Part 40 (Ending)

Zia's pov

"Hello? Ha? Serius? Tunggu abang, sayang!"

Tergelak aku mendengar suara teruja Fareez. Selepas tamatkan perbualan, aku melangkah ke salah satu restoran dan membuat pesanan.

Sementara menunggu Fareez menjemput KLIA, aku termenung sejenak. Rasanya baru seminggu aku tinggalkan anak beranak tu dekat rumah. Entah apalah jadi.

Memandangkan terlalu banyak benda yang perlu diberi tumpuan masa kursus berlangsung, aku jarang sangatlah tengok phone. Boleh bilang pakai jari berapa kali kami berbual di telefon. Tak sampai lima pun. Terasa rindu nak gomol-gomol si Syira.

Dengan papanya?

RINDU GILA!

Phone berbunyi tanda ada mesej yang masuk.

Sweetbun, abang ada dekat depan restoran yang Zia cakap. Mana Zia? I miss u :(

Senyuman makin melebar. I miss you too, encik suami!

Aku meletakkan duit di bawah gelas sebelum berlari laju ke luar restoran. Ada satu susuk tubuh yang sedang berdiri membelakangi aku. Tak membuang masa, aku memanggil perlahan.

"Abang..."

Fareez pusingkan badan.

"My angel!"

Serentak itu, badan aku ditarik ke dalam pelukan. Aku tergelak kecil kemudian membalas. Pelukan terasa sangat erat. Kesempatan ini diambil untuk lepaskan rindu yang bersarang.

"Rindu saya tak?" soal aku.

"I miss you, sayang."

"Me too," balasku.

Seminit.

Dua minit.

Pelukan dileraikan. Buat apa nak malu? Ni KLIA, okay. Macam-macam ragam orang ada kat sini. Normallah lama tak jumpa lepas tu nak bersinetron 100 episod pun.

"Jangan tinggal abang lagi. Sunyi rasa," kata Fareez sambil menarik bagasi aku.

"Ala, Zia pergi seminggu ajelah. Bukan lama pun. Dramalah, abang ni." Lengannya dipeluk erat dan jari disulamkan.

"Seminggu aje awak kata? Abang rasa macam 'tujuh' hari tau! Sengsaranya hidup." Kedengaran perkataan tujuh sengaja ditekankan.

Lima saat berlalu.

Krik krik.

Hambar tau?

"Auw, sakit! Stop it, Zia! Auw-auw!" protes Fareez.

Cubitan di perutnya dilepaskan. Dah tujuh hari tu bukan seminggu, ke?

"Ingatkan dah lama tak jumpa dapatlah kiss. Rupanya... haih..." Fareez mengeluh. Bagasi diletakkan di dalam bonet. Aku masuk ke dalam kereta.

"Nampaknya ada orang obses saya punya kiss," ejek aku sengaja.

"Memang pun!" Terus Fareez menolak tubuh aku dan... ah, tak perlu cerita!

Bibir dikesat dengan ibu jari. Fareez yang mula memandu sambil tersengih dijeling.

"Strawberry," komen Fareez sepatah.

Pak!

"Pedih, sayang..." adu Fareez.

Aku memeluk tubuh dan memandang ke luar tingkap. Suasana sepi. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.

"Syira mana?"

"Ingatkan dah tak ada suara," balas Fareez selamba. Aku pusingkan bebola mata.

"Syira tunggu awak dekat rumah. Ada surprise katanya. Untunglah." Fareez mencebikkan bibir.

Aku mengangguk faham. Dalam hati dah tak sabar nak sampai ke rumah.

"Eh, awak! Awak dah kenalkan Syira dengan dia?" soal aku. Gelengan Fareez membuat aku hembuskan nafas berat.

"Kenapa?"

"Syira tu kecil lagi, Zia. Dia faham, ke kalau kita cakap pun? Untuk sementara ni biarlah dia lawat aje dulu kubur arwah. Dah sampai masa nanti kita kenalkanlah," balas Fareez.

Aku termenung ke luar tingkap. Rasanya sudah acap kali Fareez memberi alasan itu. Tapi logiklah juga sebab Syira baru enam tahun. Petah bercakap tapi mungkin susah untuk dia faham.

Aku cuma nak Syira kenal dengan kawan baik mama dan papa dia ni aje haih. Tak apalah, nanti-nanti saja. Mata dilelapkan sementara menunggu masa.

***

"Mama!"

Tubuh terdorong ke belakang. Mujur tangan Fareez pantas menahan. Kalau tak sia-sia aje jatuh tergolek.

"Rindunya, anak mama ni." Syira yang selamat dalam pelukan dicium bertalu-talu pipi tembamnya. Tergeleng Zaqwan tengok kami punya mengada. Macam tak jumpa setahun. Aku menghantar Zaqwan yang membawa bagasi aku ke bilik dengan ekor mata.

