Part 27
Zia's pov
Aku mencubit kuat pipi Fareez beberapa kali sambil tersengih nakal.
"Wey, jangan! Aku nak tidur ni." Fareez pusingkan badan membelakangi aku.
"Dah pukul 6.50 ni. Bangunlah, awak hehe." Sekali lagi pipi Fareez jadi sasaran bertubi-tubi tapi kali ni sekali dengan badan aku naik atas dia. Kira selamatlah nyawa dia sebab aku tak gemuk.
"Urgh, please, Zia."
Tak aku jangka, dahi aku ditolak menggunakan jari telunjuknya. Tipulah kalau aku kata tak sentap. Jari telujuk tu, wei! Kurang ajar betul.
"Suka hatilah." Tak menunggu lama, aku terus melanglah keluar dari bilik. Dapur dituju dengan hati yang panas.
"Amboi, awalnya bangun, anak mama ni." tegur mama sebaik saja aku masuk ke dapur. Pipi dicubit sekali sebelum mama kembali sibuk dengan nasi yang digorengnya.
"Well. Anak mama kan." Aku tersenyum riak. Mama dan ibu ketawa besar. Terubat juga luka di hati ni apabila melihat tawa mereka, acehhh!
Sepanjang di dapur, kami bergurau senda tanpa henti. Ketawa tak putus-putus. Borak punya borak, jarum jam dah menunjukkan pukul 8.00 pagi.
"Dah boleh dah ni nak sarapan. Zia, pergi panggil Fareez dengan Ryan makan."
Aku kerut kening dengar arahan ibu.
"Habis tu ayah dengan papa?" soalku Aneh.
Ibu tersenyum sebelum menjawab, "Dah keluar. Ada mesyuarat kelab golf katanya."
Aku mengangguk sebelum berjalan ke bilik Fareez. Tak sempat mengetuk, pintu dikuak dari dalam.
"Ibu panggil makan," beritahuku ringkas.
Fareez mahu membalas tapi aku cepat-cepat melanglah ke bilik Ryan pula. Merajuk sekali sekala tak apa. Tapi dia nampak berserilah pagi ni, haih.
Tok! Tok! Tok! Tok! Tok!
Sengaja aku ketuk kuat-kuat tanpa henti.
"Sabarlah, woi!" laung satu suara dari dalam.
Aku menahan tawa mendengar suara Ryan yang menjerit dari dalam. Sekali lagi tangan aku galak mengetuk pintu bilik dia. Kuat macam nak roboh.
"Ish, macam pencuri aje ketuk bilik orang!" Ryan terus membuka pintu bilik tapi...
"Ahhhhh!!" Bergema satu rumah dengan jeritan aku.
"Wuarghhh!!" Ryan turut sama ikut terjerit. Tak sangka mungkin aku yang mengetuk. Aku lagilah tak sangka sebab dia tengah pakai tuala aje. Rambut yang basah menandakan dia baru selesai mandi.
Laju aku mengundurkan langkah kemudian terjatuh sambil tangan menutup mata. Terkejut sangat masalahnya! Ah, mata aku ternoda! Eiii!
"Masha Allah. Kamu berdua ni kenapa?" Kedengaran suara mama menyoal dengan kelam kabut. Ibu dan Fareez turut ada. Aku menggeleng laju. Tangan yang masih menutup mata diturunkan sedikit, mengintai.
"Ah, Zia, Ryan-" Ryan menapak ke arah aku kemudian mencangkung. Tangannya bergerak mahu memegang bahu kanan aku.
"Dont touch her!" Terdengar suara kuat Fareez kemudian tangan Ryan ditepis kuat oleh dia. Terasa tubuh aku ditarik agar berdiri dan dipusingkan menghadap badan dada. Rapat, sampai aku boleh bau haruman minyak wanginya.
"Aisy Ryan! Pergi pakai baju!" Suara ibu memetir. Ryan sepantas kilat masuk ke bilik.
Aku masih kaku. Habislah kalau Fareez marah. Angin cemburunya bukan boleh dikawal. Pasti aku bakal ditengking nanti. Argh!
