Chapter 5

Air kolam renang yang berada di laman belakang kelihatan bersinar-sinar di bawah lautan bintang-bintang. Hannah duduk berehat seketika di kerusi panjang yang terletak di tepi kolam renang itu.

Bathrobe yang elok tersarung ditubuh, diikat kemas. Kaki panjangnya yang masih terdapat manik-manik air digeser antara satu sama lain untuk menghasilkan haba.

Buat kesekian kalinya, dia mengeluh. Mengeluh apabila teringatkan kata-kata Taehyung tempoh hari ketika di lapangan terbang.

"Hannah memang rapat ke dengan Justin?" soal Taehyung dengan nada yang mendatar.

Pandangan matanya yang redup namun tajam itu, membuatkan Hannah meneguk liur yang secara tiba-tiba terasa pekat. Seolah-olah dia telah melakukan satu kesalahan.

Satu kesalahan yang tidak pasti.

Perlahan-lahan Hannah menganggukkan kepalanya.

"Ha... haah. Hannah memang rapat dengan Justin. Dia je yang Hannah percaya dekat London tu." jawab Hannah sedikit gugup. Dengan sedikit keberanian yang masih tersisa, dia membalas pandangan Taehyung.

Jantungnya ketika ini berdegup laju. Panahan mata itu mampu menggetarkan hatinya. Perasaan yang bertandang di hati semakin menebal dan sukar untuk ditepis perasaan itu pergi dengan begitu saja.

Taehyung mengangguk kepalanya sebanyak dua kali, memberi respon bagi jawapan Hannah tadi. Sesaat kemudian, dia mengetap rahangnya perlahan.

"Lain kali jangan rapat sangat dengan Justin tu. Tak elok orang pandang." kata Taehyung lagi. Kali ini, nadanya agak keras seakan memberi amaran.

Belum sempat Hannah ingin membuka mulut untuk membalas kata Taehyung, kelihatan figura Hellen sedang menghampiri mereka berdua.

Apa maksud semua tu? Getus hati dia sendiri.

Persoalan itu masih berlegar di fikirannya. Namun, sehingga kini masih tiada jawapan bagi soalan tersebut. Bagaikan CD rosak, kejadian itu kerap berulang di mindanya. 

Setiap pergerakan yang berlaku, riak wajah dan juga tindak balas bagi kata-katanya, semua bagaikan melekat di ingatan. Tiada satu pun yang tertinggal.

Terutamanya, pandangan mata redup itu...

Pandangan mata Taehyung ketika itu berjaya menggetarkan hatinya. Seolah-olah pandangan itu memberitahunya bahawa dia adalah milik Taehyung.

Tapi pada hakikatnya, Taehyung adalah milik Hellen, dan begitu juga sebaliknya.

Hannah mengeluh lagi. Jus tomato yang dihidangkan oleh pembantu rumah tadi, disisip hingga separuh gelas. Sekali lagi, fikirannya menerawang. Terbang jauh memikirkan tentang Taehyung.

|ғ ᴏ ʀ ʙ ɪ ᴅ ᴅ ᴇ ɴ   ʟ ᴏ ᴠ ᴇ|

"Awak tengok apa tu?" tanya Hellen sambil mendekati Taehyung yang berdiri di balkoni lantas tubuh suaminya itu dipeluk erat dari arah belakang.

Taehyung berpaling sekilas sebelum tersenyum kecil. Tangannya mendarat di lengan Hellen yang melingkari tubuhnya yang tidak berbaju itu.

"Ohh saya tengok langit malam. Banyak bintang malam ni. Tapi ada satu bintang jatuh dari langit tadi." kata Taehyung lalu memusingkan tubuhnya menghadap Hellen. Wajah Hellen kelihatan teruja mendengar ceritanya.

"Bintang jatuh? Tahi bintang ke? Saya nak buat hajat lah." segera Hellen menggenggam kedua-dua belah tangannya lalu matanya dipejam rapat.

Taehyung tersengih melihat perilaku Hellen yang kelihatan sungguh comel itu, lantas puncak hidung Hellen dicuit lembut.

"Awaklah bintang tu." kata Taehyung, mengusik lalu tubuh Hellen ditarik masuk ke dalam dakapannya.

"Ishhh ada-ada je awak ni." belakang tubuh Taehyung ditepuk perlahan akibat malu. 

