Part 6
Hari ini, Fareez bercadang mahu membawa Zia pergi membeli-belah barang-barang dapur. Seluar jeans berwarna biru muda dan t-shirt lengan pendek berbelang hitam putih sudah elok tersarung di tubuh Zia. Ringkas seperti selalu. Rambut pula dibiar lepas.
"Jom." ajak Zia kemudian masuk ke dalam kereta. Pada masa yang sama, matanya memerhati Fareez yang memakai seluar jeans yang juga berwarna biru sepertinya serta jaket berwarna hitam. Di dalamnya, disarungkan baju berwarna putih. Tersengih Zia apabila mereka kelihatan seperti pasangan bahagia.
"Kau kenapa sengih macam tu?" soal Fareez. Automatik senyumannya mati.
"Tak ada apa. Matching pula baju kita, kan. Macam loving couple." balas Zia.
"Eh, yeke? Ala, macam mana aku nak tackle awek dekat sana kalau orang nampak kita macam ni. Ish, melepas." Rungutan Fareez membuatkan mulut Zia terlopong.
"Ish, orang tua gatal." gumam Zia perlahan.
"Apa kau cakap?" Fareez kalih memandang kiri. Hanya gelengan perlahan menjadi jawapan.
"Chilllah. Kau patutnya bangga dapat jalan dengan jejaka idaman malaya macam aku, tau. Cukup pakej, tinggi, handsome, berga... auw! Auw! Sakit la, weh!" Fareez menggosok-gosok pehanya yang terasa perit.
"Ha, gatal lagi. Tahulah saya ni tak padan dengan awak. Yelah, saya kan buruk, selekeh pula tu." Kendur suara Zia kedengaran.
"Tahu pun," ujar Fareez.
Tidak lama kemudian, mereka sampai di pasar raya. Tanpa berkata apa-apa, Zia terus berlalu keluar dari kereta. Hatinya masih terasa sakit. Sedang leka memilih sayur, ada seseorang yang melanggar bahunya.
"Zia Ainnur?" Suara yang agak familiar itu berjaya menarik perhatian Zia. Kepala didongakkan ke atas dan terpampanglah wajah Aeman Lutfi. Nafas ditarik panjang dengan harapan agar hati wanitanya lebih bertenang.
"Oh, you rupanya." Zia cuba menyimpulkan senyuman palsu. Bahu diurut sedikit, rasa agak sengal akibat rempuhan jejaka ini.
"Ainnur, I'm sorry." Tangan Aeman yang cuba memegang pipinya ditepis pantas.
"Tak apa, I pun tak perasan you nak lalu tadi." dalih Zia. Badan dipusingkan dan kaki mula melangkah pergi.
"Jangan buat-buat tak tahu, Ainnur. I cakap sorry untuk kejadian tujuh tahun lepas. I really mean it," rayu Aeman. Langkah Zia terhenti dan pantas dia menoleh. Sekali lagi kepala didongakkan memandang wajah sayu Aeman.
"Tak apa, Aeman. I dah maafkan you. Benda dah lepas, kan." ujar Zia bersama senyuman yang tawar.
"Sorry again, sunshine. Kita kawan lagi, kan?" soalnya penuh pengharapan menyebabkan Zia tertunduk ke bawah. Mata dipejamkan untuk beberapa saat.
Kenapa sunshine?
"Of course la kawan," balas Zia.
Selesai membeli barang dapur, Zia memeriksa telefon bimbitnya. Ada mesej dari Fareez. Katanya, dia akan menunggu di kafe yang bersebelahan dengan pasar raya itu. Tanpa membuang masa, Zia memulakan langkah dan mencari Fareez.
Dari jauh, Zia dapat melihat Fareez yang sedang berborak dengan seorang perempuan. Tidak mahu menyakitkan mata dan hati sendiri, mesej yang mengatakan bahawa dia menunggu di kereta, ditaip kemudian dihantar. Bayangkan, kalau dia pergi ke sana. Mahu botak kepala perempuan tadi dikerjakannya.
"Kenapa tak datang kafe, tadi?" tanya Fareez sebaik saja tiba. Soalan itu dibiarkan sepi dan selamba Zia ke masuk dalam kereta. Sepanjang perjalanan, masing-masing hanya menguncikan suara.
***
Untuk menu makan tengah hari, Zia teringin mahu memasak asam pedas, ayam goreng dan sayur goreng.
"You nak tahu? I suka makan asam pedas you."