Mama memberi isyarat pada Fareez bahawa dia dan ibu mahu turun ke bawah dulu dan aku nampak itu. Fareez mengangguk.
"Zia..." Lembut suaranya memanggil. Aku masih menunduk.
"Look at me."
Perlahan-lahan aku dongakkan kepala.
"Okay?" soalnya.
Aku mengangguk perlahan. Terasa belakang badan aku ditepuk-tepuk.
"Jangan marah saya... saya tak tahu..." Aku cuba meraih simpati.
"It's okay. Aku fahamlah. Dah, jom makan. Ibu dengan mama dah tunggu." Suara Fareez masih lembut seperti tadi. Meremang pula bulu roma aku dengar.
Aku mengangguk kemudian menuruni tangga beriringan dengannya. Ibu dan mama tersenyum melihat kami.
"Zia okay?" Soal mama prihatin.
"Okay, ma. Tadi Zia cuma terkejut aje." Aku tersengih lalu nasi goreng dicedokkan ke pinggan Fareez.
Jap...
Tadi, aku nampak...
Sixpack Ryan!
Okay, stop it.
Such a dirty-minded.
***
Aku duduk di ruang tamu bersama Fareez tapi langsung tak ada niat nak berborak. Apa yang dikata oleh Fareez diabaikan. Mata difokuskan pada skrin tv walhal otak sebenarnya sedang mendengar apa saja yang keluar dari mulutnya.
"Zia."
Aku angkat kepala apabila terdengar panggilan Ryan. Pantas Ryan mengambil tempat di sofa depan aku.
"Sorry pasal tadi, serius tak tahu pula Zia yang ketuk pintu. Ganas semacam, ingatkan Fareez. Sorry tauuuu..." Suaranya dileretkan dan aku hanya tersenyum kemudian mengangguk.
"Eh, Ryan ada benda nak tunjuk dekat Zia ni. Kejap." Apabila Ryan sudah mengangkat punggung dan masuk ke bilik, Fareez memanggil. Aku tak hiraukan. Kemudian terdengar keluhan berat dilepaskan.
"Kau ni kenapa? Aku ada buat salah, ke?"
Jeda.
"Kalau ada, bagitau. Jangan diam macam ni."
Krik krik.
"Okay, aku minta maaf kalau ada buat salah. Let me guess. Kau terasa sebab... em... sebab aku tunjal kepala kau tadi, ke?"
Terus mata aku memandang dia tajam.
"Ha, tau pun," balasku selamba.
"Ala, sorrylah. Aku ngantuk sangat, tadi," rayunya.
Aku pusingkan bebola mata.
"Macam apa dah saya, dengan suami sendiri pun kena tolak macam tu." Suara aku kedengaran merajuk.
"Maaflah, sayang." Senyuman nakal menghiasi bibirnya sebelum tubuh Ku digeletek.
"Stop it, Fareez Ilham!" Aku cuba menolak tangan Fareez sambil ketawa tapi sia-sia. Degil!
"No selagi kau tak maafkan aku," ugutnya.
Aku yang terdengar pintu bilik Ryan ditutup cepat-cepat menjawab, "Ye-ye, saya maafkan. Lepas, please? Ryan nak turun dah tu."
Sebelum dia berhenti, sempat dicubit kuat pipi aku kemudian dilepaskan dan berlagak selamba sambil bermain dengan phonenya.
"So, ni album Ryan dengan Fareez. Zia nak tengok?" Melebar senyuman aku mendengar soalan Ryan.
"Dont dare you, Ryan." Mata Fareez tajam memandang Ryan tajam tapi Ryan tak pedulikan.
"Biarlah. Saya nak tengok." Aku menjeling Fareez.
"Okay, nah, Zia selak muka surat dia satu-satu."
Aku mengangguk. Album yang tertulis Fareez Ilham & Aisy Ryan mula diambil.
"Ni korang, ke? Alaa, nampak suci aje muka masing-masing." Mata aku leka melihat gambar mereka ketika bayi.
"Well." Fareez berlagak.
"Masa kecil memanglah. Dah besar macam setan."
Bergema tawa kami di ruang tamu.
"Ha, nilah Fareez masa 5 tahun!" jerit Ryan dan aku terus bahan gelak. Perut ditekan kuat.
