Part 3
Zia kelihatan tidak selesa dengan renungan mata Fareez. Tubuh mengesot ke kiri katil, memberi jarak kepada lelaki itu.
"Se... se... sebe... sebenarnya. Sebenarnya..." Fareez memandang Zia pelik. Sejak bila jadi gagap? Panas pula hatinya.
"Lembaplah kau ni, minah. Cakap elok-elok tak boleh ke?" Naik satu oktaf suara Fareez. Zia menarik nafas dalam-dalam.
Tiba-tiba Zia bangun dan meluru ke arah meja solek. Surat daripada arwah dikeluarkan kemudian dihulur kepada suaminya.
"Kau dah kenapa dah bersurat-surat bagai? Dah bisu? Lembap." Surat di tangan Zia dicapai jua kemudian dibuka perlahan-lahan.
Tulisan Fatin...
Dibaca satu persatu isi yang terkandung. Jantung mula berdetak hebat! Keheningan malam mula menunjukkan rupa. Bilik yang dihuni pengantin baru itu menjadi sunyi. Fareez mengambil masa untuk memproses apa yang sedang dibacanya. Surat digenggam kuat. Terketar-ketar tangannya menahan perasaan.
"Arwah ada kanser. Stage 4," jelas Zia perlahan sekaligus memecah kesunyian.
"Fatin... Fatin dah tak ada? Jangan main-main. Tolonglah!" Fareez menerpa ke arah Zia dan bahu dicengkam kuat. Zia menahan perit di bahu. Dia tidak mempedulikan hal itu kerana dia tahu, perit lagi hati lelaki ini untuk menerima kenyataan.
"Tak mungkin... tak... tak mungkin se... semua ni terjadi...." Mata Fareez bergenang.
'Macam tu je awak tinggalkan saya, Fatin? Semudah itu?' desis hati kecilnya.
Zia yang tidak tahu mahu merespon apa hanya kaku. Seketika kemudian, tangan dibawa ke belakang Fareez, menepuk- nepuk perlahan di situ. Suaminya menangis kerana pemergian perempuan lain.
Terasa pelukanmya dibalas. Tangisan makin menjadi-jadi. Dalam sedar tak sedar, Zia ikut menangis. Pedih apabila terkenangkan pemergian sahabatnya.
"Fareez...," panggil Zia lembut. Fareez memilih untuk tidak membalas. Hanya mengeratkan pelukan. Ya, dia terasa lemah. Dia perlu kekuatan. Mungkin kekuatan itu ada pada Zia.
"Esok saya tunjuk kubur arwah, ya? Kita lawat sama-sama." Zia masih lagi cuba memujuk. Sumpah dia katakan, dia buntu.
"Tak mungkin Fatin tinggalkan aku macam tu. Tak..." Fareez menggeleng lemah. Sayu hati Zia mendengar suara serak Fareez yang seiring dengan bunyi hujan di luar.. Kini, dia yakin. Hati Fareez hanya untuk Fatin.
Tidak adakah walau sedikit ruang untuknya? Tidak mengapa. Masa masih panjang.
"Jangan macam ni. Esok kita melawat. Jangan menangis. Jangan ratapi pemergian dia. Kesian arwah dekat sana. Mesti dia tak tenang tengok awak macam ni. Yang hidup pasti akan merasai mati. Kita yang masih bernyawa perlu teruskan hidup. Awak kena kuat. Awak kena tabah. Kita berhubung dengan Fatin melalui doa. Okay?" Pujukkan Zia dibalas dengan anggukan.
Baru Zia perasan, wajahnya terkena pada rambut Fareez. Tangannya automatik naik membelai rambut suaminya. Sangkaannya meleset. Difikirkan rambut Fareez kasar seperti rata-rata lelaki lain. Rupanya, tidak.
Bunyi petir yang berdentum menyentakkan Zia. Fareez yang sudah mamai dalam pelukannya dibaringkan berhati-hati. Selimut ditarik paras dada.
Ditilik wajah bersih Fareez. Fatin beruntung kerana memiliki hati Fareez. Sesungguhnya cinta lelaki ini tulus. Walau pada mulanya Fareez mengamuk sakan, tetapi apabila kebenaran sudah terungkap, keganasannya umpama ghaib. Yang tinggal, hanyalah kekecewaan.
Mata dipejam perlahan. Timbul rasa syukur apabila majlis bersanding ditangguhkan dan perkahwinan ini tidak dibuat besar-besaran. Hanya menjemput saudara dan kenalan yang rapat dari mulut ke mulut, tanpa kad. Lagipun, baru akad. Tentang bersanding, lain kali sajalah. Itu pun kalau dia masih bergelar isteri kepada Fareez Ilham.
Tak salah mengharap pada yang baik-baik. Tak begitu?
Mungkin ini permulaan kehidupan Zia. Untuk hadapi hari seterusnya, adakah dia mampu? Harap begitulah. Tidurlah, Zia. Rehatkan minda. Ketahuilah, banyak lagi onak dan duri yang harus ditempuh. Tabahkan hati. Semoga cekal selalu, Zia Ainnur.
***
Subuh itu, Zia solat sendirian. Fareez sudah hilang entah ke mana. Keretanya di garaj juga sudah tiada. Yang ada hanya ibu, ayah dan Ryan. Pintu terkuak dari luar. Tersentak Zia di atas katil yang sedang memeriksa emailnya di dalam laptop.
