menunggu lama, aku terus bangun dari dada Fareez tapi Fareez menarik lengan aku sampai aku tersungkur atas dia. Kemudian dia memelul sambil mengucup rambut aku beberapa kali. Aku hanya biarkan.
"Bagi Fareez masa. I'll call you later. Bye." Handphone dicampak tepi katil dan tumpuan dia kini hanya untuk aku.
"I'm sorry Zia."
***
Fareez's pov
"I'm sorry Zia." Sumpah aku rasa bersalah sangat sekarang ni. Baju dah packing, tiba-tiba kena cancel. Ayah kata projek tu bernilai tinggi dan aku yang layak handle. Serius lah?
Zia diam tak bersuara. Dia marah? Ah, mestilah dia marah. Fareez, pujuk dia. You can do it.
"Sweetbun, please jangan diam macam ni. Aku bukan sengaja. Kalau ikutkan hati aku nak pergi juga tapi ayah tak bagi. Apa je aku boleh buat? Serious aku cakap aku nak sangat luang masa dengan kau. Berdua dengan kau tapi keadaan tak mengizinkan. I'm so sorry, Zia. Kau jangan marah aku, please. Please, please, please...." aku eratkan pelukan. Tiba-tiba aku rasa baju aku mula membasah. She's crying? Great! Rasa bersalah menimpa?
"Don't cry, baby. Aku sanggup buat apa je asalkan kau stop menangis." aku lap air mata dia manakala dia masih setia menunduk. Fikir, Fareez. Fikir. Macam mana nak hiburkan dia.
Got it!
"Ha, nangis lah, nangis. Makin buruk muka. Macam monyet."
"Huwa!"
Makin galak pula Zia menangis. La, kenapa ni? Tak lawak ke? Aduh!
"Uh, sorry. Sorry." Kalut aku cuba tenangkan dia. Ha, aku tahu!
"Ehem..." Aku berdehem sikit konon membetulkan suara.
"Terpulanglah mahu jadi apa mahu jadi hantu mahu jadi buaya."
Zia tergelak. Even sikit je, aku lega. Fuh, baru boleh bernafas macam biasa.
"Ada pulak pujuk orang dengan lagu macam tu." Tawa Zia masih bersisa. Aku selit rambut dia belakang telinga dan air mata dia aku lap. Aku tenung anak mata dia.
Cantik.
"Er, kenapa?"
Aku hembus nafas. Berat kedengaran.
"Aku tak nak tengok kau menangis macam ni lagi. Kau takutkan aku. Kau buat aku rasa aku ni manusia paling teruk. Jantung ni..." Aku capai tangan dia dan lekapkan pada dada kiri aku di mana jantung terletak. Muka dia nampak terkejut.
"Kau dapat rasa? Jantung aku macam nak meletup bila tengok kau sedih sebab aku. Kau nampak kecewa. Maaf. Sebab aku, kau tak boleh pergi sana tapi aku janji nanti aku apply cuti semula, okay? Untuk ganti masa kita bersama. Dan tolong aku, Zia. Jangan buat aku risau lagi. Jahat sangat ke aku?"
Soalan aku dibalas dengan pelukan oleh Zia.
"No, you are not." Zia menggeleng laju. "Sorry buat awak risau. Macam budak-budak je kan saya. Menangis sebab hal kecil macam tu. Awak ajar la saya jadi kuat macam awak. Saya ni lembik."
Tergelak aku dengar ayat Zia, tambah lagi bila dia mencebik mulut macam tu.
"Tak dapat honeymoon dekat Paris pun tak apa. Kalau dapat pergi Sabah pun best juga. Ada rumah arwah nenek saya dekat sana. Pantai lagi... best tau."
Aku tersenyum.
"Kenapa nak pergi sana?" Jari aku bermain dengan anak rambut Zia.
"I don't know. Tempat tu macam something tau. Dulu bila saya sedih, saya tak fikir panjang, terus ambik flight pergi sana. Tu je tempat yang saya boleh tuju." Sakan Zia bercerita. Hampir lima minit masing-masing berdiam diri, aku bersuara.
"Zia?"
"Herm..."
"Janji dengan aku. Jangan nangis macam tu lagi."
Zia mengangguk kemudian menguap.
"Ngantuk?"
"Erm..." Zia menggangguk.
"Nak tidur?"
Dia angguk lagi.
"Nak kiss?"
Tepat sangkaan aku. Dia angguk! Tak tunggu lama, aku terus cium pipi kanan dia. Terbuntang mata Zia. Terkejut la tu. Ni untungnya bini tengah mamai. Kesempatan dalam kesempitan. Nak buat macam mana? Aku memang suka usik dia macam tu. Yang penting halal.
"Hey, pervert!"
"La, kau yang angguk tadi." Aku mengangkat kening. Zia dah tayang muka tak puas hati.
"Mana ada! Denda kang!"
"Ampunkan saya, cik muda. Jangan bunuh saya." Aku cebikkan bibir dan kembungkan pipi. Tapak tangan pula dua-dua aku tekapkan. Zia bahan ketawa.
"Nak denda juga."
Belum sempat aku membalas, Zia jentik dahi aku kemudian terus tarik selimut.
"Tidur. Goodnight, awak."
Hek eleh, minah ni.
"Goodnight, sweetbun."
***
Siot sejujurnya aku geli bila baca balik apa aku tulis. Kalau ada yang muntah sebab ni, halalkan aje ok muntah korang tu?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top