"Really?" Dan aku sambung gelak. Serius, comel gila, Fareez masa tu. Dalam gambar tu Fareez menangis teruk gila, mulut comot dengan aiskrim vanilla manakala tangan kanan pula diangkat cuba memukul Ryan yang tersenyum melihatnya.
"Gelaklah, gelak" Fareez mendengus kasar.
"Zia tau tak? Masa tu Aunty Lia yang jaga kami dan dia cakap kan, masa tu Ryan degil sampai tahap rampas aiskrim Fareez lepas tu campak dekat dalam kolam belakang rumah tu. Fareez bukan main lagi menangis nak pukul Ryan tapi tak pukul pun. Angkat tangan macam tu aje." Bersungguh Ryan cerita.
"Kenapa?"
Ryan tersenyum sebelum menjawab.
"Aunty pun tanya Fareez, kenapa tak pukul Ryan. Bukan dia nak suruh pukul tapi cuma pelik. Tau tak apa dia jawab?"
Aku mengangguk.
"Sebab Payeh shayang adik."
Laju aku kalih kepala mendengar jawapan Fareez yang tiba-tiba menyampuk. Siap dengan gaya pelatnya sekali. Payeh? Adorable.
"Ha, macam tulah dia cakap," kata Ryan teruja.
Aku tersenyum kecil. Bangga dengan Fareez sebab dalam garang dia ada baiknya. Kemudian album terus diselak lagi. Mata aku kini tertumpu pada sekeping gambar.
"Ni pula gambar candid Fareez masa tingkatam lima. Ryan tak tahu apa-apa. Tapi dekat belakang tu ada tulisan. Fareez tak bagi baca. Cuma dia kata gambar tu bermakna untuk dia."
Aku ketap bibir menahan rasa.
Ya, aku kenal gambar ni. Gambar yang kawan sekelas kami tangkap. Fareez yang sedang berdiri sambil masukkan tangan dalam seluar memandang muka Fareez manakala aku yang jarak lima langkah darinya.
Mata aku tepat memandang ke arahnya. Umpama dunia kami yang punya. Sekali pandang pun dah tahu yang gambar tu fokus pada aku dan dia...
Akal inginkan fantasi,
Jangan terhapus realiti.
Tiba-tiba aku terdengar deheman Fareez dan dia terus melangkah masuk ke bilik.
"Sepanjang tempoh ibu dengan ayah bergaduh dulu, Fareez jauhkan diri dari semua orang. Masa tu, dia sayang sangat gambar ni. Selalunyalah, setiap hari dia akan tenung dan senyum sorang-sorang. Lepas tu bila arwah muncul, dia tutup album ni dan simpan kemas. Dia cakap jangan buka selagi dia tak capai kebahagiaan dengan orang yang dia sayang. So, bila Ryan tengok dia bahagia dengan Zia, I mean, lebih bahagia daripada dia dengan Fatin, Ryan anggap dia dah sedia untuk buka album ni semula and yeah... dia tak mengamuk," terang Ryan panjang lebar.
Fikiran aku rasa kusut tapi entah kenapa hati aku berbunga. Gambar kami ni adalah gambar terakhir di album mereka. Aku tarik keluar gambar itu dari album.
"Eh, Zia, jangan. Nanti dia marah." Ryan cuba menghalang tapi aku pantas menggeleng. Gambar diterbalikkan dan aku baca apa yang tertulis.
Hey Fareez Ilham,
Let your tears water the seed of our future happiness.
Saya rindu awak.
Little Girl.
Inilah 'barang' yang aku letak secara senyap-senyap dalam beg dia dulu. Aku tersenyum kecil dalam sebak. Ryan memandang aku pelik.
"Ryan, Zia naik atas kejap. Jangan risau. You know what, this is me." Aku mengangkat gambar kenangan tadi dan halakan jari telunjuk pada muka gadis di dalam itu.
"What? Seriously Zia..."
Aku mengangguk dan tergelak kecil. Punggung diangkat dan aku melangkah ke bilik bersama gambar tadi. Ryan yang terkebil-kebil di ruang tamu ditinggalkan sendirian.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top