"Kenapa mama pergi lama sangat? Hari-hari muka papa macam beruang koala sebab rindu mama. Lepas tu kan, papa cakap dulu mama degil, manja. Ha, lawa pun! Dahlah story tak habis. Geram, Syira!" bebel Syira sambil membuat mimik muka geram. Kembang-kembang hidungnya.

Tergelak aku dibuatnya kemudian Fareez yang sedang mengusap belakang lehernya dipandang.

"Apa pandang-pandang? Cium kang!" Fareez mengugut dan aku jelirkan lidah.

"Jom mama." Syira menarik tangan aku ke dapur. Mata aku terancap pada satu kek yang tertulis We miss you, Mama.

Sebak menghuni hati. Baru tinggalkan seminggu, dah rasa macam ni. Macam mana kalau aku pergi selamanya?

"Syira, pergi teman nenek dekat bilik," arah Fareez. Syira mengangguk dan terkedek-kedek berlari keluar dari dapur.

"Sayang..."

Terasa bahu dipaut dan ubun-ubun dicium lembut.

"Lepas ni saya tak nak join mana-mana kursus dah. Rindu abang." Muka disembamkan ke dada Fareez.

"Abang pun. Em... abang dahagalah," ujar Fareez. Aku mengangkat kepala dan dongak memandang dia.

"Nak air? Zia ambilkan." Baru aje aku nak melangkah ke peti, tangan ditarik lembut dan disandarkan di kabinet dapur. Kening diangkat.

"Bukan dahaga air." Senyumannya susah untuk aku tafsir.

"Habis tu?" soal aku.

Kemudian Fareez dekatkan bibir di telinga sambil kedua-dua belah tangannya mengepung aku. Air liur ditelan kesat. Aku dapat bau perfume dia... wangi.

"Abang dahagakan Zia," bisik Fareez.

Aku terkaku di situ. Debarannya masih sama seperti enam tahun yang lalu.

"Aduduh! Sakitlah!"

Tangan aku ditepis. Bahagian perutnya yang pedih digosok berkali-kali.

"Ulat bulu dah naik daun." Hujung hidungnya aku cuit kemudian berlari ke bilik.

Sempat juga aku melaung, "Simpankan kek tu, ya!"

***

Alhamdulillah. Aku semakin bahagia di sisi dia. Hari-hari aku penuh dengan gelak tawa. Tak pernah sekali pun dia jemu melayan aku, manja aku, baran aku, nakal aku, sakit aku, semuanya.

Klik!

Lamunan terhenti. Fareez sudah membuka seatbelt aku.

"Jauhnya termenung little girl saya sorang ni," ujar Fareez sebelum mengajak aku keluar dari kereta. Aku mengekori dia.

"Abang, Zia dah besarlah. Janganlah panggil little girl lagi," protes aku. Bukan aku tak suka, cuma malu. Aku semakin dewasa kot! 30 tahun, okay.

"Zia tetap little girl abang," kata Fareez.

Terasa jarinya disulamkan di jari aku. Aku membalas. Senyuman mekar di bibir aku.

"Sweetheart, duduk dekat bangku ni dulu." Kemudian Fareez berura-ura mahu berlalu dari tasik itu.

"Ala, abang nak pergi mana?" Bibir dicebikkan. Ada pula dia nak tinggalkan aku dekat sini.

"Nature calling," balas Fareez selamba sebelum melangkah pergi.

Aku mengeluh hampa dan hanya duduk di situ. Jam ditelek. Sembilan pagi.

Pagi-pagi dah ajak aku datang sini. Kalau tak mesti aku tengah terbongkang lagi atas katil menikmati cuti yang tak berapa indah. Eh? Tapi kalau Fareez ada, semuanya indah! Ahaks!

Tiba-tiba mulut ditekup dari belakang. Automatik aku meronta-ronta cuba lepaskan diri tapi tak berjaya. Badan aku ditarik ke tempat yang agak tersorok.

'Fareez!' Hati aku menjerit.

Air mata berlinang keluar. Takut diapa-apakan penculik itu. Aku tak nak terpisah dengan Fareez dan Syira! Ya Allah, bantu aku.

Tubuh aku dipeluk dari belakang dan bahagian leher dicium. Aku menangis dan cuba menjerit mengharapkan bantuan.

Fareez... tolong.

"Buka mata." Suara itu... tapi aku takut. Kepala digelengkan.

"Open your eyes."

Ah, suara itu lagi! Tak mungkin. Perlahan-lahan mata dibuka. 'Penculik' yang tadinya bertindak ganas pusingkan aku menghadapnya. Aku tunduk dan undurkan langkah.

"Sayang."

Kepala didongakkan. Aku tersentak.

