Part 19
Mata dicelikkan. Lama betul aku tidur. Sampai ke pagi. Kepala terasa ringan. Ada satu tuala kecil yang basah diletakkan di dahi. Rambut aku ikat malas gaya messy bun. Sebelah kanan katil aku pandang.
Kosong.
Aku cuci muka dan turun ke bawah. Tak ada orang. Kereta yang Fareez sewa pun tak ada. Mana dia pergi? Tak mungkin dia tinggal aku. Impossible! Kepala spontan digeleng berulang kali.
Aku labuhkan punggung di depan televisyen, cuba mencari rancangan menarik.
Bosan!
Alat kawalan jauh dicampak ke atas meja kayu di depan aku. Langkah aku bawa ke dapur. Haus pula rasanya.
Tiba-tiba mata terancap pada kertas di pintu peti. Aku terus capai dan baca...
"Aku keluar kejap nak settlekan hotel tempat aku stay, kereta sewa kita dengan tiket flight untuk balik esok. Makanan dalam microwave. Jangan lupa makan, sweetbun. Dan jangan degil.
Much love, Your babyboy."
Aku hembus nafas lega. Eh, kejap. Flight esok. Maknanya aku ada masa lagi nak luangkan dengan Fareez harini.
Aku buka microwave dan keluarkan satu mangkuk yang berisi bubur ayam. Nampak sedap. Dia buat sendiri ke beli, eh. Aku mengambil tempat di meja makan.
Satu sudu.
Not bad.
Dua sudu.
Sedap pula.
Tiga sudu.
Empat, lima dan seterusnya.
Selepas bersudu-sudu, habis licin aku makan. Ceh, konon not bad. Tapi not badlah kalau lelaki yang masak. Kot.
Terdengar bunyi kereta di depan rumah.
Kelihatan Fareez sedang keluar dari kereta. Aku pandang dia atas bawah. Hm, simple but stylo. Jeans dark blue dengan tshirt Polo.
"Hai, beautiful."
Aku tersenyum lebar. Fareez cium berjalan duduk di sofa menghadap televisyen.
"Awak, sampai hati tinggal saya macam tu aje." Aku mencebek sambil berdiri di depan dia atau lebih tepat lagi, menghalang pandangan dia dari menonton. Saja bermanja, malas mahu ingat perbincangan semalam. Tak penting untuk ingat benda macam tu. Boleh merosakkan kebahagiaan.
"Ish, kau ni! Tepi. Aku nak tengok tv lah." Fareez menolak badan aku ke tepi tapi aku masih berkeras. Mata dijulingkan. Serious lah mamat ni. Sekejap je boleh berubah watak. Semalam bukan main lagi I'm sorry blabla, huh!
"Dari tengok tv, baik tengok saya." kataku. Fareez angkat kepala memandang aku dengan senyuman nakal.
"Oh, really huh?" Tangan aku ditarik dan aku terduduk di atas riba Fareez. Baru saja aku nak bangun, dia tarik pinggang aku tak bagi aku bergerak.
"Just stay, little girl." Aku tersenyum dengar panggilan tu. Aku sandar di dada dia dan mula menonton drama. Jari Fareez pula kadang kala bermain dengan anak rambut aku.
"Lawa pulak kau buat rambut macam ni. Even selekeh." Nada dia ada lah sikit kedengaran memerli tapi macam memuji pun ada. Aku diam tak membalas.
"Hey, aku cakap dengan kau ni." Aku buat muka konon-konon terkejut.
"Eh, yeke? Mana la saya tahu. Dah mata awak pandang tv." balas aku selamba.
"Oh, kau nak aku fokus dekat kau la ni ek?" Alat kawalan jauh dicapai dan Fareez tekan butang off. Dia tolak aku sampai aku terbaring dekat sofa dan dia naik atas badan aku tapi siku ditongkatkan, takut terhempap.
"Apa ni, Fareez." aku cuba tolak dada Fareez tapi dia tak nak bergerak.
"La, tadi nak sangat aku pandang kau." Fareez tersengeh nakal.
"Bukan macam tu." Aku menggumam perlahan.
"Sayang..." tawa nakal Fareez kedengaran betul-betul di telinga aku. Bila bibir dia kena cuping telinga aku, aku mengelak dan hampir tergelak kegelian tapi aku cover line dengan gigit bibir.
"Woah! Stop doing that or I will lose my control." Terus aku ketap bibir. Fareez tergelak kuat.
Deringan phone Fareez di poket dia buat aku terkejut. Tanpa sengaja, aku tertolak badan dia kuat sampai dia terjatuh ke karpet. Aku ulang, ter. Ter dimaafkan kan?
Lagipun atas karpet.
"Aduh! Patah pinggang aku, weh." ujarnya sambil memegang pinggang sendiri. Phone dia dah berhenti berdering dan dia tak habis-habis mengurut pinggang. Macam sakit sangat je. Rasa bersalah menghuni diri.
"Sakit sangat ke, Fareez?" soal aku prihatin.