"Aikk saya pula yang kena pukul. Betul lah apa yang saya cakap, awak bintang yang paling cantik dan bersinar dengan terang dimata saya." Taehyung menjarakkan tubuh mereka sedikit supaya dia dapat melihat wajah isterinya itu dengan jelas. Kemudian, kedua-dua belah tapak tangannya mendarat di pipi Hellen. Sepasang mata milik Hellen dipandang dalam silih berganti.

"Sebab itu lah saya boleh terpikat dengan awak. Awak cantik, sayang...." sambung Taehyung.

Tidak semena-mena Taehyung merapatkan kembali wajah mereka berdua dan bibir mereka bertemu buat kesekian kalinya.

Malam itu menjadi malam yang terindah bagi mereka berdua ditambah lagi dengan jutaan bintang yang bertaburan di langit sebagai saksi cinta mereka berdua.

Namun, tiada siapa yang sangka bahawa Taehyung menyangkakan Hannah sebagai isterinya....

|ғ ᴏ ʀ ʙ ɪ ᴅ ᴅ ᴇ ɴ   ʟ ᴏ ᴠ ᴇ|

Justin menyisip wine itu dengan sekali tegukan. Pengunjung-pengunjung di kelab malam ini sedang asyik dengan lagu yang dimainkan oleh DJ. Namun, mata Justin masih meliar mencari seseorang yang sudah berjanji untuk berjumpa dengannya malam ini tetapi kelibatnya belum kelihatan.

 "Hi, love. Sorry lambat." pipi kanan Justin dikucup sekilas lalu leher Justin dirangkul dari arah belakang.

Justin berdecit perlahan, faham benar akan sikap wanita itu yang sering terlewat dalam temu janji mereka. Tanpa menunggu masa, Justin memesan segelas lagi red wine untuk wanita itu.

"I know. Bila je yang you pernah awal." sindir Justin. Matanya juga digulingkan ke atas.

Rangkulan segera terlerai lantas kerusi bar kosong di sebelah Justin, diduduki wanita itu. Barulah Justin dapat melihat wajah cantik milik wanita itu.

"I dah cakap sorry, kan. Janganlah sindir-sindir. Lagipun, I miss you so much. Baru sekarang dapat jumpa." rungut wanita itu manja. 

Justin tersenyum pendek lalu wajah wanita itu ditarik supaya mendekati wajahnya. Tanpa sebarang amaran, Justin melekapkan bibir mereka berdua.

"I miss you too, Bella." ucap Justin selepas meleraikan ciuman singkat mereka. Sejujurnya, dia memang merindui Bella yang merangkap sebagai teman wanitanya itu.

Mereka berdua jarang berjumpa atas sebab kerjaya mereka sebagai model profesional, sama seperti Hannah.

"So how you dekat Korea hari tu? Best?" soal Bella sekadar membasa-basi. Red wine yang sudah tiba, disisip perlahan.

"Biasa je. Baru duduk semalaman Encik Edward dah call suruh balik sini sebab ada photoshoot." cerita Justin dengan bibir yang dicebikkan. Kesal dengan apa yang sudah terjadi tempoh hari.

Walhal sebelum bertolak ke Korea Selatan, dia dan Hannah sudah memikirkan pelbagai aktiviti yang boleh mereka lakukan bersama di sana.

Tapi, manusia hanya boleh merancang...

"So—"

Kata-kata Bella terhenti apabila smartphone Justin yang berada di kocek belakang seluarnya berdering.

Mereka berdua berpandangan buat seketika sebelum Justin menyeluk tangannya ke belakang untuk mengambil smartphonenya itu.

Skrin smartphone dijeling buat seketika sebelum wajah panasaran milik Bella menerjah pandangannya.

"Siapa tu?" tanya Bella dengan kening yang dijungkitkan sekilas. Bibir juga dimuncungkan pada telefon yang masih berada di tangan Justin.

"Hannah." ringkas Justin lalu panggilan video dari Hannah itu diangkat.

"Come, Bella." pergelangan tangan Bella ditarik lalu Justin membawanya ke tempat yang tidak terlalu bingit supaya mudah mereka berkomunikasi.

"Hai, Hannah."

|ғ ᴏ ʀ ʙ ɪ ᴅ ᴅ ᴇ ɴ   ʟ ᴏ ᴠ ᴇ|










+Bella Dielra

Sorry kalau dah bosan sikit.....

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top