Part 38
(PLAY MEDIA ☝ Ulang setiap kali lagu habis)
Come with me, where dreams are born and time is never planned.
***
"Okay... bye, sweetbun. I love you more." Aku membalas. Mata aku tak lepas dari memandang Zia.
Aku rasa kosong.
Aku rasa kehilangan.
Aku rasa risau.
Gelisah.
Langsung tak tenteram.
Tiba-tiba...
DANG!
Semuanya berlaku dengan pantas. Cukup pantas. Aku terkaku di dalam kereta. Jantung terasa berhenti mengepam sejenak. Otak bagai tak mampu memproses apa-apa maklumat.
Move, Fareez! Move!
Bagai ada suara yang mendorong, aku berlari ke arah sekujur tubuh yang terbaling lesu dengan dress mengandung. Tubuh yang penuh dengan darah itu dipandang.
Setiap inci. Dari rambut, mata, hidung, bibir, hingga ke kaki.
No. That's not her.
Tak mungkin!
"ZIA!!!"
Orang yang berkerumun di sekeliling Zia mula bergerak memberikan laluan. Aku semakin mendekat lalu lutut menyembah bumi. Kepala Zia diangkat, diletak di atas riba. Matanya separa terbuka.
"Wake up, sayang... Please... don't leave me. Ya Allah..." Aku merayu sambil menggenggam erat tangan Zia dengan harapan semoga Zia akan membalas. Tapi itu semua hanyalah sebuah harapan. Kemeja aku yang semakin basah dengan cecair merah pekat milik Zia tidak dipedulikan.
"Please, love. Please..." Berkali-kali aku mengucup dahi Zia dengan sepenuh hati.
Tulus.
Kasih.
Sayang.
Rindu.
Cinta.
"Sabar, encik. Saya dah call ambulance." Seorang lelaki yang menepuk perlahan bahu aku dari belakang tidak dipedulikan.
"Open your eyes, sweetbun... please... please... ohhh I'm bengging you. Please... buka mata, sayang. Abang nak tengok mata hazel Zia."
Raungan aku ternyata tidak disambut baik oleh Zia malah matanya semakin tertutup rapat.
"No! No, babygirl! Please look at me, sayang. Argh! Ya Allah, please don't take her! I'm begging, please, please!" Pipi mulus Zia diusap lembut dengan tangan yang masih terketar-ketar.
"Jangan tinggalkan abang, Zia. Please bertahan. Untuk abang. Dan untuk anak kita. Please, please..." Aku berbisik di telinga Zia namun hampa.
"Say my name, Zia... say my name. Just once, sayang." Tiada erti putus asa untuk masa sekarang.
Bidadari aku tetap kaku di situ. Ini ke pengakhiran cerita kami?
My little girl.
My sweetbun.
My angel.
My life.
"Mana ambulance tak sampai-sampai!" jerit salah seorang lelaki. Keadaan makin bising.
Bergema kata-kata Zia tempoh hari di taman.
"Yelah. Awak dengar elok-elok, okay? Mana tahu lepas ni awak dah tak boleh dengar saya nyanyi."
Adakah itu akan jadi saat terakhir?
"Bukan saya nak tinggal awak. Tapi manalah tahu kan. Ajal ni bila-bila aje boleh sampai."
Tapi awak tak sepatutnya pergi dalam keadaan macam ni, sayang!
"It's not that you can't live without me.
It's just that you don't even want to try."
Hidup aku tak lengkap tanpa Zia di sisi. Untuk apa aku cuba hidup sendiri? Zia segalanya bagi aku.
I DON'T WANT A LIFE WIHOUT YOU!
Sirens ambulance kedengaran sebelum pandangan aku menjadi kelam.
***
Aku duduk dengan gelisah di depan labour room. Sebaik saja sedar dari pengsan, aku bergegas ke sini itu pun selepas berkali-kali merayu pada ibu. Tapak tangan digosok sesama sendiri. Bibir tak henti-henti beristighfar.
Seorang jururawat tergesa-gesa keluar dari bilik itu. Tak sempat aku bersuara, dia berlari entah ke mana. Selang beberapa saat, kelihatan dua orang doktor yang menyusul. Jantung aku terasa bagai mahu pecah.
Separah itukah keadaan Zia?
"Nurse, macam mana dengan wife saya? Dia okay kan?" Soal aku selepas nenahan jururawat tadi.
"Isteri encik dalam keadaan kritikal. Encik jangan risau. Tiga doktor pakar sedang berusaha keras di dalam. Tapi kami tak janjikan apa-apa. Sama ada salah seorang selamat atau..." Jururawat itu tersenyum tawar lalu masuk semula ke labour room.
Sama ada salah seorang selamat atau...
Ya Allah! Terlalu berat ujian yang Engkau berikan!
Aku meraup rambut kasar.
"Fareez." Suara ayah menyapa telinga.
Aku mengangkat kepala memandang setiap wajah mereka. Ayah, ibu, papa, mama, Ryan, Zaqwan. Wajah mereka nampak sembab.
"Dah tiga jam kamu duduk dekat sini. Balik dulu, ya? Bersihkan diri. Nanti nanti boleh datang semula," pujuk ayah.