Suara Aeman bergema di telinganya. Zia sendiri tidak tahu mengapa tiba-tiba fikirannya melayanh teringatkan Aean. Mungkin kerana tadi Aeman memanggilnya sunshine. Sejujurnya, dia sudah buangkan rasa sayang terhadap Aeman. Namun, perjumpaan pagi tadi sedikit sebanyak telah berjaya menggali kenangan lama.
"Aeman, kenapa you selalu panggil I sunshine, eh?" soal Zia. Aeman menarik senyum manis. Tangannya dibawa menggelus dagu sendiri.
"I don't know. Tapi I suka kalau I sorang yang panggil you macam tu. Nampak special sangat, Ainnur." balas Aeman dengan senyuman.
"Booo!" sergah seseorang dari belakang. Serta merta lamunannya mati dan bahunya sedikit terhinjut.
"Auw, sakit. Pedih." Zia meringis kesakitan sambil memandang hujung jarinya. Tak perasan pula dirinya sudah terlalu terleka.
"Eh, sorry! Sorry! Tak sangka kau terkejut sampai macam tu. Bak sini, jari kau. Ish, asyik terkejut je kerja." omel Fareez.
Zia menahan pedih apabila Fareez menghulurkan jarinya di bawah air di sinki. Kemudian, kesepian menyapa sewaktu ubat disapu elok di lukanya.
"Fareez,"
"Zia,"
Mereka bersuara serentak.
"Ladies first." Fareez mengangkatkan sebelah keningnya. Jawapan yang teramatlah macho tapi adakah jawapannya juga macho?
"Siapa perempuan dekat cafe tadi?" soal Zia.
"Kau nampak?" Soalan berbalas soalan. Zia menganggukkan kepalanya.
"Nama dia, Raihana. Dia bestfriend aku masa dekat kolej dulu. Tadi terserempak. So, kitorang borak-boraklah. Kenapa? Kau fikir aku mengurat anak dara orang, ke?" Sekali lagi sebelah keningnya diangkat-angkat. Melihatkan itu, Zia mencebik bosan.
'Bestfriend konon!' kutuknya sendiri.
"Eleh, buat mulut macam tu. Nak kena cium, ke?" Fareez tersengih nakal apabila Zia cepat-cepat mengetap bibir.
"Dahlah, saya nak siapkan makan tengah hari." ujar Zia.
"Eh, tak payahlah. Kau kan budak sakit. Tinggal gorang sayur je, kan? Biar aku buat," Fareez sudah bersedia memegang pisau. Niatnya adalah untuk menyambung potongan bawang yang tergendala sebentar tadi. Tapk, pegang pun gaya macam nak bunuh orang.
"Awak pandai, ke?" Ayat Zia kedengaran seperti mencabar.
"Jangan pandang rendah, okay." jawan Fareez? Zia mengangkat kedua-dia belah bahu dan duduk di atas kerusi, memerhati Fareez. Seminit berlalu dan telinganya menangkap bunyi tangisan Fareez.
"Jangan dekat," Fareez pantas mengesat kasar air matanya apabila Zia mahu datang mendekatinya. Dah terkantoi pun, nak sorok lagi. Zia berdiri tegak di depannya kemudian tangan mengelap sisa air mata lelaki itu dengan hujung lengan bajunya.
"Ala, dah nangis dah, dia." usiknya. Fareez cuma tersenyum malu.
"Dah, awak pergi basuh muka. Biar saya potong ni." arah Zia.
"Dah tu, aku nak buat apa?" Fareez bersuara lepas menutup paip sinki. Dia berfikir sejenak.
"Hm, awak boleh masakkan sayur? Tinggal nak goreng." soal Zia. Fareez yang menganggukkan kepalanya membuat Zia tersenyum puas.
"So, awak buat tu. Nah! Saya dah basuh," Sebekas sayur-sayuran yang sudah bersih dihulurkan.
"Kau pergilah duduk sana. Ish! Sibuk je, dia ni." halau Fareez. Zia membalas dengan mimik muka yang menyampah.
"Be careful, Fareez. Tak pasal-pasal awak yang termasuk dalam kuali tu," Zia menahan tawa apabila jelingan tajam Fareez dihadiahkan untuknya.
Setelah berperang di dapur, mereka menikmati hidangan tengah hari dengan senyap. Masing-masing hanya fokus dekat makanan. Tiba-tiba Fareez bersuara.
"Kau kenal Aeman?" Soalan cepumas Fareez ternyata menjadi punca Zia tersedak. Menggelabah Fareez hulurkan segelas air putih.
