Part 20
Song- Pacar Selingan 😛
***
Zia's pov
Aku mendengus kasar. Fareez yang sedang lena tidur diperhatikan. Ergh, geramnya. Aku ajak jalan-jalan, boleh pulak dia tidur.
"Fareez... bangunlah." Badannya digoyangkan perlaha namun tiada respon. Masih statik meniarap sambil muka disembamkan ke bantal.
Aku rapatkan mulut ke telinga Fareez. Hujung jari mengurut perlahan di bahu dia.
"Babyboy... please." rayuku manja. Fareez diam tak berkutik. Aku tahu dia pura-pura tidur. Mainkan aku, ya? Okay, lets play the game.
"Hey, sexy boy. Tak nak bangun, ke?" Jari dimainkan di leher. His sensitive spot!
Fareez menggeliat perlahan. Aku tersenyum bangga.
"Jangan main-main, Zia." Fareez berkata dengan penuh amaran.
"Nak ajak awak jalan-jalan." Aku hembus nafas berat dan memandang jari sendiri. Marah sangat, ke dekat aku?
Fareez bangun. Tangan aku dicapai dan digenggam.
"Boleh. Tapi malam, okay? Aku penat. Nanti kita dinner sama-sama." pujuknya pasrah. Aku angkat kepala dan mengangguk laju. Senyuman melebar.
"Kan lawa senyum macam ni." Pipi dicubit. Aku mencebik sebelum tergelak sama-sama dengan Fareez.
***
Green emerald dress tanpa lengan disarung ke badan. Kemudian tubuh dipusing ala-ala princess di depan cermin. Aku rasa keliru sekarang. Dress, ke aku yang lawa? Ahaks!
Rambut aku biarkan lepas. Lipstik nude pink dioles di bibir. Solekan natural ni dah cukup untuk aku. Tak perlu lebih-lebih. Minyak wangi Victoria Secret disembur. Aku memandang pantulan diri di cermin sekali lagi sebelum beg tangan dicapai. Perfect!
Kaki diatur menuruni tangga dengan berhati-hati. Tersilap langkah, free aje dapat sakit sebab jatuh terpijak kain sendiri. Kelihatan Fareez masih leka dengan phonenya. Pakaian Fareez diperhati. Simple but nice. Kemeja putih kosong yang cutting sampai siku dan jeans hitam yang sedikit mengikut bentuk kaki dia. Hidung aku menangkap bau maskulin. Mesti pakai perfume Calvin Klein dia. Senyuman kecil dikoyak sebelum aku melangkah perlahan sampai betul-betul di belakangnya. Nampaknya dia tak sedar kehadiran aku lagi. Bibir dirapatkan ke telinga Fareez dan bersedia untuk jerit sekuat hati.
Cup!
Terbuntang mata aku. Did he kissed me? Mendengarkan tawa halus Fareez, aku menayang muka cemberut.
"Eleh, nak terkejutkan aku kan?" Fareez pusing kepala dan memandang aku dari atas sampai bawah. Kenapa? Tak lawa ke?
"Why?"
"Salah, ke aku nak pandang bini sendiri. Lebih dari tu pun aku boleh tengok tau. Bukan setakat tengok, boleh pe-"
"Fareez!" Tangan disilangkan di dada. Pervert! Muka aku dah macam tomato. Merah menyala sebab malu dengan kata-kata dia. Boleh mental kalau hari-hari macam ni.
Fareez terlentang berbaring di atas sofa sambil gelak terbahak-bahak. Tangannya menekan perut. Aku menjeling.
"Mana awak tahu saya ada kat belakang, ha?" Aku cepat-cepat tukar topik dan kecilkan mata memandangnya sebagai amaran suruh berhenti gelak. Tapi dia tak peduli. Diangkat handbag tinggi gaya nak hempuk kepala dia yang kurang betul.
"Woah, Zia!" Fareez berhenti ketawa serta merta dan mengangkat kedua belah tangan tanda mengaku kalah. Dia bangun dan memeluk bahu aku.
"Aku terbau perfume kaulah. Dah, jom pergi dinner. By the way, cantik kau malam ni. Soooooooo sexy." pujinya miang. Aku menjulingkan mata dan hanya mengikut langkah Fareez memandangkan dia masih tak lepaskan tangan di bahu aku.
Sampai di luar rumah, aku sarungkan kasut flat manakala Fareez sarungkan kasut hitam berkilat dia. Berkerut kening dia memandang kasut aku. Kenapa? Kasut ni bukannya boyish pun. Mahal lagi!
"Zia, kau pakai high heels tu. Buat apa beli kalau tak pakai." Fareez hulurkan high heels berwarna krim pada aku.
"Ala, tak naklah. Nanti melecet kaki. Susahlah nak jalan," rungutku.
"Aku kan ada."
"Kalau awak ada pun kenapa?"
"Boleh dukung." Kening diangkat berulang kali. Aku memusingkan bebola mata.
"Uh, fine!"