"Hm..."
Okay, serious rasa bersalah. Lagi tinggi dari gunung Everest.
"Pusing. Saya urut." arah aku perlahan. Fareez terkaku dengar arahan aku. Aku angkat kening. Cepat-cepat dia meniarap di atas karpet.
Jari runcing aku menari lembut di pinggang Fareez. Dia nampak selesa. Dalam 10 minit mengurut, phone dia berdering lagi sekali. Terhenti urutan aku. Fareez duduk bersila dan menjawab panggilan. Aku hanya memerhati.
"Hello."
"Hello, Fareez. Amacam? Dah jumpa Zia?"
"Dah. Bukan Fareez Ilhamlah kalau hal macam ni pun tak boleh settle."
Aku pandang Fareez pelik. Settle apa?
"Cis, kau. Acah aje lebih. Entah-entah buat drama air mata dulu. Ni bila boleh masuk kerja?"
"Kenapa. You rindu I, ke baby?"
What? Siapa baby! Muka aku dah cemberut. Fareez pandang aku sekilas.
"Eh, apahal kau ni?"
"Ala, you ni faham-faham ajelah. Ehem!"
"Oh, mesti ada Zia kan dekat situ. Kay, aku faham."
"Baguslah kalau you faham I. Okay, I miss you too, dear."
Like seriously? Rindu-rindu bagai. Ish!
"Argh! Fareez Ilham rindu I. OMG you ni nakal tau!"
"I nakal dengan you aje, sayang"
Terlopong mulut aku. Apa yang nakal!
"Ei, tolonglah, Reez. Aku nak sambung kerja dulu ni. Bye, hubby. Muah!"
"Bye, honey. Muah jugak!"
Aku bangun dan melangkah naik ke bilik. Benci!
Fareez's pov
Bila Zia dah hilang dari pandangan, aku lepaskan tawa sambil menepuk-nepuk peha tapi masih dalam kawalan. Kang dia dengar, naya! Sekali sekala usik bini apa salahnya.
Cemburu lewtu.
Aku ikut dia naik ke bilik. Mata memandang Zia yang sedang duduk bersilang kaki di kerusi berdekatan balkoni. Merajuk ke, sayang? Aku melangkah ke arah Zia dan gosok perlahan di bahunya. Zia masih membatu di situ.
"Kenapa ni monyok aje muka?" Aku soal dia tapi mata masih acah-acah fokus pada skrin phone. Aplikasi Instagram dibuka.
"Takde apa." jawabnya. Ye ke ni? Okay, kita tengok dia nak jujur ke tak.
"Okay." Aku angkat bahu tanda tak mahu ambil kisah dan sambung scroll gambar-gambar di Instagram.
"Tadi siapa call?"
Tersengih aku dibuatnya.
"Tadi? Oh, kawan aje."
Zia buat muka tak puas hati.
"Tipu."
"Betul."
"Tipu."
"Betul."
"Ei, tipu!"
"Tipu."
"Betul."
Aku tersenyum kemenangan. Zia dah masuk perangkap. Terus dia menekup mulut dia.
"Ish, jahat!" Tangan dia dah ready nak cubit aku tapi aku cepat-cepat mengelak. Sakit, weh kalau kena.
"Eh, eh! Jangan cubit aku, doh. Ha, ye, ye, tadi Hairi aje call. Sepupu aku tulah." balas aku dengan jujurnya. Zia mengecilkan mata memandang aku.
"What?" soal aku pula.
"Awak tipu. Tak kan dengan Hairi pun siap nak bersayang, baby, rindu, nakal-nakal lagi." protesnya tak puas hati. Aku menarik senyum.
"Cemburu, huh?" Aku bangun dan dekatkan muka aku dengannya.
"Excuse me?"
Oh, tak nak mengaku. Okay, takpe.
"Kau pasti?"
"Pasti."
Aku cubit pipi dia kuat.
"Ish, apa ni!" Zia cuba melawan.
"Just cakap aje kau jealous, lepas tu aku tak kacau dah." Tangan aku makin kuat mencubit pipi Zia. Sebelah tangan pula memegang kedua belah pergelangan tangannya. Kalau lari nanti, susah. Zia menggigit bibir.
"No, I'm not." Zia masih berkeras.
"Are you sure?" Tangan aku mencubit lebih kuat.
"Sakitlah! Stop it, Fareez. Awak soal saya dalam keadaan macam ni. It's not fair and childish you know." Oh, dah pandai melawan.
"I don't care." Aku dekatkan muka dengan Zia kemudian raut wajah dimimikkan serius.
"Okay! Fine, saya cemburu. So, let me go?" katanya.
Hah! Mengaku pun. Aku lepaskan tangan Zia dan curi kiss dia sepantas kilat sebelum berlalu keluar dari bilik sambil bersiul. Aku dapat rasa yang Zia menahan geram sekarang tapi ada aku kisah? Babygirl aku, suka hati akulah nak usik macam mana pun.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top