Part 15
Sudah sebulan berlalu. Hampir setiap hari aku ke pantai dan hampir setiap hari juga Danial akan temani hari-hari aku. Phone di atas katil berdering meminta diangkat.
"Hello."
"Ya, Dani. Ada apa?" Aku mengangkat punggung dari katil dan duduk di kerusi berdekatan tingkap. Anak rambut yang ditiup angin aku biarkan begitu saja.
"Jom breakfast sama-sama. I tunggu you dekat tempat biasa."
"I malaslah nak pergi mana-mana hari ni. I rasa nak duduk rumah aje." Aku cuba mengelak. Tapi serius, aku memang malas sangat nak bergerak harini.
"Ala, come on, Zia. Jomlah teman I." Danial masih tak berputus asa memujuk.
"Please, Dani. I rasa I perlu masa untuk bersendirian. You faham I kan?"
"Zia... please, please, please."
"No."
"Yes."
"No!"
"Yes!"
"Hell no, Dani!"
"Oh, tak apa lah kalau you dah kata macam tu. Bye."
Panggilan terputus tanpa aku sempat membalas apa-apa. Nada dia macam merajuk tapi aku malas nak ambil tahu. Cuma aku Whatsapp dia and say sorry. Okaylah tu kan?
Gallery dibuka. Satu per satu gambar dibuka. Ah, rindunya pada Fareez. Apa dia buat agaknya sekarang. Sebenarnya memang semua orang termasuk mama, papa dan Zaqwan tak tahu berita lanjut tentang aku. Mereka cuma tahu keberadaan aku di sini. Aku dah tukar nombor phone tapi sempat aku titipkan pesan pada Zaqwan supaya jangan risau dan jangan cari aku. Aku tak nak jumpa sesiapa pun.
Actually, aku ternanti juga kehadiran Fareez tapi tulah. Entah-entah dia dah benci aku yang teramat. Sekarang aku tengah proses tabahkan hati. Bila dah kuat, baru aku balik dan hadap semuanya di sana nanti.
I will.
Bingkai gambar yang sempat aku ambil tempoh hari aku capai dan usap perlahan. Fareez... kenapa awak tak percaya saya, huh? Mata dipejam rapat.
"Aku tak nak tengok kau nangis macam ni lagi. Kau takutkan aku. Kau buat aku rasa aku ni manusia paling teruk. Jantung ni..."
"Kau dapat rasa? Jantung aku macam nak terhenti bila tengok kau sedih sebab aku."
"Aik? Takkan dengan kertas pun jealous?"
"Saya nak cakap sikit. Kalau apa-apa jadi dengan hubungan kita, awak janji eh, kita selesaikan elok-elok."
"Merepek tak habis-habis. Yelah, yelah."
"Fareez, saya tak sedap hati lah. Cuma kalau ada benda tak elok jadi, saya nak awak tahu, saya sayang awak."
"Don't worry, Zia. Aku sayang kau juga."
"Shut the fuck up, slut"
"Ibu tanya lah menantu kesayangan ibu ni. Entah sejak bila dia ada affair dengan si Aeman ni. Ibu suruh dia keluar. Fareez benci tengok muka dia."
"Ah, alasan! Entah-entah diorang memang selalu jumpa sebab nak puaskan nafsu masing-masing."
"Kahwinkan ajelah diorang ni daripada biar bebas buat maksiat."
"Zia Ainnur binti Nasir. Aku-"
Satu demi satu kata-kata indah, mahupun pedih yang Fareez lemparkan bermain di benak. Wajah diraup kasar. Dalam sedar tak sedar, ada air mata yang mengalir.
"Fareez, saya rindu awak." Bingkai gambar dipeluk erat. Kaki dibawa naik ke atas kerusi, muka disembamkan ke lutut tapi tangan masih setia memeluk gambar kami.
"I need you, Fareez. Kenapa buat saya macam ni." Tangis aku semakin menjadi-jadi. Makin lama makin kuat.
"Fareez...." Sungguh aku tak mampu untuk pretend like nothing happen. Hati ni sakit. Sakit sebab rindukan dia. Sakit sebab sayangkan dia. Dan sakit sebab aku tak dapat kepercayaan dia. How could him...
Cari saya, Fareez. Saya tunggu. Saya tunggu kebenaran terbongkar. Saya tunggu awak datang. Saya tunggu awak.
"People cry, not because they're weak. It's because they've been strong for too long." - Johnny Depp.
***
Fareez's pov
Aku termenung menghadap kertas kerja yang bertimbun di atas meja. Sejak sebulan lalu, aku rasa separuh dari diri aku hilang.
Zia...
"Hoi, Fareez!" Tersentak aku dari lamunan bila terdengar sergahan Hairi. Tak perlu dijemput, dia terus duduk di depan aku.
"Salam mana? Tak reti ketuk pintu?" Aku memerli.
"Assalamualaikum! Aku dah ketuk pintu tapi kau yang tak jawab so aku expect kau busy siapkan kerja tapi tak. Termenung rupanya. Kau kenapa sebenarnya ni, bro?"
Aku tak menjawab. Hanya statik seperti tadi.
"Kau rindukan isteri kau?"
Aku mengangguk.
"Then? Tunggu apa lagi? Cari dia."
