Part 34
Lengan kemeja denim dilipat hingga paras bawah siku. Rambut pula dikusutkan. Sejak kebelakangan ni, perasaan aku jadi serabut. Otak sibuk teringatkan si Nina tulah! Ah, benci! Kepala yang terasa berat direhatkan di bantal. Nak demam mungkin. Mata dipejamkan.
Flashback
"Ainnur..."
Aku kalih wajah pada punca suara.
"Kenapa ni sampai berpeluh-peluh?" soal aku prihatin.
Mestilah tanya, mana tahu nak cendol, ke? Wajah dan rambut yang basah akibat peluh langsung tak menganggu rupa paras lelaki itu. Dia tersenyum.
"Waktu balik ni jumpa I dekat belakang blok B, boleh?" Rautnya kelihatan mengharap.
Aku tanpa teragak-agak mengangguk dan lemparkan senyuman manis. Pada ketika itu, senyuman aku hanya untuk dia.
Segalanya.
Seperti yang dijanjikan, aku akan berjumpa dengan dia. Buku-buku dimasukkan ke dalam beg. Botol air berwarna biru dipegang kemas. Tiba-tiba mata aku terancap pada satu surat di bahagian tepi meja aku. Macam mana boleh tak perasan? Aku ambil dan baca dengan teliti.
Cepat datang tau. I ada kejutan. Btw, happy birthday sunshine.
-AL-
Senyuman mekar di bibir aku. Tak sabar rasanya nak tengok kejutan apa. Tak menunggu lama, aku tergesa-gesa melangkah keluar dari kelas.
Buk!
"Ah, sorry-sorry!" Tertunduk-tunduk aku memohon maaf. Memang salah aku pun!
"Lain kali jalan pandang depan." Dingin suaranya.
Huh, sombong! Nametag lelaki beruniform pengawas itu dipandang sekilas.
Fareez Ilham.
Meluat tengok muka beku mamat tu, aku terus pergi belakang blok seperti yang dijanjikan dengan 'dia'.
Semakin dekat, semakin kuat debaran yang aku rasa. Jantung berdegup kencang. Antara rasa berdebar nak jumpa orang yang kita sayang, atau rasa takut yang tak tahu dari mana datangnya.
Langkah terhenti. Telinga aku dapat menangkap bunyi rengekan perempuan. Dahi yang berpeluh dilap. Botol air dipeluk erat. Dengan lafaz bismillah, aku munculkan diri di belakang bangunan itu.
Ya Allah!
Air mata bergenang. Terlepas pegangan botol air. Bunyi itu cukup untuk sedarkan dua makhluk di depan aku.
"Ainnur..."
Aku tutup telinga dengan kedua-dua belah tangan. Diam! Aku benci dengar suara kau!
"Uh, bagi I explain. Semua tak macam yang you sangka."
Mata dipejam erat. Air mata semakin galak mengalir.
"Dahlah tu, you. You dah sedap-sedap dengan I pun. Tak perlu tipu perempuan ni lagi." Gadis yang dari tadi berdiam diri mula bersuara.
"Diam, Nina!" Dia menengking. Kuat. Tak pernah aku tengok dia marah sebegitu sekali. Gadis yang dipanggil Nina tadi langsung menapak pergi dari situ.
Malas mahu layan drama si dia, langkah dibuka.
"Ainnur, tunggu!" Terasa lengan aku ditarik kuat.
"APA LAGI?!" Untuk pertama kali, aku tengking dia. Dan untuk pertama kali juga, aku menangis kerana lelaki.
"Bagi I explain boleh tak! I tak salah!"
Aku meronta ingin dilepaskan tapi pegangan semakin kuat.
"Tak salahlah sangat, huh? Sampai you cium anak dara orang, sentuh sana sini. Macam tak ada maruah!"
Dia nampak tersentak. Tapi tidak bagi aku. Sepatutnya aku buat lebih dari tu tapi otak aku rasa kosong. Sama macam hati aku.
Kosong.
"You ni kan!"
Mata terpejam apabila dia mula mengangkat tangan tinggi. Gaya macam nak tampar. Selama ni dia baik dengan aku, lembut, sopan, ramah. Tapi sekarang? Dia berubah. In a blink of eyes.
"AEMAN LUTFI!"
Satu suara menjerit dari arah belakang. Terhenti niat dia nak tampar aku. Aku tak tahu dari mana datangnya guru disiplin tapi mungkin...
Terasa bagai ada mata yang sedang memandang tajam, aku dongakkan kepala. Pengawas tadi, Fareez Ilham Dia?
Tapi, kenapa?
End of flashback
"Hey, Zia. Awak mengigau ni. Bangun."
Terasa pipi ditampar perlahan. Mata dibuka.
Fareez yang sedang mempamerkan riak risau dipandang. Aku perlukan kekuatan. Belum sempat aku memeluk dia, badan aku ditarik. Belakang badan diusap perlahan.
Apabila pelukan dileraikan, ibu jari Fareez mengusap air mata di pipi aku. Eh? Aku menangis?