Masuk saja ke kereta, hujung jari menekan-nekan punat radio. Mana lagunya? DJ tak habis habis nak membebel.
Aku berhenti menekan bila ada lagu dimainkan.
I'm in love with the shape of you. Push and pull like a-
Aku merengus geram sebelum menukar siaran lagi.
Is it too late now to say sorry, cause I'm missing more than just you body-
Apa benda ni lagu macam ni, ergh! Terus aku off dengan kasar. Fareez di sebelah memandang pelik.
"Kau ni dah kenapa?" soalnya aneh. Aku menggeleng. Serius aku tak minat lagu-lagu macam tu. Terlalu... ehem, you know what I mean.
Dah 20 minit perjalanan, akhirnya aku beranikan diri menyoal.
"Kita nak pergi mana ni, Fareez?" Aku kalih pandangan ke arah dia.
"Adalah." Permainan tarik tali mula diminkan. Cis! Aku menjeling.
"Ala, bagitaulah. Please." Aku kuis-kuis lengannya dan dia hanya tersenyum.
"No."
"Bolehlah..."
"No means no." tegasnya. Tak boleh jadi ni. Aku kena cuba taktik lain. Merayu dah tak boleh jalan dey.
"Erm, awak handsomelah hari ni." Senyuman manis terukir di bibir aku dan aku menanti respon dari Fareez.
"Yes. Thank you, Mrs Fareez Ilham." Matanya masih lagi fokus di jalan.
"Alala... Comelnya awak, Encik Suami. Geram saya tengok." Aku cubit dan tarik kuat-kuat pipi kiri dia.
"Auw! Sakitlah, weh!" Fareez tinggikan sikit suara dan menggosok kasar pipi kirinya yang dicubit. Aku mencebik dan kalih padangan ke luar tingkap.
Merajuk!
Tiba-tiba terasa ada tangan kasar yang memegang tangan aku. Jari disulamkan sebelum digenggam erat. Aku hanya biarkan.
"Merajuk?" What? Dia tanya aku merajuk ke tak?
Mestilah!
"Tak," jawab aku sepatah.
"Kau bosan, ea? Sabarlah. Nanti kita sampai, kau tahu juga." Suara dilembutkan.
"Tapi saya bosan. Awak tak nak berbual dengan saya pun." Aku memandang wajah Fareez yang masih fokus pada pemanduan.
"Erm, kau dengar eh aku nyanyi ni."
Aku buat muka teruja dan angguk laju. Fareez berdehem beberapa kali sebelum menyanyi.
Hatiku hanyalah mainanmu
Cintaku hanyalah selinganmu
Kau simpan dia selama ini
Sakit sungguh sakit hatiku
Senyuman aku melebar bila dengar suara merdu Fareez! Uh, lagu tu. Yes, aku tahu lagu tu.
Bukan lagi aku yang kau cinta
Bukan lagi aku yang kau sayang
Ada yang lain di belakangmu
Hati ini sungguh terluka
Jangan risau. Saya sayang awak sorang. Ahaks!
Awalnya aku tak percaya
Dirimu pandai berdusta
Ku sayang sayang sepenuh hati
Tapi kenyataannya
Fareez masih tak pandang aku. Tak apa, aku tak harap pun dia pandang aku. Kang terbabas kereta, siapa susah?
Akhirnya aku tahu juga
Kau simpan banyak rahasia
Ku tahan tahan sepenuh hati
Kau tetap berdusta
Aku memejamkan mata dan bersandar selesa menghayati nyanyian Fareez. Bila dah nak sampai satu part suara perempuan ni. Aku mula membuka mulut.
Bukan maksudku menduakan mu
Aku pusing pandang Fareez dengan senyuman manis. Yes, muka dia terkejut dan kereta dah pun diparking di depan pantai yang berdekatan dengan satu resort.
Bukan maksudku melukaimu
Fareez tersenyum dan pusingkan badannya menghadap aku. Cuba fokus pada nyanyian aku mungkin.
Karna dirinya ada di sini jauh sebelum kamu ada...
Aku dan Fareez sama sama tepuk tangan bila aku tamatkan nyanyi. Er, actually lagu tak habis lagi tapi bila tengok kereta dah elok parking, tak kan nak sambung lagi. Aku tak sabar nak makan. Lapar!
"Amboi! Pandai, ea sambung aku nyanyi. Nasib suara lembut. Tak macam perangai. Brutal!" Fareez tersengih sumbing. Kurang asam.
"By the way, siapa dia tu?" tanya Fareez tiba-tiba. Huh? Aku tayang muka pelik.
"Ala yang kau nyanyi tadi la. Siapa 'dia' yang kau maksudkan?"
Pak!
"Aduh! Sakitlah, weh!"
"Ha, padan muka. Lagu aje pun." Aku muncungkan mulut tanda meluat.
"Ha, buatlah mulut macam tu. Aku ikat pakai getah rambut kang!"
"Fareez!" Kali ni sasaran aku adalah perut dia.
Geram!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top