Part 23

Aku butangkan baju dengan cepat. Pintu bilik mandi yang dikuak dari dalam tidak mengganggu aku sama sekali. I'm late!

Disebabkan hari ni panas, aku pakai kemeja putih kosong dan jeans biru. No more sweatshirt. Berpeluh!

"Cepatlah, Fareez. It's already 8.45am, you know." Pantas aku rampas tali leher di tangan Fareez. Ikat benda ni pun lambat.

"Okay, siap. Jom." Spontan aku menepuk dadanya apabila tali leher dah siap diikat.

Selesai bersarapan ringkas, Fareez memecut laju ke kafe.

"Thanks. Saya pergi dulu." Aku yang berua-ura nak keluar dari kereta terhenti apabila terasa tangan ditarik.

"Kenapa?"

"Tak nak salam suami dah ke, cik kak?" soalnya.

Aku menepuk dahi, mencapai tangan Fareez kemudian kucup belakang tangan itu.

"Selamat bekerja, sayang." Sempat telinga aku menangkap kata-kata Fareez. Senyuman nipis diukir.

"Amboi sweetnya pengantin lama kita ni."

"Untunglah dah kawin."

"Jelesnyaaa!"

Tersengih aku dengar kata kata Najihah, Hanis dan Aizat.

***

Lama aku berdiri di depan kafe. Jam ditilik, 6.15pm. Mana Fareez ni? Kata nak ambil tepat pukul 6. Phone berbunyi tanda ada whatsapp masuk.

"Kau balik naik teksi. Aku ada hal ni."

Panas hati aku membaca pesanan dia. Ah, suka hatilah! Nombor teksi didail dan teksi tiba tak lama kemudian.

"Pakcik, singgah 7E sekejap, saya nak beli barang," pintaku.

Driver teksi itu hanya mengangguk. Bila teksi dah berhenti, aku cepat-cepat keluar dan cari coklat! Tekak terasa nak cadbury so aku ikutkan ajelah.

Semasa aku nak masuk teksi semula, mata menangkap kelibat seseorang. Automatik pandangan menjadi kabur. Kelihatan Fareez sedang berjalan beriringan dengan seorang perempuan.

Erika! Damn it.

Nama kedai diperhati. Julia Printer. Bukan, ke orang selalu datang situ nak tempah kad kahwin? Tak tahan dengan keadaan itu, aku suruh pemandu teksi tu pecut sampai ke rumah.

Tiba di rumah, plastik berisi cadbury dicampak ke atas meja di ruang tamu. Hilang selera nak makan. Langkah aku bawa ke bilik utama. Mata memerah menahan tangis. Tangan laju capai tuala dan masuk ke bilik mandi. Lebih kurang setengah jam aku berendam dalam bath tab, terdengar ketukan di pintu.

"Zia, aku dah balik ni. Cepat sikit mandi, aku ada benda nak cakap."

Suara itu tak dihiraukam malah aku pejamkan mata, cuba menikmati haruman lavender. Selesa berendam apabila otak stress.

Sejam setengah berendam, baru aku keluar dengan memakai bathrobe. Rambut dibalut dengan tuala putih. Kelihatan Fareez diam memerhati aku yang sedang menyapu losyen di tangan. Pandangan dia susah ditafsir. Aku hanya biarkan dan duduk di sofa sambil kaki disilangkan. Mata difokuskan pada skrin phone.

"Zia," panggilnya.

Aku buat tak dengar.

"Aku cakap dengan kau ni." Suaranya naik satu oktaf.

"What!" Aku turut tinggikan suara.

Tak adil kalau aku sorang aje yang kena tengking. Fareez buntangkan mata tanda tak percaya.

Punggung diangkat dan tubuh dihempaskan di atas katil. Badan masih kemas dibalut bathrobe. Fareez menghampiri dan menarik kasar tangan aku sampai aku bangun terduduk.

"Sakitlah!" Aku cuba menarik tangan aku tapi dia tak lepaskan.

Pedih.

"Whats wrong with you, Zia!" jerkahnya.

Aku memandang dengan senyuman sinis.

"Whats wrong with me, huh? Sepatutnya saya yang tanya awak soalan tu. Balik-balik nak marah orang kenapa? Saya penatlah!" Genggaman tangan Fareez makin kuat. Aku menunduk, menahan sakit.

