Part 22

Zia's pov

Flight kami pagi so agak serabai jugalah aku pagi ni. Muka yang pucat aku calit dengan cushion. Tak sempat buat apa-apa kat rumah. Bangun, mandi dan terus terkejar-kejar ke airport. So dalam flight ajelah boleh. Kemudian lipbalm dioleskan agar bibir tak kering dan pucat.

Aku memerhati Fareez yang sedang leka membelek majalah. Kadang-kadang rasa tak puas hati apabila mata Fareez memandang sekilas peha gebu pramugari yang lalu.

"Hey, aku tanya ni?"

Aku tersentak apabila Fareez menepuk perlahan pipi aku.

"Apa?"

"Nak makan apa-apa tak?" soalnya.

Aku menggeleng sebelum mendengus kasar dan memeluk tubuh. Pandangan dibawa ke luar tingkap.

"Alright, thank you, sir."

Akhirnya, pergi pun kau cik pramugari. Ergh!

Dari ekor mata, aku nampak Fareez sedang memandang ke arah aku. Aku kalih kepala pada Fareez.

"Apa pandang-pandang?" soal aku garang.

"Rasanya tak salah kalau aku pandang bini sendiri. Unless..." Fareez tersengih macam kerang busuk. Ew!

"Unless what?"

"Hrm... kau malu sebab teringat 'war' malam semalam?" Jari telunjuk dan jari tengahnya dibengkokkan semasa menyebut 'war' itu.

Kening aku bertaut. War? Tiba-tiba aku teringat satu ayat malam semalam selepas kami tiba di rumah.

"Zia... izinkan aku?"

Serta merta pipi aku terasa membahang. Terus pandangan dikalih ke arah tingkap. Uhh...

"Kau fikir apa, huh?" soalnya tanpa rasa bersalah.

Aku pejamkan mata. Malas nak melayan perangai tak semenggah Fareez. Warlah sangat!

"Well well well, Zia. Kau ganas sangat semalam." Fareez masih galak mengusik dan aku diam tak berkutik.

"I. Love. Your. Naughty. Side. Baby." Sebutir demk sebutir disebut di telinga aku. Terasa deruan nafas Fareez di situ.

"Stop it, Fareez. Nak tidur ni!" Aku membalas bengang sambil memandang dia dengan mata yang dikecilkan.

"Really? Tak nak war dulu, ke sebelum tidur, macam semalam."

Aku diam.

"Oh, penat sebab last night you did a great job, sayang."

Aku menggigit bibir, cuba menahan bahang. Rasanya muka aku dah macam tomato.

"Aik? Sejak bila pakai blusher?" Pipi aku dielus lembut.

"Berhenti sekarang sebelum saya kerjakan awak, Fareez." Suara aku berbaur amaran.

"Woah! Sounds interesting auw! Auw-" Cubitan ketam aku menghinggap di perut dia.

"Lepaslah, Zia. Sakit tau," rayunya.

Permintaan dia tak dihiraukan. Tangan makin kuat memulas. Oh, masa aku rayu suruh berhentu, tak nak pula.

"Ya, ya. Aku tak kacau kau dah. Lepas, please... little girl..."

Terdengar hembusan nafas lega dari Fareez bila aku lepaskan cubitan. Aku pejamkan mata.

Dah lima minit memejam mata, senyap aje Fareez. Tidur, ke? Mata dibuka perlahan dan aku kalih tepi. Aik. Tidur dah? Tapi aku tak rasa dia tidur. Pehanya aku tepuk perlahan.

Fareez tersentak dan buka mata sebelum pejam semula. Alorh, merajuklah tu.

"Sakit, ea?" Aku sentuh lembut bahagian perutnya yang dicubit. Memandangkan tak ada respon dari Fareez, aku cuba lagi.

"Hey, babyboy. Sakit lagi tak?" soalku.

Dia buka mata dan memandang aku dengan pandangan kosong.