"Kenapa menangis ni, hm? Awak demam ni, sayang," ujarnya.
Aku sandarkan kepala di dada Fareez.
"Nak air..." pinta aku. Gelas dihulurkan dan aku minum perlahan.
"Nak lagi?"
Aku menggeleng.
"Mimpi apa sampai menangis?" soalnya.
Mulut dikunci. Aku malas mahu menjawab. Hanya baring di riba Fareez dan pejamkan mata.
"Care to share?" Fareez masih tak mengalah. Aku menggeleng.
"Ala, storylah dekat saya. Mana aci main rahsia-rahsia." Madanya agak gedik.
Malas mahu bertekak, aku menjawab ringkas, "Kalau awak tak tolong waktu tu, entah apa lah jadi dekat saya."
Terdengar keluhan berat dari bibir Fareez.
"Jadi, awak mimpi pasal tu?"
Aku mengangguk.
"Zia..."
"Dahlah. Saya nak tidur." Aku angkat kepala dan baringkan di atas bantal. Selimut dibetulkan sebelum mata terpejam rapat. Terasa ada kucupan di dahi.
"Nanti saya kejut awak makan ubat. Sweetdream, little girl."
Terdengar pintu ditutup. Tahulah yang Fareez dah keluar.
Seminit.
Dua minit.
Terhambur jua tangisan aku. Kecewa. Kenapa hidup mesti kecewa?
Aku kecewa dengan Aeman yang mudah digoda. Aku kecewa dengan diri aku yang terlalu mudah menangis! Bukan cuma aku. Fareez juga kecewa. Aku tahu itu. Dia kecewa apabila aku menangis hanya keran lelaki lain.
Tak. Bukan aku tak lupakan Aeman atau tak terima kenyataan. Mimpi itu tiba-tiba hadir dan perasaan kecewa, pedih, perit tu kembali semula! Tapi hanya untuk seketika. Semua keperitan tu hilang apabila aku dekat dengan Fareez Ilham.
Dia yang kembalikan senyum aku. Gelak tawa aku. Fikiran melayang tentang kejadian di mana aku mula rapat dengannya.
"Awak! Tunggulah!" Termengah-mengah aku mengejar langkah Fareez. Kaki panjang macam apa dah!
"Kau nak apa ni main kejar-kejar?" Wajah itu masih beku. Terdetik di hati untuk berkawan dengan dia. Teringin juga tengok dia senyum untuk aku.
"Saya nak kawan dengan awak aje," pinta aku kebudak-budakan.
"Kau nilah. Dari first terserempak, tu aje ayat kau."
Aku tersengih.
"Ala, bolehlah. Please, please!" Kedua-dua belah tapak tangan ditekapkan dan bibir dicebikkan. Nampak gedik tapi moga-moga dia cair.
"Yelah." Terukir senyuman di bibir Fareez. Bukan sinis tapi manis! Akhirnya...
"Yeay! Thank you, awak!" Aku melompat kecil.
"Whatever. Tapi kau kena ajar aku addmath."
Aku memusingkan bebola mata dan Fareez tergelak melihat aksi aku.
Ya. Itulah peristiwa di mana kami mula berkawan rapat. Di mana dia terima aku setelah 'dikejar' berkali-kali.
Aku tersenyum sendiri teringatkan kenangan kami. Aku bangun dan memeluk lutut. Walaupun pernah ditinggalkan, aku tak pernah berdendam. Malah aku cuba kejar dia sampailah aku rasa hampir mengalah apabila dapat tahu dia dengan orang lain. Tapi kalau dah jodoh, tak ke mana. Kan?
"Hey, tak tidur lagi, ke?" Pintu diuak dan wajah Fareez kelihatan. Dia mengambil tempat di sebelah aku. Dulang di tangannya diletakkan atas katil. Ada bubur ayam dan panadol.
"Tak boleh tidurlah, awak," aduku manja.
"Kenapa pula?"
"Nak bobok." Aku tersenyum nakal. Saja nak menyakat Fareez. Dia pun dah sengih sampai telinga nampaknya.
"Mengadalah, awak. Dah, makan ni. Saya suap. Kesian, baby lapar."
Aku membuka mulut luas-luas. Hm, sedap. Rasa macam bubur yang dia buat masa dekat Sabah beberapa bulan yang lepas.
"Awak..."
"Shh... telan dulu. Apa ni cakap masa mulut penuh," tegurnya.
Aku cepat-cepat telan tapi tak sempat aku nak bersuara, sekali lagi Fareez sumbatkan bubur. Jahat! Aku menjeling tajam.
"Alolo. Jangan merajuk, sayang. Okay-okay, awak nak cakap apa?" Wajah aku yang berpaling darinya ditarik semula.
"Awakkk..." Mood manja Zia Ainnur, on! Fareez mengangkat kening.
"Ya, sayangku," jawabnya melayan.
Aku tersengih sambil lentokkan kepala di bahu dia.
"Rindu..."
Fareez tergelak kecil. Tangan aku digenggam erat.
"Mengada. Nasib baik comel."
"Tahu dah."
Tawa kami bersatu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top