Tapi, hati merasakan lebih lagi.

"Kau sengaja cabar kesabaran aku, mandi lama-lama, kau hiraukan aku. Cuba cakap, aku ada buat salah, ke? Kalau ada, bagitau. Bukan buat perangai macam ni!"

Aku diam tak berkutik.

"Answer me, Zia Ainnur!" tengkingnya tepat di depan muka aku.

"Sakit..." rintihku.

Fareez tersentak dan lepaskan pergelangan tangan. Aku urut lembut bahagian yang sakit itu.

"I hurt you. Again..."

Kepala diangkat memandang wajah mendung Fareez. Fareez turun dari katil dan mengundur perlahan-lahan sebelum jatuh terduduk di atas sofa. Berbekalkan rasa kasih yang bersisa, aku bangun dan mendekatinya.

"Sorry... I didn't mean it." Dia nampak serabut.

Perasaan aku bercampur baur. Entah apa yang aku rasakan. Matanya terarah pada pergelangan tangan aku yang memerah.

"Did I hurt you?"

"Yes."

Fareez terkedu. Rambut diraup kasar ke belakang.

"Zia-"

"Awak pergi mandi dulu. Saya tunggu, lepas tu kita bincang." Aku memintas dan Fareez akur.

Dia memandang aku sekilas sebelum masuk ke bilik mandi bersama tuala di bahu.

***

Jari aku bermain-main dengan hujung lengan pijama. Fareez masih diam tak bersuara.

"Awak-"

Bicara aku terhenti apabila Fareez menyelak lengan baju aku. Kemudian dia mengusap perlahan di kawasan lebam. Muka dia nampak...

Kesal.

"Zia, terus terang dengan aku, please."

Dalam diam aku berfikir, bila nak jujur dengan aku.

"Fareez..." Wajahnya diipandang lembut.

Awak tak ada apa-apa nak cakap?" sambungku.

Fareez menggeleng perlahan.

"Look, kalau awak ada sorokkan sesuatu dari saya, tolonglah jujur." Suara aku separa merayu.

"Seriously, Zia. Aku tak tahu apa salah aku. Straight to the point, please."

See? Dia tak nak mengaku! I thought he loved me!

We heard and seen them in the movies, fairytales but the reality is they not exist!

Aku menghela nafas berat sebelum menyambung, "Petang tadi awak pergi mana?"

"Kau nak jawapan sekarang, atau rela tunggu bulan depan?" tanya Fareez selamba.

Aku tersentak. Bulan depan? Kenapa dengan bulan depan? Tolong jangan kata tarikh tu akan jadi hari di mana aku terpaksa berkongsi dia dengan wanita lain!

Fareez lepaskan tangan aku dan bangun. Langkahnya dibawa ke meja solek. Laci ditarik. Satu sampul dikeluarkan dan dihulurkan kepada aku.

Aku diam, tak mahu memberi respon. Kepala ditundukkan menahan sebak. Air mata mula mengalir. Aku rasa aku dapat agak apa yang ada dalam sampul tu.

"Ni..."

Fareez keluarkan satu kad kahwin dengan gabungan warna kelabu dan putih. Cantik, tapi...

"Ni kad untuk hari-" percakapannya terhenti apabila aku bangun dan melangkah laju ke arah pintu.

"Zia! Stop right there!"

Langkah dihentikan dan aku kaku di depan pintu. Tangan yang masih memegang tombol mula terketar-ketar.

Fareez mendekati dan berdiri di belakangku.

"Kenapa ni? Tak suka, ke?" soalnya bagai tiada sebarang persengketaan yang berlaku.

Aku mula naik angin. Cuba bagitau aku, siapa aje suka apabila terpaksa berkongsi suami, huh? Badan dipusing menghadap Fareez dan mulut bergerak tanpa suara.

Shit.

Fareez nampak terkejut mendengar carutan aku.

"Apa masalah kau, Zia!" Sekali lagi aku ditengking dan sekali lagi hati aku terluka.

"Bukan saya, tapi awak!" Aku tumbuk dada dia berulang kali. Serentak itu air mata aku mengalir dengan lebih deras.

Crying is not the solution but crying makes you feel better.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top