Part 35
Yeah sooooo dalam part ni dua lagu...
Oh Cintaku - Bella Nazari
Drag Me Down - One Direction
***
Aku tersenyum memandang kereta yang berhenti betul-betul di hadapan aku.
"Hai, babyboy," tegurku.
Fareez menyimpul senyuman memandang aku yang baru masuk ke dalam kereta.
"Hai, princess. So, hari ni macam mana? Okay?" Soal Fareez sambil matanya masih tertumpu pada pemanduan.
"Tak berapa okay." Aku mencebikkan bibir dan memandang Fareez. Dari tepi pun handsome. Haih...
"Ada masalah, ke?"
Terasa tangan digenggam erat.
"Ermm... masalah besar." Nada dibuat-buat sesih.
Kereta diberhentikan berdekatan tasik. Tak terlalu ramai orang.
"Kenapa ni? Ceritalah." Fareez kalih menghadap aku dan aku mengeluh.
"Hei, dear. Saya tak marah. Tak apa, cerita aje, okay?" pujuk Fareez.
"Anak kita..." Suara disayukan dan ayat dibiarkan tergantung. Fareez hanya diam menanti jawapan dari aku.
"Anak kita rindu papa dia!"
Melopong mulut Fareez. Aku mula tergelak besar memandang reaksi dia.
"Nakal!" Pipi dicubit.
"Amboi-amboi! Suka sangat cubit pipi orang. Tumbuk kang!" ugutku.
"Tumbuk-tumbuk sayang aje kan?" soal Fareez mengada.
"Dahlah, jom keluar." Aku keluar dari kereta. Fareez pula membawa gitar di tangannya.
"Buat apa bawa gitar?"
"Saja."
Aku mengangkat bahu, malas menyoal lebih lanjut. Suka hatilah. Kami mengambil tempat yang berdekatan dari parking. Penat, weh nak jalan jauh-jauh. Tambah dengan pregnant lagi.
"Zia..." panggil Fareez.
"Yes?"
"Nyanyikan saya satu lagu?"
Aku kerutkan kening mendengar permintaan Fareez.
"Tak naklah."
"Ala, please..." rayunya.
Alahai, ni yang tak kuat ni. Suara manja dia, ish!
"Yelah. Awak dengar elok-elok, okay? Mana tahu lepas ni awak dah tak boleh dengar saya nenyanyi lagi." Aku sengaja bergurau tapi tak sangka pula yang Fareez tak suka.
"Apa ni cakap macam tu? Memang nak tinggal saya, ke?" Dingin suaranya.
"Bukan saya nak tinggal awak. Tapi manalah tahu kan. Ajal ni bila-bila aje boleh sampai." Aku cuba memujuk. Entah mengapa ayat sebegitu tiba-tiba muncul di benak aku.
"Jangan tinggal saya, please..." Sayu suara Fareez. Aku tertunduk bermain dengan jari sendiri.
"Saya tak nak hilang awak lagi."
Jeda.
"Saya tak boleh hidup tanpa awak," sambung Fareez lagi. Kali ni aku cuba membalas.
"It's not that you can't live without me. It's just that you don't even want to try."
Fareez terdiam mendengar kata-kata aku. Kemudian terasa tangan digenggam.
"Awak nak tinggal saya, ke? Zia... hadam apa yang saya nak cakap ni. I. Don't. Want. A. Life. Without. You." Sepatah demi sepatah disebutnya.
Bibir bawah digigit. Suasana terasa dingin.
Sayu.
"Erm, cepatlah main gitar. Saya nak nyanyi ni." Aku menarik tangan dan mengukir senyuman lebar. Yang penting, palsu. Terdengar hembusan nafas yang agak berat dari Fareez.
I'm sorry.
"Lagu apa awak nak nyanyi, sayang?" soalnya lembut. Sekurang-kurangnya dia tak marah.
"Erm... lagu-"
"Dah, diam. Biar saya yang tentukan," pintas Fareez.
Cis! Poyo aje.
Terdengar petikan gitar. Aku tahu lagu ni.
Saat aku takut untuk mencintai
Dan waktu itu kau penuh rasa sabar untuk menanti
Ada... ada yang ingin ku mahu
Ada yang ingin ku tahu
Tentangmu...
Fareez memandang aku sekilas sebelum kembali fokus semula pada gitar.
