Part 14

Goodbye may seem forever.

Perlahan-lahan aku melangkah masuk ke rumah. Gelap. Sekarang sudah jam tiga pagi. Mujur saja Ryan sanggup menghantar aku balik dalam waktu waktu macam ni. Sebenarnya tadi aku dah berbincang dengan ibu dan ayah. Aku akan pergi. Tak jauh tapi cukuplah untuk rawat luka dekat hati ni. Perginya aku mungkin untuk beberapa hari, minggu atau bulan. Selamanya? Tidak! Cukuplah untuk sembuhkan hati ini.

Pintu bilik aku buka perlahan. Tak berkunci. Mata aku terhala ke katil.

Fareez...

Kaki dibawa mendekati Fareez yang sedang lena dibuai mimpi. Wajahnya diperhati sayu.

Sembab.

Kenapa? Tak mahu ambil masa yang lama, aku cepat-cepat mengambil pakaian aku dan masukkan ke dalam bagasi yang sederhana saiznya. Tak perlu bawa semua. Aku akan kembali. Selesai saja berkemas, aku cuci muka dan rapikan rambut. Pakaian pula sudah ditukar dengan hoodie berwarna maroon dan jeans hitam.

Nafas aku hembus. Punggung dilabuhkan di sebelah Fareez. Aku berani sebab aku tahu, dia tak akan sedar.

Tidur mati.

Aku amati wajah insan yang bergelar suami. Lama. Aku akan rindu semua ni. Rambut yang lembut. Senyuman dia. Hidung mancung dia. And... uh, that eagle eyes. I will miss him so much.

Tiba-tiba mata aku terancap pada bingkai gambar di atas lantai. Terketar-ketar tangan aku mencapai bingkai tersebut. Empangan hampir pecah. Rileks, Zia. Cool down.

Aku simpan gambar tu dalam sling bag. Tak apalah. Kalau dia dah tak nak hadap kenangan itu, aku akan bawa bersama. Daripada dia buang, lebih baik aku simpan.

Aku bangun. Untuk kali terakhir, aku ambil peluang yang ada ini untuk tatap wajah insan yang akan aku rindui nanti. Terhambur jua tangisan aku. Suara cuba dikawal, tak mahu Fareez terjaga. Aku kena cepat. Terus aku capai tangan Fareez dan kucup dengan penuh kasih. Kemudian aku cium di dahi dan kedua belah pipi dia.

"Fareez, saya sayang awak. Saya pergi dulu, ya? Assalamualaikum." Dan aku pergi.

Selamat tinggal, Fareez.

***

Terasa bayu angin menampar lembut di pipi. Akhirnya, aku sampai di Sabah. Aku ambil keputusan untuk berjalan-jalan di pantai selepas meletakkan semua barang di rumah arwah nenek aku. Rumah tu dah lama sangat tak berpenghuni. Deringan phone menyentakkan aku dari lamunan.

"Hello, assalamualaikum." Aku memberi salam.

"Waalaikumsalam. Kamu dah sampai ke, Zia?"

"Dah, mama. Ni Zia tengah jalan-jalan dekat tepi pantai dulu." Ya, mama tahu tentang masalah aku dan dia tak salahkan aku. Malah mama dan papa juga yang sarankan aku ke sini.

"Jangan lama sangat dekat sana. Nanti mama rindu."

Aku tersenyum.

"Tengoklah keadaan dulu, ma. Eh, abang Zack ada tak?" Aku cuba menukar topik.

"Ada tu ha, dekat depan tv. Sekejap."

"Hai, my dearest." Aku tersenyum bila mendengar suara Zaqwan.

"Hai, abang"

"So, Zia macam mana? Okay? Duit cukup tak? Nak abang tolong apa-apa?"

Aku tergelak kecil. Risau sangat. Bukannya aku budak lagi.

"Everything is finelah, bro. Zia minta tolong sikit, boleh?"

"Of course, boleh. Apa dia? Tell me." Prihatin betul abang aku sorang ni. Untung siapa dapat dia.

"Abang tolong tengok tengokkan cafe Zia, ea? Zia risaulah."

"Oh. Pasal cafe Zia, mama yang urus. Tak kanlah abang nak handle pula, boleh bankrup, tau tak?" Terletus tawa aku dengar kata-kata Zaqwan. Selesai berbual pendek, aku tamatkan panggilan. Sempat juga abang tanya kalau-kalau aku perlukan kehadiran dia tak dekat sini tapi memang tak lah kan. Aku perlu masa sendirian.

Perut memainkan irama tanda meminta diisi. Aku mengatur langkah ke arah sebuah restoran yang bernama SayangSabah. Bolehlah isi perut yang kosong ni dulu.

***

"Excuse me, miss?" Aku yang sedang menikmati dessert mengangkat kepala. Siapa pula?

"Yes?"

"Boleh I duduk sini? Tempat lain dah penuh."

Aku pandang sekeliling. Ya, dah tak ada tempat kosong.