Aku mengeluh berat. Nak cari dekat mana.
"Kerja ni banyak lagi. Tak kan nak tinggal aje." Jari dibawa memicit kepala. Ah, serabut!
"Aku kan ada. Ayah pun boleh tolong sikit-sikit. Lagipun Ryan dah pandai settle kerja-kerja macam ni. Jangan risau. Ambil cuti. Cari Zia." nasihat Hairi. Teharu pula aku dengar ayat Hairi. Haihlah, sepupuku.
"Aku tak tahu sejak bila kau jadi matang. Apa-apa pun, thanks, bro."
Bahu aku ditepuk-tepuk. Aku hanya tersenyum.
Semasa memandu, fikiran aku menerawang tentang peristiwa sebulan lalu. Peristiwa di mana aku lemparkan kata-kata kesat pada Zia dan apabila bangun pada pagi itu, Zia dah pergi.
Pada mulanya aku buat tak peduli walaupun hati aku risau. Ego. Esoknya...
Flashback
Phone yang berdering aku angkat. Nama pemanggil dilihat sebelum menjawab.
"Hello, ibu. Ada apa ni call Fareez?"
"Buat apa lagi nak bincang? Fareez malaslah."
"Ibu-"
"Yelah, yelah. Malam nanti Fareez datang."
Terus panggilan dimatikan. Malam itu, aku memandu laju ke rumah ibu bila dapat Whatsapp dari Ryan.
'Kalau kau tak nak menyesal, datang rumah ibu cepat.'
Apa yang berlaku agaknya, ya? Kereta diberhentikan di halaman rumah ibu. Kaki diatur masuk dan aku tengok semuanya ada di situ. Ibu, ayah, Ryan, mama, papa, Zaqwan dan Aeman. Aku mendengus kasar bila ternampak dia.
Aku ambil tempat di sebelah Ryan.
"Cepatlah. Apa yang penting sangat tu." Kunci kereta dicampak atas meja di ruang tamu.
"Fareez. Mama tak sangka Fareez tuduh Zia sampai macam tu." Hati aku jadi hiba dengar ayat mama.
"Kalau Fareez dah tak nak dengan anak papa, pulang elok-elok. Tu anak papa." Ayat papa laju menikam jantung aku. Aku menunduk tanpa niat mahu membalas apa-apa.
Akhirnya, Zaqwan bersuara mahu menghilangkan suasana kekok.
"Ryan, cepat pasang rakaman tu." Ryan menggangguk dan mula buat apa yang disuruh. Televisyen yang gelap menyala menayangkan rakaman cctv yang ada di depan laluan bilik aku dan Zia. Aku cuba fokus.
Kelihatan Aeman masuk ke bilik tersebut. Pintu dibiarkan terbuka luas. Aku nampak kaki Zia dari situ. Dia mula berdiri. Aeman berhenti sekejap di depan Zia kemudian dia berjalan melepas Zia. Tiba-tiba apabila nak keluar, kakinya tersadung karpet dan dia jatuh menghempap Zia. Apa benda yang jatuh dari tangan dia tu?
Televisyen kembali gelap.
"Dekat tangan Aeman tu, phone dia. Aku yang suruh dia charge dekat situ sebab dekat situ ada charger kau. So, senang. Tak tahu pula kau akan salah faham sampai macam ni." Ryan menjelaskan.
Aku tergagam. Rambut diraup kasar ke belakang.
Jeda.
Mata aku terasa hangat. Ada air mata yang bertakung.
"Mama, papa, Fareez minta maaf sangat-sangat. Fareez ikutkan perasaan." Aku cuba memohon maaf dan tak aku jangka, mereka sudi maafkan aku.
"Kau ke yang ikut Zia waktu dia balik lewat tempoh hari?" soal aku. Mata tepat menikam Aeman. Dia menggeleng laju.
"Akulah." jawab satu suara. Semua memandang serentak pada lelaki itu.
"Kena-"
"Sebab Zia adik aku. Aku nak tahu juga layanan kau pada dia tu macam mana. Jarang aku balik sini tapi aku tak pernah lupa adik aku. Bila tengok cara kau treat dia, aku tahu kau yang terbaik. Dan cara dia pandang kau pun dah buktikan yang dia bahagia dengan kau." pintas Zaqwan panjang lebar. Semua diam tak berkutik.
"Ada sesiapa tahu Zia dekat mana? Fareez kena cari dia." Malangnya semua hanya menggeleng.
"Ikut kata hati kamu, Fareez. Insha Allah jumpa." Kata-kata mama langsung tak membantu tapi tu aje yang aku boleh buat. Fareez akan cari anak mama.
End of flashback
Bunyi hon dari belakang menyentakkan lamunan aku. Ah, macam mana boleh terleka. Aku memandu ke rumah. Selama ini, apabila cuti Sabtu dan Ahad, aku pasti mencari Zia di semua tempat. Serata negeri aku dah pergi. Tinggal Sabah dan Sarawak belum tapi tak kan lah Zia per-
Sabah! Gotcha! Yes, Sabah! Tak fikir panjang, aku terus tempah flight dan berlari ke bilik sebelum mencampak mana-mana pakaian yang aku nampak ke dalam beg baju.
Zia, tunggu aku!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top