Oh cintaku
Aku tertanya
Andainya diriku tiada
Akan kau sedih atau ada pengganti yang lain
Petikan gitar terhenti. Aku memandang pelik. Ish, potong mood betullah!
"Kenapa? Tak sedap, eh?" soalku aneh.
Fareez menggeleng. Raut wajahnya nampak suram.
"Awak... kenapa-" Tak sempat menghabiskan ayat, terasa tubuh dipeluk erat.
Pelukannya dibalas tanpa ragu-ragu. Tak perlu risau sebab orang tak ramai. Kemudian Freez menolak lembut badan aku.
"Janji dengan saya, jangan sesekali pergi."
Aku terkedu.
"Tapi kalau dah sampai masa, kita tak boleh buat apa-apa, Fareez," tegasku.
Fareez pantas menggeleng. Tangan digenggam dan dikucup perlahan.
"Please, Zia. I'm begging you..."
Rayuannya.
Kelemahanku.
"Saya tak boleh janji tapi saya cuba, okay?" Aku tersenyum kecil.
"Saya tak kira! Awak kena janji juga!" Fareez membentak. Aku menghembus nafas berat dan mengangguk.
"Ya, saya janji," kata aku.
Barulah Fareez ukir senyuman. Lega aku apabila riak suramnya sebentar tadi sudah hilang.
"Awaklah ni. Tak sempat saya nyanyi sampai habis. Spoil betul!" Aku menampar perlahan lengannya, cuba memeriahkan suasana yang agak kelam. Fareez tersenyum nipis.
"Yelah, salah saya. Okay, sekarang dengar saya nyanyi pula."
"Tak aci betul. Lagu saya tak habis lagi." Aku kecilkan mata memandang Fareez tanda tak puas hati.
"Shut up, lady." Fareez kenyitkan mata kemudian mula memetik gitar. Cis!
I've got fire for a heart
I'm not scared of the dark
You've never seen it look so easy
I got a river for a soul
And baby you're a boat
Baby you're my only reason
Pipi dikucup sekilas. Hei, pencuri!
If I didn't have you there would be nothing left
The shell of a man who could never be his best
If I didn't have you, I'd never see the sun
You taught me how to be someone, yeah
Fareez yang tersenyum manis menyebabkan jantung aku berdetak hebat! Cutest smile ever!
All my life
You stood by me
When no one else was ever behind me
All these lights
They can't blind me
With your love, nobody can drag me down
All my life
You stood by me
When no one else was ever behind me
All these lights
They can't blind me
With your love, nobody can drag me down
Bersungguh betul dia nyanyi. Aku sandarkan badan ke kerusi. Lenguh.
Nobody, nobody
Nobody can drag me down
Nobody, nobody
Nobody can drag me down
Tak menunggu lama, aku rampas gitar dia. Fareez tersentak.
"Awak, jom balik. Lenguhlah," pujuk aku.
"Ala, baru aje nak serlahkan bakat," protes Fareez. Aku cebikkan bibir. Acah betul dia ni.
"Buatlah bibir macam tu. Kang saya- auw!" usikannya terhenti apabila aku mencubit kuat di perut.
"Dah, jom balik!" Tangan Fareez dipeluk dan kami beriringan ke kereta.
"Fareez..."
"Yes?"
"If I die tomorrow, what do you want tell me today?" Perlahan saja suara aku menyoal.
"Tak dengarlah, Zia. Bising sangat bunyi budak-budak." dalih Fareez.
Kring! Kring!
"Aiskrim! Baby kita nak aiskrim!" Aku melompat sedikit. Fareez menggeleng perlahan.
"Baby nak, ke mama dia yang nak?" soal Fareez sambil tersenyum mengejek.
"Well, rasanya papa dia pun nak," bidas aku. Fareez tergelak.
"Yelah, jom. Kita beli dua. Awak satu saya satu," ajak Fareez sambil menarik lembut lengan aku.
"Habis tu, baby macam mana?" Mimik wajah dilakonkan sedih. Fareez hanya bersiul dan tak hiraukan aku.
"Ala, dua untuk sayalah!" rengek aku sambil mencubit perlahan pipi Fareez.
"Gemuk!" Pipi aku pula menjadi sasaran Fareez.
Gemuk, ke tembam, ke biarlah. Asalkan bahagia.
Bahagia dengan Fareez!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top