"Boleh. Duduklah." Aku memerhatikan gelagat lelaki itu. Dari dia memesan makanan sampailah dia dah habiskan separuh dari makanan dia. Hm, not bad. Rambut lebat berwarna hitam dan cap putihnya pula disarungkan terbalik. Rayban hitam disangutkan di leher baju. So hot!

"Ehem!"

Tersentak aku dengar deheman lelaki tadi. Oh, dah habis makan pun. Leka sangat tenung dia sampai tak sedar.

"Thanks bagi I duduk sini," katanya.

Aku mengangguk. Aku masukkan phone ke dalam sling bag dan membuat bayaran. Baru saja kaki aku nak melangkah keluar dari restoran tadi, ada satu tangan menghalang. Lelaki tadi lagi.

"Ya, ada apa?"

"Erm, actually I baru  pindah sini dan I don't know anyone else yet so... nak jadi kawan I?"

Aku kerut kening.

"Huh?"

"Kenapa? Pelik sangat, ke soalan I?" Topinya dibuka dan rambut dibetulkan sedikit sebelum memakai kembali.

"Sikitlah. Why should I be your friend, Mr. Stranger?" Aku berjalan ke arah persisiran pantai. Lelaki tadi hanya mengikut.

"Apa salahnya kan. Kita boleh jadi kawan rapat. In case, kalau you ada masalah or apa-apa aje, just tell me and I will be there for you. Anytime." Dia cuba meyakinkan aku.

"I tak kisah pun tentang tu. Okaylah, kita kawan." Aku membuat keputusan. Tak salah kan, lagipun aku tak nak lah alone setiap masa. Sometimes, I need a friend too.

"Okay, good. So, I Danial Hakim and you can call me Danial, Hakim, Kim, Dani, Nial, or babyboy." Kening diangkat berkali-kali. Aku dah tergelak.

"Alright, I panggil you Dani. Simple." Danial tersenyum lebar.

"Wow, first time orang panggil I Dani. Rasa special pula. Selama ni orang panggil Nial je."

Aku pusingkan bebola mata ke atas.

"Okay then, I will call you Nial." Selamba aku bercakap.

"What. No, no. Just panggil Dani, macam tadi. Jangan memandai tukar, okay."

Aku mencebik dan angkat bahu.

"So, kenapa you pindah sini?" Danial yang terdengar soalan aku terus berkalih.

"Syarikat I dari Perak pindahkan I ke sini untuk jaga cawangan yang baru bukak? So, apa boleh buat. I okay je. Tak ada lah rasa berat sangat sebab i tak ada girlfriend." Nada di hujung hujung ayat dibuat sayu.

"Choi, rilekslah!" Aku tergelak sedikit sambil menyelitkan rambut ke belakang telinga.

"Yeah, I know. So, tell me about you. I don't even know your name."

Aku berdehem sikit sebelum menjawab.

"Well, nama I Zia Ainnur. You boleh panggil I Zia. Bukan Ainnur, bukan Ain, bukan Nur dan bukan babygirl, okay." Terdengar tawa Danial lepas aku habiskan ayat. Sedarlah tu aku perli dia.

"Zia, you dah lama duduk sini?" Aku menggeleng.

"Nope. I datang sini sebab  tenangkan fikiran. I have a problem and I think I perlukan masa untuk jauh dari semua tu. Okay, dah jangan tanya lebih lebih sebab I tak akan jawab."

"Tapi kalau you rasa you perlukan teman, call aje I, okay." Terus dia mencapai phone aku dari tangan dan dail nombor dia sendiri. Bila phone dia berdering, dia kata...

"So, I have your number and that is my number. Selamat berkenalan, new friend." Tersengih aku dengar ayat dia.

"Okaylah, I nak balik dulu. See you next time." Aku angkat punggung dari pasir dan berura-ura untuk pergi.

"Eh, apa instagram you? I nak follow."

Berkerut dahi aku dengar soalan dia. Tapi sebab tak nak buang masa, aku bagi.

"ZiaAinnur. Rapat. Tu aje. Nanti I check phone. Bye, Dani." Aku berjalan menuju ke kereta yang aku sewa. Sengaja aku sewa, barulah senang nak ke mana-mana.

Balik saja dari pantai, aku duduk di katil. Aplikasi Instagram dibuka.

Danial_Hakim started following you.

Jujur, akubbukannya baik sangat nak followback orang tapi jari tetap touch follow pada profile Danial.

Oh, ada new post. Gambar tadi ke? Ni sah-sah dia suruh orang lain tangkapkan! Muka tembok betul.

Kenal sangat background dia. Tu dinding di sebelah restoran tadi. Caption...

Time to eat! Evening and have a nice day, guys!

Hot juga budak Danial ni. Followers cecah 20k. Likes pula dah 6 ribu above.

Ah! Sudah, Zia! Baik mandi! Melekit badan. Terus aku capai tuala dan masuk ke bilik mandi.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top