Part 13

Zia's pov

Selesai saja mengoles nipis lipbalm, aku berlari mengambil sling bag dan terus turun ke bawah. Tak sempat dah nak sarapan. Aku betul-betul dah lambat. Fareez yang sedang menunggu aku di kereta dipandang sekilas sebelum tangan aku cepat-cepat menyarung converse kelabu.

"Sorry, lambat."

Fareez hanya mengangguk.

Lima minit berlalu dan masing-masing tidak bersuara. Janggal pula rasa.

"Fareez...," Aku memanggil Fareez perlahan.

"Hm..."

"Lepas ni awak dah tak busy kan?" Teragak-agak aku menyoal Fareez. Dahi Fareez berkerut.

"Tak sangat. Kenapa?"

"Saja tanya. Sekarang awak dah jarang hantar saya pergi kerja." Bukan niat nak mengada, aku kata pun benda betul.

"Sorry, sweetbun." Tangannya mengusap lembut rambut aku.

"Erm... Fareez?"

"Yes?"

Aku teragak-agak nak cakap. Tak apalah. Aku hanya menggeleng.

"La, geleng pula." Fareez kembali fokus pada pemanduan.

Rindu. Tu yang aku rasa sekarang. Bukan aku kata dia berubah or apa, tapi aku sendiri tak tahu kenapa. Perasaan rindu tu makin menggunung  hari ke hari. Rasa macam dia akan tinggalkan aku, dia akan pergi jauh dari aku. Serious aku cakap, aku tak suka perasaan ni. Aku risau. Dari hari ke hari, aku dapat rasa something wrong walaupun layanan dia masih sama. Kerap jugalah aku termenung sebab perasaan yang entah apa-apa ni. Aku harap semua akan okay.

"Dah sampai" Suara Fareez menyentakkan lamunan aku. Tangan Fareez dikucup lembut. Terasa berat hati nak turun dari kereta ni. Aku tunduk.

"Hey, kenapa ni?" Fareez menggelus lembut pipi aku. Aku menggeleng.

"Tak apa, aku tak marah. Cakap dengan aku, kenapa ni? Ada benda yang tak kena, ke?" soal Fareez prihatin. Tak menunggu lama, aku raih Fareez dalam pelukan. Air mata yang mengalir aku seka laju, tak mahu dia nampak.

"What's wrong, baby?" Tangan Fareez mengusap lembut belakang badan cuba menenangkan aku. Pelukan dilepaskan.

"Tak ada apa. Rindu aje." Senyuman palsu terukir di bibir aku.

"Rindu? Pelik."

Aku tersengeh.

"Rindu pun tak boleh, ke?" Aku cuba mengusik. Terletus tawa Fareez. Sebak aku rasa bila tengok gelak tawa dia. Kenapa rasa rindu makin menebal? Apa yang akan terjadi?

"Dah, dah. Mengada aje, kau. Pergi kerja sana. Bye." Fareez menolak bahu aku perlahan. Cis, main halau-halau pula!

"Yelah, tapi saya nak cakap sikit. Kalau apa-apa jadi dengan hubungan kita, awak janji eh, kita selesaikan elok-elok," kata aku separuh merayu.

"Merepek tak habis-habis. Yelah, yelah."

Aku keluar dari kereta. Entah kenapa, sayu menghurung diri.

***

"Hello, assalamualaikum, Zia." Suara ibu di hujung talian kedengaran.

"Waalaikumsalam, ibu. Ada apa call Zia ni?" Tangan aku lincah mengelap meja sehingga berkilat.

"Aik? Tak kan call menantu sendiri pun tak boleh?" Terhenti kerja aku. Aku masuk ke satu bilik rehat dan cuba fokus pada ibu.

"Boleh aje. Zia tanya sebab selalunya ibu call kalau ada benda-benda penting."

"Ha ni, ibu nak cakap. Esok dinner dekat rumah ibu, ya? Tidurlah sini sekali satu malam."

"Oh, nanti Zia cakap dekat Fareez ya, ibu." Selesai berbual pendek dengan ibu, aku letakkan panggilan. Ajak dinner aje rupanya. Tapi kenapa jantung ni berdegup kencang sangat?

***

Kereta Fareez sampai di perkarangan rumah ibu. Sebelum Fareez keluar kereta, aku menghalang dengan memegang lengan dia.

"Eh, kenapa ni? Tak sihat, ke?" soalnya risau. Aku menggeleng.

"Tak. Fareez... saya tak sedap hatilah. Cuma kalau apa-apa benda tak kena, saya nak awak tahu, saya sayang awak." Pegangan di lengan Fareez aku lepaskan.

"Don't worry, Zia. Aku sayang kau juga." Dahi aku dicium penuh syahdu.

Tapi Fareez, sayang kau pada aku sebesar mana?

Kami beriringan masuk ke dalam rumah ibu.

"Assalamualaikum." Fareez memberi salam.

"Waalaikumsalam. Hah, bro! Sampai pun."

Terkejut aku tengok gerangan yang menjawab salam itu. Kenapa dia ada sekali? Hati aku rasa makin tak sedap.

Gusar.

"La, kau pun ada, Aeman? Menyibuk!" Fareez memeluk Aeman Lutfi. Jangan fikir bukan-bukan. Diorang lurus!