Aku menggeleng lemah. Mana mungkin aku tinggalkan Zia dan anak aku yang sedang bertarung nyawa di dalam.
"Fareez..." Ibu bersuara sayu.
"Fareez tak nak, bu. Jangan paksa. Tolonglah..." rayu aku. Terdengar hembusan nafas berat dari ibu.
"Kalau Fareez susah nak terima. Mama lagi susah. Mama yang mengandungkan Zia, mama yang jaga Zia dari kecil. Macam mana Zia nak kuat kalau kita lemah?" Habis aje berkata, semua pergi meninggalkan aku di situ.
Semua kecuali Ryan dan Zaqwan. Di badan mereka sudah tersarung pakaian biasa, tidak seperti aku yang masih berkemeja. Terasa bahu ditepuk berkali kali.
"Tu adik aku bro. Aku tahu dia kuat. Kita doa sama-sama." Zaqwan tersandar lemah di kerusi. Kepalanya didongakkan dan mata dipejam.
"Kau tak boleh macam ni, bang." Jarang Ryan gunakan panggilan itu. Tahulah bahawa dia sedang serius memberi dorongan pada aku.
Aku menekup tapak tangan ke muka. Runtuh juga empangan yang bertahan sejak tadi.
"Aku tak boleh, weh. Aku sayang Zia. I do love her so much. Cukuplah aku hilang dia dulu. Aku tak nak hilang dia lagi. Hidup aku lengkap sejak dia datang. I love her. Suara dia. Manja dia. Mata dia. Rambut. Bibir. Aku sukakan semuanya! Aku tak mampu! Aku tak kuat! Aku tak sanggup!" Tangisan dihamburkan sepuas-puasnya.
"Macam mana kalau dia tinggal aku? Macam mana dengan aku? Nanti aku tak boleh usik dia dah. Siapa nak teman aku masa tidur? Siapa yang nak pakaikan aku necktie? Siapa nak siapkan breakfast aku? Siapa nak dengar aku nyanyi? Siapa nak layan aku punya mengada? Semuanya aku buat dengan dia! Oh, please... i love her so much!" luah aku.
Sungguh aku lemah tanpa Zia. Ryan bertindak memeluk aku. Begitu juga Zaqwan. Mereka menyalurkan kekuatan dalam diri aku. Bagai seorang kanak-kanak kecil yang dilindungi abangnya, aku merintih. Aku perlukan Zia! Tiada lagi rasa malu untuk meluah apa yang terpendam.
Pilu.
***
Akhirnya selepas didesak berkali-kali, aku pulang ke rumah. Mata meliar memandang pelusuk rumah. Terasa seperti kami baru berpindah ke sini. Kenangan sewaktu kami berkejaran hingga ke laman rumah berputar di minda. Sekarang...
Sunyi.
Sepi.
Kelam.
Tanpa Zia.
Mana janji awak Zia? Janji awak untuk tak tinggalkan saya sendiri.
"Janji dengan saya, jangan sesekali pergi."
"Tapi kalau dah sampai masa, kita tak boleh buat apa-apa, Fareez."
"Please, Zia. I'm begging you..."
"Saya tak boleh janji tapi saya cuba, okay?"
"Saya tak kira! Awak kena janji juga!"
"Ya, saya janji."
Sebak menghuni hati. Macam mana aku nak jalani hidup tanpa Zia? Salah aku ke sebab terlalu bergantung harap pada dia?
Nafas dihela perlahan. Pintu bilik dikuak. Katil nampak kemas. Zia yang kemas pagi tadi. Kalau Zia pergi, siapa nak kemas untuk aku?
Astaghfirullahalazim.
Tak sepatutnya aku berfikir macam tu. Tuala dicapai dan aku mula bersihkan badan kemudian solat. Aku termenung sejenak di atas hamparan sejadah. Tipulah kalau aku kata air mata langsung tak menitik semasa memohon keampunan atas segala kekhilafan aku. Memohon agar Zia diberi peluang untuk bersama aku lagi.
Kepala yang terasa berat aku letakkan di atas bantal. Ya, mungkin aku perlukan rehat. Mata dipejam.
7.45 p.m.
Why did we end up like this? Just why?
"Fareez..."
"Yes?"
"If I die tomorrow what do you want tell me today?"
Aku terjaga dari tidur. Mimpi itu!
If I die tomorrow what do you want tell me today?
Saya tak tahu nak cakap apa Zia. Cuma... jangan tinggalkan saya. Sebab saya sayang awak sangat. Tapi...
Kalau awak nak pergi juga, bawa saya sekali.
Aku bangun kemudian menunaikan solat Maghrib dan Isyak sekaligus. Sedang aku melipat sejadah, phone berdering.
"Assa-" tak sempat aku memberi salam, suara ibu menerjah.
"Reez datang hospital cepat!"
Jantung aku berdetak hebat.
Air mata yang sudah kering kembali merembes keluar. Sendu. Kepala digeleng berulang kali. Aku akan kehilangan Zia... Semua ni terlalu cepat. Aku belum bersedia untuk bersendirian.
Ya Allah, bantu aku! Aku tak rela kehilangan Zia. Dia segalanya bagi aku! Give me strength, Ya Allah.
The world is dark. And selfish. And cruel.
***
no private chapters like before. enjoy!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top