Part 10

Zia's pov

Aku tak boleh nafikan sejak kebelakangan ni Fareez jarang luangkan masa dengan aku.

Bayangkan.

Bangun pagi, dia dah tak ada. Langsung tak sempat Subuh dengan dia. Sarapan lagi lah. Terpaksa aku makan sorang-sorang. Aku pergi kerja pun dia dah jarang hantar. Bila aku balik kerja, rumah kosong. Kebiasaannya, dia akan balik pukul lima or enam tapi sekarang dah lain. Selagi jarum jam belum gerak ke angka 11, jangan harap lah dia nak balik. Paling awal pun pukul sembilan tapi tetap tak ada beza. Dia akan duduk depan tv dan sibuk belek-belek kertas kerja dia tu. Siapa bini sekarang ni? Apa kertas kerja tu lagi lawa dari aku?

Aih. Rasa rindu tu selalu ada tapi aku tak nak la kacau dia. Yelah, ayah kata dia tengah urus projek besar so aku tak boleh buat apa-apa. Kadang-kadang aku ada lah juga kacau dia buat kerja.

Macam sekarang.

"Zia, jangan kacau, please. Banyak kerja ni."

Aku tergelak apabila mendengar rungutan Fareez. Marah lah tu tapi ada aku kisah?

"Ala, saya bosan ni." Aku berbaring atas riba dia. Yang aku kagum, dia tak pernah naik tangan dekat aku even aku kacau dia macam ni. Auw, lelaki gentleman itu suami I.

"Pergilah tidur." Tangan kiri dia dibawa ke pipi aku dan mengusap lembut di situ. Ada kalanya dia mencubit geram. Tangan kanan Fareez pula lincah memeriksa dokumen. Aku hanya biarkan tangan dia tanpa menolak. Selesa. Cukup la untuk lepaskan rindu yang bersarang ni.

"Siapa bini sekarang ni, kertas ke aku." Aku menggumam perlahan. Geram apabila mata dia langsung tak pandang aku.

"Aik? Tak kan dengan kertas pun jealous." Terhambur juga tawa Fareez.

"Mestilah." Aku pusing menghadap perut dia dan peluk kuat.

"Rindu aku ea?"

RINDUUUUUU!

"Ei, perasan." Aku buat muka menyampah. Fareez dah mula kemas semua dokumen dokumen dia. Laptop pun dia matikan.

"If you said so." Fareez angkat bahu dan berura-ura mahu bangun. Tergolek juga la kepala aku bila dia bangun tiba-tiba.

"Ala, jangan tinggal saya." Aku masih terlentang di atas karpet sambil membuat mimik muka sedih. Kedua-dua tangan aku hulur. Adoi, Zia. Dah macam baby.

Fareez angkat kening. "Why so mengada?" Walaupun mulut dia soal macam tu, tangannya tetap menarik tangan aku sampai aku terbangun dengan mudah. Tak menunggu lama, aku terus peluk dia.

"Hm, rindu."

Fareez terus balas pelukan aku apabila dia terdengar aku cakap macam tu. Eleh, rindu juga lah tu.

"Rindu saya tak?"

"Yeah, I miss you too, sweetbun." Ubun-ubun aku dikucup lembut. Bila pelukan dileraikan, mata Fareez tajam memandang aku. Eh, dah kenapa?

"Kau nak goda aku ke apa?" Senyuman nakal mula menghiasi bibir Fareez. Aku menayang riak aneh.

"Kau pakai warna maroon ea malam ni?"

Terbuntang mata aku. Terus aku undur dan tutup dada aku dengan silangkan kedua-dua tangan. Patutlah Fareez fikir macam tu, tshirt nipis dan agak lebar tersarung dekat badan aku, dipadankan dengan legging hitam. Menggoda sangat ke? Tapi tak salah kot goda suami sendiri.

"Ish, mata melilau ke mana? Kenapa? Awak tergoda ke?" Kaki aku bergerak mendekat dengan Fareez. Bila dah ada depan dia, tangan aku silangkan di belakang leher Fareez. Mata Fareez tak lepas lepas memandang aku.

"Kalau aku cakap ya?"

Aku jungkit bahu. Mata Fareez makin galak memerhati wajah aku tapi bila matanya melilau ke lain, aku terus tolak dia.

"Jom tidur." Aku terus naik tangga. Telinga dapat menangkap bunyi dengusan Fareez dari belakang. Eleh, tak puas hati la tu.

"Kau ni, kalau takat tu je jangan la goda aku. Aku ni bukan kuat mana."