"Suka hatilah, Ryan yang ajak aku. Nak harapkan kau ajak, terbalik rumah." Aeman memutarkan bola matanya ke atas.

"Siotlah, kau." Bergema tawa mereka berdua di ruang tamu ibu.

"Dahlah boraknya. Jom makan." Suara ibu berjaya menghentikan perbualan antara lelaki mereka. Kami hanya menurut.

"Ha, Zia. Tambahlah lagi. Sikitnya kamu makan. Kenapa tak makan udang tu?" Baru aku nak membalas soalan ibu, ada suara lain mencelah.

"Zia alergik udanglah, aunty."

"Eh, Aeman. Mana kamu tahu?"

Aku dapat tangkap ekor mata Fareez memandang pelik pada aku.

"Er, dia ada bagitau Aeman masa berborak kat majlis nikah dia dulu."

Aku menghembus nafas lega apabila ibu tak menyoal Aeman lebih-lebih. Mujur saja Aeman pandai cover. Masakan nak bagitau benda betul.

Selesai saja makan malam, aku dan Fareez naik ke bilik. Aku duduk di katil sementara menunggu Fareez mandi. Tiba-tiba pintu dikuak dari luar.

"Ainnur, sorry. I cuma nak ambil phone I. Ryan yang suruh I charge dekat sini."

Aku bangun dan memerhati Aeman yang melintasi aku mahu mengambil phonenya. Sedang dia mahu keluar bilik, entah macam mana dia boleh tersadung dan...

Buk!

Bagai mahu terhenti nafas aku apabila jarak antara muka aku dan Aeman cukup dekat. Sangat dekat sampai aku dapat rasa hembusan nafas dia.

Aku dengar pintu tandas dibuka.

"Zia! Aeman! Apa korang hah!" Suara Fareez memetir di ruangan bilik itu. Dia sudah lengkap berpakaian. Aeman cepat-cepat bangun dari atas badan aku.

Tolong, jangan... aku dengan dia baru berbaik, aku tak sanggup tahan rindu hanya kerana salah faham.

Tolong...

Tolong...

Tolong...

"Fareez, aku-" belum sempat Aeman menjelaskan perkara sebenar, Fareez memintas.

"Diam!" jerkahnya. Terketar-ketar badan aku mendengar suara Fareez yang meninggi.

"Fareez... I can explain this." Aku cuba raih tangan Fareez tapi malangnya Fareez menepis kasar.

"Shut the fuck up, slut." Perlahan saja suara Fareez tapi cukup jelas di pendengaran aku.

Terluka. Itu yang aku rasa saat ini.

"Kenapa ni bising-bising? Sampai bawah kami dengar." Suara ibu muncul dari pintu bilik. Ryan dan ayah hanya memerhati. Situasi ni sama seperti mula-mula aku sah menjadi isteri dia. Ada ibu, ayah dan Ryan yang memerhati. Fareez pula naik angin. Cuma agak berbeza sedikit kerana kehadiran Aeman.

Pedih.

"Ibu tanyalah menantu kesayangan ibu ni. Entah sejak bila dia ada affair dengan si Aeman ni. Ibu suruh dia keluar. Fareez benci tengok muka dia."

Terkejut riak muka ibu, ayah dan Ryan.

"Fareez kau salah faham ni. Aku cuma nak ambil phone aku lepas tu aku tersadung dekat karpet tu. Zia langsung tak salah." Sia-sia saja penjelasan Aeman sebab Fareez memang tak akan percaya.

"Ah, alasan! Entah-entah diorang memang selalu jumpa sebab nak puaskan nafsu masing-masing."

"Kalau aku nak buat benda tak senonoh pun, aku ajak dia buat dalam hotellah, sial!" tengking Aeman.

Fareez membuat raut menyampah.

Dia.

Dia lupa janji dia?

"Kahwinkan ajelah diorang ni daripada biar bebas buat maksiat." Tergagam aku dengar ayat Fareez. Takkanlah...

"Zia Ainnur binti Nasir. Aku-"

"Kepala hotak kau! Apa bodoh sangat ni, hah? Otak mana? Benda boleh bincang elok-elok. Yang kau nak ambil jalan senang sangat ni dah kenapa!" Ryan laju memintas kata-kata Fareez.

"Kau diam!" Suara Fareez menjerkah kuat pada Ryan.

"Kau lah diam, sial!" Ryan nampak tak puas hati.

"Fareez! Ryan! Diam! Bergaduh macam budak-budak!" Muka ibu memerah tanda marah yang teramat.

"Sekarang kita bincang benda ni elok-elok," ayah membuat keputusan.

"Tak payahlah, ayah. Fareez nak balik." Fareez terus mencapai kunci kereta di meja solek. Aku hanya hantar Fareez dengan pandangan mata. Mulut aku rasa dikunci.

Apa gunanya kalau aku jelaskan benda betul tapi dia tak nak percaya?

You said you loved me. You said that you'd never leave me. It was feel just like yesterday you held me in your arms. You were mine. Only for a second.

Lari, Zia! Lari! Bagai ada suara yang mendorong aku untuk pergi.

Aku nekad.

Aku akan pergi.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top