Part 29
"Sayang, wake up." Terasa bahu disentuh. Dah masuk kali keempat dia panggil tak aku malas nak bangun. Tak sampai hati buat dia menunggu terlalu lama, mata dibuka dan aku menggeliat kecil.
"Ha, bangun pun. Kepala pening lagi?" soalnya.
Aku menggeleng.
"Okay, pergi mandi dulu."
Aku masih kaku di atas katil. Kepala ditunduk. Fareez yang nampak aku tak bergerak memandang pelik kemudian duduk di birai katil.
"Don't worry. Doktor cuma check sikit aje. Tak sakit pun, sayang," pujuk Fareez lembut.
Kepala diangguk lemah dan tangan mula mencapai tuala seraya masuk ke bilik mandi.
Malas nak bersiap lawa-lawa. Baju pun Fareez yang sediakan. Jeans hitam dan sweatshirt. Lengan baju aku sinsing sedikit kerana rasa tak selesa. Makin lama rasa macam tak best pula pakai sweatshirt. Rasa nak cuba dress yang lebih feminine.
"Duduk."
Aku akur dan duduk di kerusi batu laman rumah. Mekar senyuman aku apabila tengok Fareez yang melutut di depan aku semata-mata nak pakaikan kasut. Selesai saja mengikat kemas, dia bangkit dan menghulurkan tangan. Aku menyambut ceria. Terasa dilayan lagak puteri! Haha, love it!
"Thank you, babyboy." Mata dikenyit sambil terdenyum. Dia hanya tersengih malu sambil menjawab kasih diterima babygirl.
Amboi!
Sementara menunggu giliran di klinik, fikiran aku menerawang tentang perbualan kami di kereta tadi.
"Sayang," panggilnya.
"Ya?"
"Can I ask you something?"
"Penting, ke?"
"Erm... yeah"
"Shoot!"
"If I were Leonardo DiCaprio, will you be my Kate Winslet?"
"Aik?" Keningku berkerut.
"Apa aik-aik? Jawablah sayang"
"Huh?"
"Tak menjadi rupanya aku punya sweet," getusnya perlahan?
Aku berfikir sejenak. Oh, ya! Leonardo DiCaprio tu Jack dan Kate Winslet tu Rose dalam filem Titanic. Haihlah, encik suami.
"Saya fahamlah. Of course, babyboy. Erm... Reez?"
"Yes, honey."
"You know what. When Peter Pan can't fly, when Alice In The Wonderland can't fit through small doors and happily ever after isn't true..." aku sengaja berhenti, gantungkan ayat. Muka Fareez nampak macam tertelan batu.
"Happily ever after isn't true? What did you mean, huh?"
Tersenyum aku dengar soalan Fareez. Gaya macam tak puas hati betul. Muka ajak bergusti.
"That's when I'll stop loving you, Fareez Ilham," sambungku.
Mekar senyuman di bibir Fareez. Tangan aku yang asalnya di peha dibawa ke genggaman tangannya.
"Hey! Sayang?"
Tersentak aku mendengar suara Fareez memanggil. Terkebil-kebil aku memandang dia yang sudah berdiri.
"It's your turn. Come," ajaknya.
Aku tersengih malu seraya menyambut huluran tangannya.
***
Tak terucap rasa syukur apabila aku disahkan mengandung tiga minggu. Tapi aku tak boleh nafikan, perasaan takut bersarang di hati aku.
"Thank you, sayang. Ah, tak sabar nak jadi papa!"
Aku tersenyum tawar. Fareez yang menyedari hal tu menoleh ke arah tempat pemandu.
"Zia? Kenapa ni, hm?" soalnya aneh.
Aku menggeleng perlahan dan mata dihalakan ke tingkap. Fareez menghela nafas perlahan.
"Ehem. Kau... kau tak nak... baby tu?" duganya.
Tersentak aku mendengar soalan Fareez. Suara dia agak terkilan.
"Apa awak mengarut ni?" Terasa jarinya disulamkan ke jari aku.
Erat.
"Muka kau nampak macam tak suka."
Aku tundukkan kepala. Tak sangka dia fikir sampai macam tu.
"Bukan macam tu. Cuma..." Ayat tergantung. Agak-agak kalau aku cakap ni, dia label aku mengada tak?
"Cuma apa, sayang..."
Aku tersenyum kecil, lebih suka digelar sayang kalau nak dibandingkan dengar little girl, babygirl, sweetbun and else.
"Saya takut. Saya takut kalau ada benda yang tak kena dan awak tinggalkan saya. Macam mana dengan saya? Apa nasib baby ni nanti? Let say kalau ada salah faham. Lepas tu tak mustahil awak akan jerit-jerit dekat saya. Atau sakiti saya... like you did before." Bukan niat aku mengungkit atau perkecilkan dia. Apatah lagi berdendam, jauh sekali. Aku cuma takut.
Satu minit.
Dua minit.
Jeda.
"Kau tak percayakan aku?" Soalan Fareez sedikit sebanyak buat aku serba salah.
"Uhh..."
"Its okay, Zia. Aku tak marah. Ingat apa doktor cakap, kau kena jaga emosi masa mengandung ni. Kalau nak makan apa-apa, let me know, princess." Fareez tersenyum hambar. Sulaman pada jari kami sudah terlepas sejak tadi.
"Awak..." Lengan Fareez yang sedang memandu aku pegang lembut.
"I'm sorry," pintaku.
"Tak apa, sayang."