"Entah."

Aku tersenyum dan menguap perlahan. Terasa ada tangan yang menutup mulut aku. Eh?

"Menguap tutuplah mulut. Banyak betul syaitan masuk tadi," tegur Fareez menyebabkan aku tersengih malu.

Fareez menutup mata semula. Aku berkira-kira sama ada nak buat ke tak. Ah, hentam ajelah!

Tangan Fareez dicapai sebelum dicium dan aku pejamkan mata semula. Ala, salam minta maaflah tu, ehek!

"Pencuri."

Geli hati aku dengar perkataan yang keluar dari mulut Fareez.

"Ubat." Aku menjawab selamba. Sakit dekat perut, ubat letak dekat tangan. Aik?

Tersentak aku saat pipi aku pula dicium Fareez.

"Pervert," kata aku. Tak pervert mana pun, saja mengusik.

"Jangan kedekut."

Terus Fareez lelapkan mata. Dengkuran halus miliknya kedengaran menandakan dia sudah lena.

Aku memandang wajah Fareez yang sedang lena. Bibir didekatkan di telinga lelaki itu.

"I love you..."

***


Kami beriringan berjalan ke arah kereta yang ibu sediakan. Tiba-tiba ada sorang perempuan ni tegur Fareez. Uh, so gedik!

"Fareez Ilham! Oh my God... you, ke ni?"

Aku memandang perempuan itu dari atas sampai bawah. Skirt sendat, kemeja ketat nak mampus, tak lemas, ke? Boleh tercabut butang kemeja dia tu.

"Erm... you... Erika right?" Fareez mengetuk dahinya dengan jari telunjuk beberapa kali.

"Yes! Thanks to God you ingat I lagi!"

Aku kalih pandangan ke tempat lain. Entah kenapa aku rasa benci bila tengok muka Erika.

"Sweetbun, masuk kereta dulu, okay?" tersentak aku dengar arahan Fareez.  Senyuman manisnya langsung tak boleh sejukkan hati aku sekarang!

"Tapi awak?"

"I'm going somewhere with her." Terus lengan Fareez ditarik Erika. Tapi telinga aku sempat menangkap sesuatu.

"Seriously, Fareez. Sweetbun? I thought panggilan tu untuk I."

Tak mahu menunggu lama, aku terus masuk kereta.

"Zia, mana Fareez?" soal pemandu ibu.

"Dia suruh saya masuk dulu, pak cik." jawabku dan lelaki itu mengangguk faham.

Mata aku bergenang. Perlukah dia layan aku sebegitu? Apa dia tak fikir perasaan aku waktu Erika suka-suka tarik tangan dia? Kalau ya pun nak berbual, kenapa halau aku sampai macam tu? Betul, ke keputusan aku serahkan segalanya hanya untuk dia? Pening!

Lamunan aku tersentak apabila kereta mula berjalan.

"Eh, kenapa jalan dulu?"

"Zia tak dengar, ke tadi? Kan Fareez call pak cik. Dia suruh hantar Zia balik dulu."

Rasa nak pecah kepala aku dengar penjelasan pemandu tu. Ergh, Fareez!

Hampir setengah jam perjalanan, kereta berhenti di depan rumah. Aku berjalan masuk ke pintu utama.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Aku tersenyum apabila salam aku dijawab. Semua sudah berkumpul di rumah ibu. Mama, papa dan Zaqwan pun ada.

"Ya Allah, rindunya dengan anak mama ni."

"Risau ibu tau tak?"

"Kenapalah Zia tukar number. Tak tenang hati abang, aish!"

"Zia buat semua risau. Nak pecah jantung Ryan."

Aku hanya tersengih mendengar bebelan mereka. Nak jawab apa, sengih ajelah.

Malam itu, aku berkeras mahu pulang ke rumah. Banyak benda yang bermain di fikiran aku, termasuk Fareez. Ergh, siapa perempuan tu!