"Eh! Sorry, Zia." Menggelabah Ryan menutup matanya. Yelah, bini orang tengah tak bertudung, takkan mahu pandang.
Zia mengangkat sebelah keningnya. Semalam tidak pula si Ryan ni gelabah semacam semasa melihatnya. Lantas Zia bangun dari duduk, mengintai Ryan dari celah-celah jari lelaki itu.
Tawa halus Zia kedengaran. Ryan sudah tercengang. Tangan diturunkan dari menutupi wajahnya.
"Kenapa gelak? Kenapa Zia tak berlari ambil tudung? Ala, tipikal perempuan berhijablah." protes Ryan. Dilihatnya Zia yang sedang tersengih sambil memandangnya. Zia menggeleng kepala sebelum membalas.
"Zia mana pakai tudung. Insha Allah, one day. Adui, Ryan ni. Tapi kan, kelakar muka awak tadi. Macam dah buat salah yang besar sangat-sangat." Selamba Zia berkata sambil tersenyum mengejek. Kening diangkat berkali-kali. Ryan yang pada mulanya berkerut terus tergelak.
"Muka tu mengejek betul, eh? Nasib baik comel, tau." Mata bergerak memandang Zia atas dan bawah. Kaka iparnya itu memakai jogger pant berwarna kelabu, t-shirt lengan pendek putih kosong serta rambut yang sedikit keperangan yang dibiarkan lepas. Lipbalm juga menghiasi bibir Zia. Perfect! Ah, tak lupa juga anak mmata hazel milik gadis itu!
"Hah, tenung bini orang!" sergah Zia sambil tangannya dihentik di dahi Ryan. Sama seperi yang Ryan lakukan terhadapnya semalam.
"Ish, Zia ni. Ryan tengah menghayati ciptaan Tuhan tau." Ryan membalas sambil mencuit hidung kecil Zia. Wajah Zia mula membahang. Baru Ryan perasan, gadis semalam itu rupanya Zia.
"Ha, muka tu kenapa merah?" Semakin galak Ryan mengusik.
"Mana ada! Apa tak malu ke puji kakak ipar sendiri macam tu?" bidas Zia. Wajahnya masih setia memerah. Rasa macam nak tanam kepala dalam tanah. Aci tak? Pipinya ditampar sendiri banyak kali. Adeh, Zia.
"Tengok la tu. Malu sangat ke? Ha, patutlah malu, orang kacak puji. Geramnya tengok pipi merah Zia. Nak cubit rasa." Ryan sudah mengangkat tangan mahu mencubit pipi gebu Zia tetapi tidak sempat apabila terdengar suara orang berdehem di muka pintu.
Zia mengintai sedikit kerana pandangannya dihalang oleh tubuh Ryan.
"Eh, Fareez! Ha, kau dari mana ni? Aku saja je datang sini berborak dengan..."
"Dengan bini orang? Berdua-duaan dalam bilik?" perli Fareez sinis. Nampaknya mood dia tidak berapa baik. Kemudian dia terus mengambil tempat di atas katil. Laptop yang dibawa di tangan dibuka. Tersentak Zia dan Ryan.
"Ala, kau ni. Pintu bukan tutup pun." Ryan membalas perlahan.
"So? Keluar ah, kau. Sibuk je." Bantal dicapai dan terus dibaling tepat ke muka Ryan. Tak mahu Ryan berasa tidak selesa, mulutnya mengukir senyuman paksa.
Plastik!
"Hek eleh! Kedekut binilah, kau ni. Ha, kurunglah Zia tu dalam almari. Aku nak keluar cari bini empat orang. Lagi power!" Tanpa menunggu balasan Fareez, Ryan terus ketawa besar dan keluar dari bilik. Pintu sempat ditutup.
Zia memandang Fareez. Punggung dilabuhkan di sebelah lelaki itu. Mata mencuri pandang laptop Fareez. Terpampang gambar Fatin. Tak mahu mengambil hati, dia cuba berbual dengan Fareez.
"Awak...,"
Fareez tak membalas.
"Awak...," Zia masih tak berputus asa. Fareez masih seperti tadi. Hanya menyepikan diri.
"Ish, dengar tak ni?" Suara dikuatkan sedikit. Posisi duduk sudah ditukar menghadap Fareez.
"Nak apa ni, ha!" Kasar Fareez membalas. Tersentap hati Zia mendengarnya.
"Ha, tak nak cakap pula? Cakap ah, nak apa? Dari tadi awak, awak. Tak cukup menggatal dengan Ryan, ni nak menggatal dengan aku? Heh, perempuan." Mencerlung mata Fareez menikam. Zia terus mengangkat punggung dari katil. Fareez buat tidak endah.
"Saya cuma nak tanya. Awak nak ke tak, pergi ziarah kubur arwah. Tak apalah, saya pergi sorang." Sedaya upaya Zia cuba menahan getaran suaranya. Namun Fareez dapat menangkap air mata gadis itu yang jatuh.
'Allahu... apa aku dah buat ni?' Kesal datang mengetuk pintu hati Fareez.
Zia mencapai baju kurung berwarna biru gelap serta tudung bawal dari dalam almari. Kemudian terdengar pintu tandas ditutup.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top