Tergelak aku dengar Fareez cakap macam tu.

Pintu bilik ditutup rapat. Fareez baring membelakangi aku dan terus pejam mata. Aik? Takkan tidur dah kot.

"Awak...," Suara sengaja aku leretkan cuba pancing perhatian dia. Namun dia masih kaku like before. Ish, tak berkesan!

Terus aku peluk badan Fareez dari belakang. Dia tak menolak.

"Awak marah saya ke?"

Senyap.

"Janganlah marah, saya rindu nak bergurau dengan awak je."

Sepi.

"Takpela. Saya sedar saya ni siapa. Tak kan awak nak rindu saya semula pula kan."

Jeda.

Apa boleh buat. Aku lepaskan pelukan dan betulkan comforter di badan Fareez kemudian aku pejamkan mata. Mengantuk juga sebenarnya. Dalam aku mamai nak tertidur, aku dapat rasa tangan Fareez memeluk pinggang aku dan aku dengar..

"Aku rindu kau jugak Zia."

Tak pasti mimpi atau realiti. Ah, biarlah! Akhirnya aku terlena sendiri.

***

Hari cuti macam ni aku cadang nak kemaskan sikit halaman rumah. Lepas tu malam nanti buat bbq. Boleh lah luangkan masa dengam family. Phone yang berbunyi aku angkat. Tanpa melihat sang pemanggil, aku terus menjawab.

"Hai, sayang." Suara lelaki.

"Er, encik salah nombor ni." Dahi aku berkerut. Sayang?

"Nope. You are my sayang. Zia Ainnur, tak ingat abang dah ke?" Aku ternganga dua saat. O. M. G!

"Abang? Is that you? Seriously?"

"Yes, honey"

"Argh! I miss you so much! Bila nak jumpa? Zia rindu sangat-sangat dekat abang tau! Rasa nak peluk kuat-kuat sekarang juga!" Aku dah terlompat-lompat dekat laman rumah dengan tangan masih memegang pasu kecil. Elok sangat perangai tu Zia?

Terdengar tawa halus di hujung talian. "Yeah, I know. I miss you too. Malam nanti kita jumpa, okay, hunny bunny?"

"Okay then."

Selesai berbual pendek, aku matikan talian. Senyum masih melebar.

"Sukanya. Call siapa tu?"

Tersentak aku mendengar suara Fareez dari belakang.

"Ish, buat orang terkejut je. Dah siap susun belum pasu-pasu tu semua?" Aku menjengah di bahagian tempat tempat semua pokok bunga terletak.

"Belum. Nanti lah. Jawab soalan aku. Siapa call tadi?" Dingin saja suara Fareez.

"Zack." Ringkas saja jawapan aku. Fareez tayang muka beku.

"Zack mana?"

"Zaqwan." Tangan aku lincah membersihkan longkang. Pertanyataan Fareez langsung tak mengganggu aku.

"Aku penat. Nak masuk rehat. Kau buat la semua ni sorang-sorang."

"Eh, mana boleh macam tu."

"Kenapa tak boleh?" soal Fareez. Aku cuci tangan dan tutup paip ketat-ketat. Badan aku tegak berdiri di depan Fareez.

"Sampai hati awak biarkan kesayangan awak ni buat semua kerja sorang-sorang. Penat tau." Aku buat muka kesian tapi Fareez masih seperti tadi.

Beku.

"Cuba kau tengok muka aku ni." Jari telunjuknya dihalakan ke mukanya sendiri. Belum sempat aku membalas, Fareez terlebih dahulu bersuara.

"Do i look like i care? Kau memang patut pun buat semua tu. Sebab apa? Sebab kau saling tak tumpah macam maid." Tanpa riak wajah bersalah, dia selamba berjalan masuk ke dalam rumah.

Aku masih berdiri di situ. Jujur aku kata, aku terasa. Dia anggap aku maid? Apa masalah dia, ha? Kejap okay, kejap tak. Ah, serabut! Rasa seperti hati ni dicarik-carik. It's hurt. Perit apa aku rasa sekarang. Air mata yang baru mengalir aku seka. Tak mahu melayan perasaan, aku teruskan kerja yang tergendala. Ya, sorang-sorang.

Dia kata aku saling tak tumpah macam maid. Memang tu ke tanggapan dia pada aku? Memang tu ke tempat selayaknya untuk aku? Tak ada ke ruang di hati dia untuk terima aku sebagai isteri dia? Even secebis, tak ada langsung? Mana pergi ayat manis dia?

Hilang.

Ya, hilang macam tujuh tahun lepas.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top