Jarum jam sudah menunjukkan ke angka sembilan tapi Fareez masih belum pulang. Panggilan tak berjawab. Whatsapp double tick tapi tak dibaca dan tak berbalas. Aku mula mundar mandir di ruang tamu.

Kedengan bunyi pintu dibuka. Wajah Fareez yang kepenatan dipandang. Dia terus hempaskan diri di sofa.

"Hey, sweetheart," tegur Fareez sambil menyandar di sofa.

Aik? Sweetheart?

"Kenapa sweetheart? Panggilan sweetbun tu awak dah bagi dekat Erika semula, ke?" Aku berdiri tegak di hadapan dia yang sedang memandang aneh.

"Apa kau merepek ni? Dahlah, aku penat." Fareez bangun dan pantas melangkah ke bilik. Aku mengekori dari belakang.

"Awak buat apa sampai penat?"

Fareez mendengus kasar.

"Jangan sibuklah."

Tersentap hati aku mendengar balasan Fareez. Terus aku keluar dari bilik dan hempaskan pintu tanda protes. Badan aku rebahkan atas katil di bilik bawah, bilik tetamu. Dia pujuk aku sampai aku balik tapi dia masih sibuk dengan perempuan lain?

Malas fikir panjang, aku pejamkan mata. Pejam saja, tak tidur. Macam mana nak tidur kalau otak fikir benda lain.

15 minit aku berbaring, pintu dikuak dari luar. Aku cepat-cepat selubung badan dalam selimut. Terasa birai katil bergerak.

"Zia..."  Comforter ditarik lembut. Aku hanya biarkan. Fareez selitkan rambut yang menutupi wajah aku ke belakang telinga.

"Aku tahu kau belum tidur."

Mendengarkan itu, terus aku membuka mata dan duduk bersila membelakangkan dia.

"Keluar." Sepatah aku balas.

"Kalau aku cakap tak nak?" duganya dan aku hanya diam tanpa respon.

"Aku nak tidur dengan kau kat sini."

Panas pula hati aku dengar ayat dia.

"Saya tak nak. Pergilah tidur dengan budak Erika tu."

Terdengar tawa halus Fareez. Amboi, sukanya dia!

"Cemburu, erk?" Badan ditarik menghadap dia.

"Gila tak cemburu," gumam aku perlahan.

"Janganlah marah. Aku ada hal nak settlekan dengan Erika tadi. Serius aku tak main kayu tiga belakang kau." Tangannya cuba menyentuh bahu aku tapi ditepis kasar.

"Ala, jangan buat muka macam tu. Okay, okay apa kau tak puas hati, cakap aje," pujuknya.

Aku menarik nafas perlahan sebelum membalas.

"Apa tujuan awak bawa saya balik sini?" soal aku tanpa berdalih. Fareez nampak terkejut.

"Merepeklah, kau. Sebab aku sayanglah."

Aku tersenyum mengejek.

"Bila saya dah balik sini, awak buat tak peduli aje. Sanggup pulak tu halau saya suruh balik sorang-sorang. Saya... saya benci!" Aku kesat air mata yang bergenang. Ah, lemahnya kau, Zia!

"Zia..."

Jeda. Tangisan aku makin menjadi jadi.

"Alaa, Reez sorrylah, Zia." pintanya. Aku tergelak sedikit. Kelakar pula dengar ayat dia.

"Kenapa gelak?"

"Kelakar."

Fareez menyekeh kepala aku. Tapi perlahan jelah.

"Cakaplah, apa awak buat dengan Erika tu." Aku mencebik tanpa sedar.

"Nanti kau akan tahu juga. Aku buat semua ni untuk kau," jawabnya.

Aku diam tak membalas, malas mahu bertengkar.

"Aku tidur sini dengan kau. Good night," ucapnya.

Aku menghela nafas berat. Suka hati hanglah!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top