"Tanya soalan simple pun, dah tersedak? Lainlah kalau aku tanya, kau nak madu, tak." seloroh Fareez? Melopong mulut Zia mendengarnya. Garfu diangkat dan diacah mahu dicucuk ke mata Fareez. Mengekek Fareez ketawa.
Charming.
"Jawablah soalan aku. Ish, dia ni, main-main pula." Fareez membuat rolling eyes.
"Kenal, dia kawan saya masa sekolah," Tak mahu memanjangkan cerita, Zia menjawab ringkas. Takkanlah Fareez tidak dapat mengingati kejadian sewaktu zaman persekolahan? Apa dia pernah menghidap amnesia?
"Setakat kawan ?" duga Fareez. Habis saja suapan terakhir, pinggan diangkat dan dibawa ke sinki. Zia mengeluh perlahan. Kalau dulu, memanglah lebih daripada kawan. Tetapi sejak hadirnya Fareez, Aeman umpama sudah mati dalam hidupnya.
'Walaupun awak pergi, dan takdir temukan kita kembali, kasih saya tak pernah berubah.' desisnya.
***
Bangun saja dari tidur, Fareez sudah tiada di sebelahnya. Hari ini merupakan hari pertama Zia bekerja selepas tamat cuti kahwinnhnya.
Puas dengan penampilan diri, Zia cepat-cepat mencapai kunci dan memandu ke tempat kerja. Dia bukanlah sehebat Fareez yang bekerja sebagai arkitek di syarikat sepupunya. Dia hanya wanita biasa yang memiliki sebuah kafe. Menu pula lebih kepada cupcake yang pelbagai perisa. Kafe ini merupakan hasil usaha keras Zia bersama sorang lagi kawan baiknya, Najihah. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Hiasan kafe pula mengikut citarasa mereka sendiri. Ada yang menganggap kafe mereka sebagai Syurga Manisan. Ada juga menu yang sesuai untuk sarapan seperti sandwish. Pekerjanya hanya dua orang sahaja, Hanis dan Aizat.
"Zia, semalam ada orang order 200 cupcakes you. Dia kata urgent untuk birthday cucu dia. Esok dah kena hantar ke rumah dia," Terlopong mulut Zia mendengar penjelasan Aizat. Dalam fikirannya hanya terfikirkan sama ada sempat atau tidak untuk menyiapkan semua itu.
"Kenapa you tak bagitau I awal-awal Aizat!" marah Zia.
"Sorry, cutiepie. I bukan tak nak bagitau, tapi Hanis cakap tak elok kacau orang tengah honeymoon." terang Aizat. Zia menepuk dahi sendiri. Terlepas jua keluhan dari bibirnya.
Zia bertungkus-lumus menyiapkan order pelanggan yang Aizat maksudkan. Hanis, Aizat dan kawan baik aku selain arwah, Najihah sedang sibuk melayan pelanggan lain. Alhamdulillah, pelanggannya tidak putus-putus sejak pagi.
"Akak, nak Hanis tolong?" Ramah Hanis menawarkam bantuan. Zia memandang Hanis sambil senyum manis.
"Tak apalah, Hanis. Tak elok Hanis balik lewat sangat, nanti mak Hanis risau." tolaknya dengan baik.
"Are you sure?" soal Hanis inginkan kepastian. Zia mengangguk sekali lagi dan Hanis mula akur. Aizat pula sudah pulang lebih awal keran adiknya diserang demam panas.
"Beb, kau rasa, sempat tak siap sebelum pukul 10. Aku risaulab nak balik lewat." Najihah yang sedang membancuh adunan bersuara.
"Entahlah, Jihah. Aduh, lenguh badan-badan aku!" keluh Zia seraya meregangkan otot-otot dan sendinya.
Jam sudah menunjukkan pukul 10.45 malam. Akhirnya, siap! Zia dan Najihah pantas mengunci pintu kafe dan pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, Zia dapat rasakan seperti dirinya diekori.
Dahi ditepuk. Dia terlupa untuk memaklumkan pada Fareez tentang kepulangannya yang agak lewat. Aduhai, Zia! Telefon bimbit dicapai dan ditekan. Skrin yang kekal gelap menandakan bahawa baterinya sudah ke penghujung.
Tiba di depan rumah, Zia cepat-cepat masuk ke dalam dan mengunci pintu pagar. Mata meliar melihat kawasan sekeliling. Tiada apa-apa yang mencurigakan.
'Mungkin hanya mainan perasaan,' fikirnya.
Kaki mengorak langkah ke pintu utama. Fareez yang sedang menonton televisyen bersuara.
"Lewat balik?" soalnya. Zia terdiam di situ.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top