"Jahat!" Aku hentakkan kaki dan menjeling tajam. Agak-agaklah nak bergurau pun! Tak kelakar!

"Auch!" Fareez memegang dada kirinya. Aku kerut kening.

"Tajamnya jelingan awak, sayang," sambung Fareez sambil kenyitkan matanya.

Aku diam.

"Zia..."

Pipi yang masih basah dilap perlahan dengan ibu jarinya.

"Sorry, sugar." Kedua-dua belah mata dikucup lembut.

Aku pejamkan mata dan menangis lagi. Tak tahu kenapa tapi aku rasa betul-betul nak menangis.

"Don't cry. Masin air mata awak." komen Fareez sambil mengesat semula air mata aku dengan sapu tangan birunya.

"Janganlah usik saya lagi." Dadanya ditumbuk perlahan.

"Okay-okay, tak usik dah. Jom." Fareez menarik pergelangan tangan aku ke arah satu pondok di situ.

Aku kaku. Bukan sebab baru perasan ada pondok di situ tapi sebab apa yang ada atasnya.

Kek berbentuk hati itu dipandang lama. Kemudian mata aku kalih memandang Fareez.

"Happy Anniversary, Zia Ainnur. Terima kasih untuk tujuh tahun yang sangat bermakna ni. Awak penuhkan hari-hari abang dengan gelak tawa, rasa kasih dan bahagia. I love you." Fareez menyelitkan rambut aku ke belakang telinga.

Dia ingat. Ya, setiap tahun dia akan lakukan sesuatu untuk menyambut anniversary kami.

"Hei, kenapa diam aje ni, hm? Tak suka ke?" Wajah Fareez kelihatan gelisah tapi suara dimantainkan cool. Aku menggeleng kemudian tersenyum.

"Suka. Suka sangat." Senyuman dihadiahkan untukknya dan dia membalas.

"Glad to hear that," kata Fareez.

"Tapi Zia tak balas lagi," sambungnya lagi.

Sekali lagi aku kerutkan kening. Haih, berkedut awallah muka aku kalau macam ni selalu.

"Balas apa?" soal aku.

"Abang kan cakap I love you tadi," protes Fareez. Aku tergelak perlahan.

"Yeah, I love myself too," usik aku.

"Tak nak kawan." Fareez alihkan mata memandang tepi dan wajahnya masam.

"Apa bini abang ni dah tak cantik, ke sampai rela pandang pokok sana? Okay-okay, lagi sekali," pinta aku sambil memegang hujung bajunya. Fareez tersenyum semula.

Manis.

"Awak tetap cantik Zia. I love you," ujar Fareez sambil kedua-dua belah tapak tangannya mendarat lembut di pipi aku.

"I love you more." Aku membalas.

"You know. Beautiful is my favorite colour," ujar Fareez tiba-tiba.

Aku memandang aneh. Baru tinggal seminggu, tak kan dah lembap macam ni?

"Abang, that's not a colour," balas aku perlahan.

"It's the color of you eyes," kata Fareez. Aku tertunduk.

Malu!

"Jom potong kek! Malam nanti kita candle light dinner tau, love."

Fareez menarik tangan aku ke arah kek itu. Alahai, cantiknya. Sayang nak potong tapi apa boleh buat. Pelahap makanan ni akan semadikan kau di dalam perut tak lama lagi.

"Mama! Nak potong juga!" jerit satu suara yang serak basah.

Ya, suara Syira. Aku tersenyum dan memerhatikan Syira yang berlari ke sini.

"Ala, Syira ni. Datang dengan siapa? Suka kacau date papa tau." Fareez mengeleuh hampa. Tergelak aku dibuatnya.

"Uncle Zack hantar. Lepas tu dia pergi jumpa awek," jelas Syira tapi matanya masih setia memandang kek tadi.

"Cis, tak guna punya Zaqwan," gumam Fareez perlahan.

Sedang elok kami berbual sambil makan kek, Fareez memegang tangan aku. Aku buat riak wajah 'kenapa'.

"Sayang," panggil Fareez.

Boleh gugur jantung aku macam ni. Suara husky dia tetap jadi kegemaran aku. Hari-hari panggil sayang.

"Ya, abang." Aku menjawab. Sesekali mata aku memandang ke arah Syira yang sedang sibuk mengejar rama-rama.

"Can I keep you?"

Aku kalih kepala. Matanya bersinar memandang aku dengan penuh pengharapan. Sepatutnya tak perlu untuk aku jawab soalan itu kerana dia sudah tahu jawapannya.

Kepala dianggukkan sambil tersenyum manis. Fareez membalas senyuman aku dan aku pasti akan merindui senyumannya itu.

Find your strength. Search for the smile that makes everything brighter.


-TAMAT-
















***

Special chapter? Yay or nay?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top