"Saya cuma takut. Jangan tinggal saya, eh?" soalku keanak-anakan.
"Don't worry." Senyuman manis di bibirnya sedikit sebanyak legakan hati aku.
***
"Booo!"
Sudu terpelanting ke lantai. Dada diurut perlahan. Mahunya kena serangan jantung ni. Aku kecilkan mata pada manusia bertuah di depan aku.
Amboi! Ketawa sampai merah-merah muka, ya?
Nak cendol, ke?
Aku bangun dari kerusi dan ambil sudu lain. Terhenti aktiviti makan aiskrim aku, haih.
"Hai, beautiful," tegurnya galak.
Aku buat tak endah. Fareez masih tersenyum lebar sambil menongkat dagu di depan aku.
"Sombongnya, dia."
"Mintak nombor, boleh?"
"Awek ni kereklah"
Serentak itu pipi aku dicubit.
"Ish, awak janganlah kacau! Saya nak makan ni." Aku cebikkan bibir.
"Ha, ada pun suara. Dapat aiskrim terus lupa suami."
Aku putarkan bebola mata ke atas.
"Dahlah terkejutkan saya. Habis terbang melayang sudu tu. Nasib ke lantai, kalau terbang atas dahi awak?" leterku.
Fareez menggaru kepala dan tersengih.
"Ala, saje aje nak gurau dengan sayang saya ni." Sekali lagi pipi aku dicubit. Pantang betul aku orang cubit-cubit pipi masa tengah makan ni.
"Janganlah main pipi orang." Terus aku bangun dan tarik pipi Fareez kuat-kuat. Sampai naik merah pipi dia.
Once again... nak cendol?
"Aduh! Sakitlah, sayang! Siapa suruh kau tembam sangat? Comel tau taaakkk!!!"
Terbuntang mata aku. Aku bangkit dan berlari naik ke bilik. Fareez nampak terkejut tapi... ah, biarkan!
Aku menelek-nelek badan di depan cermin. Pipi dipegang beberapa kali.
"Alaaa, Zia janganlah merajuk! Aku janji, aku tak kacau kau makan dah!"
Terdengar jeritan Fareez kemudian dia melangkah laju masuk ke bilik. Tubuh aku dirangkul erat tapi aku tolak-tolak.
"Sampai hati tolak aku," rajuknya.
Fareez lepas pelukan dan duduk di birai katil membelakangi aku. Aik? Aku duduk di katil dan mengesot perlahan mendekati Fareez.
"Tepilah." Fareez mengesot pula menjauhi aku. Haihlah, mamat ni. Em, terasa nak makan sate tapi kena pujuk dulu.
"Awak..." Aku bersuara manja sambil merangkul lengan Fareez.
"Hmm..." Nak tak nak aje nadanya.
"Pandanglah saya." Aku tarik perlahan wajahnya menghadap aku.
"Nak apa?" Terasa rambut panjang aku dielus lembut.
"Nak tanya."
"Tanyalah."
"Saya dah gemuk, ke?"
"Pfffttt......"
Senyap.
"Hahahahahaha!" Fareez ketawa terbahak-bahak. Gemuk, ke? Oh, God.
"Gelak-gelak, betullah tu dah gemuk. Dah tak lawa." rajukku. Aku berura-ura nak bangun tapi pantas ditarik oleh Fareez. Terduduk semula aku. Dia memegang kedua-dua belah pipi aku dan dahi kami bertemu. Fareez tersenyum ringkas.
"Kau tak gemuk, sayang. Kau chubby sikit aje. Makin seksi," pujuknya dan aku tergelak kecil.
"Erm... Fareez? Saya nak..." sengaja suara dileretkan. Fareez masih diam menanti.
"Saya nak..." Jari aku bermain-main dengan lengannya.
"Nak apa, sayang?" soalnya geram. Tersengih kecil aku dibuatnya.
"Nak sate. Jom? Saya rasa nak makan sate sangat. Please?" Kepala dilentokkan pada bahu Fareez kemudian terdengar gelak tawa lelaki itu.
"Tu aje?"
Aku mengangguk. Tu ajelah, nak apa lagi.
"Mati-mati aku fikir kau nak aku."
Pak!
"Ha, gatal! Dah cepat bersiap! Nak makan ni."
Tawanya terhambur untuk kesekian kali.
"Gatal dengan kau aje," godanya.
Aku muncungkan bibir tanda meluat.
"Zia."
Kening diangkat tanda 'apa'.
"Betul ni, tak nak?"
"Ish! Cepat mandilah!" Belakang badannya aku tolak masuk ke bilik mandi.
"Ya, nak mandilah ni." Tawa masih bersisa. Pintu ditutup.
Aku menghembus nafas lega. Tiba-tiba pintu bilik mandi dibuka semula.
"Are you sure, princess?" Fareez tersengih nakal sambil kepalanya terjulur dari dalam. Aku menggigit bibir menahan tawa. He's so cute.
"Yes, prince. Sekarang princess arahkan awak mandi. Now!"
"Ai ai, captain!" Fareez tabik hormat sebelum kembali masuk ke dalam. Terdengar bunyi pancuran air. Mandi juga akhirnya.
"Last chance, sayang! Betul ni tak nak?" Terhambur gelak aku mendengar laungan Fareez dari dalam.
"YES! I'M PRETTY SURE, FAREEZ ILHAM!" Suara ditinggikan.
"Alright, baby!"
Tersimpul senyum aku. Mengada betul!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top