Chapter 3

Morning, sleepyhead. Feeling better?” sapa Hellen yang ketika itu sedang memotong kimchi kepada hirisan kecil.

Hannah yang baru menapak ke ruangan dapur hanya mengangguk kecil dengan sebelah tangannya naik memisat mata yang masih terasa berat. Dengan perlahan, kakinya melangkah ke sisi Hellen.

“Kakak nak masak apa ni?” soalnya mamai. Sesekali dia memerhatikan gerak tangan Hellen yang lincah itu.

“Nasi goreng kimchi.” jawab Hellen pendek.

“Nak adik tolong?”

“Tak payah lah. Kakak dah hampir siap ni. Tinggal masukkan semua bahan dalam kuali and goreng je.” jawab Hellen seraya menggeleng. Hannah akur lalu melabuhkan duduk di kerusi tinggi yang berada di meja pulau.

Hannah memerhatikan Hellen yang begitu tekun dengan masakannya itu. Dalam diam dia mengagumi kakaknya itu.

“Adik.”

“Ya?” Hannah mengangkat wajah.

“Tolong panggilkan abang turun makan. Rasanya dia dah bangun tadi.” pinta Hellen. Nampaknya makanan yang dimasak sudah siap. Cuma tinggal untuk dihidang saja.

Tanpa sebarang kata, Hannah terus mengangguk. Dengan segara dia menuruni kerusi tinggi itu dan kakinya perlahan-lahan menapak ke tingkat atas. Iaitu menuju ke bilik Hellen untuk memanggil Taehyung.

Buat kali yang kedua.

Hannah harus mengakuinya bahawa dia berasa agak gementar apabila berhadapan dengan Taehyung.

Pandangan mata yang tajam itu, mampu menggetarkan jiwanya yang sudah lemah sejak kali pertama mereka bertemu.

Walaupun pada hakikatnya Taehyung adalah suami kepada Hellen. Namun dia tidak dapat menolak perasaan yang mula hadir didalam dirinya.

Ya, dia sukakan Taehyung. Sejak pandangan pertama.

Akhirnya, dia sudah tiba di depan pintu bilik Hellen. Tanpa ragu-ragu, pintu bilik itu diketuk dua kali.

Setelah mendengar sahutan dari dalam bilik, Hannah terus memulas tombol pintu lalu daun pintu dikuak sedikit sebelum dia memboloskan diri masuk ke dalam bilik itu.

“Sayang, mana baju saya yang awak letak tadi?” soal Taehyung tanpa memandang, malah dia berdiri membelakangi Hannah dengan posisinya yang bercekak pinggang sebelah tangan.

Hannah terus berdiri kaku di muka pintu bilik. Matanya tidak berkerdip. Tubuh Taehyung yang tidak berbaju itu ditatap penuh tidak percaya. Dapat dia rasai wajahnya yang kian memanas.

“Sayang?” panggil Taehyung hairan apabila yang disangkakan isterinya itu tidak menyahut. Keningnya bertaut lantas dia memusingkan tubuhnya ke belakang.

Alangkah terkejutnya dia apabila wajah Hannah yang sudah kemerahan memenuhi pandangan matanya. Tangan yang pada mulanya direhatkan pada pinggang, terus jatuh ke sisi tubuh.

Pandangan mata mereka bertembung. Akhirnya, Taehyung melarikan anak matanya dari terus bertentangan dengan sepasang mata bundar itu.

Apabila menyedari tatapannya pada Taehyung, Hannah terus memusingkan tubuhnya seraya memejamkan matanya dengan rapat. Nafas dihela perlahan-lahan supaya kembali bertenang. Perasaan malu menyerbu diri.

“Ha... Hannah...” Taehyung terkelu.

“Sarapan dah siap.” kata Hannah ringkas tanpa berpaling. Tubuhnya berdiri statik membelakangi Taehyung.

Tanpa menunggu balasan dari Taehyung, Hannah terus memulas tombol pintu lalu melangkah laju keluar dari bilik itu.

Kaki yang pada asalnya ingin turun ke bawah untuk menuju ke ruangan dapur semula, kini melencong masuk ke dalam bilik miliknya.

Pintu bilik ditutup rapat lantas belakang tubuhnya disandarkan pada pintu. Matanya dipejam rapat sebelum tubuhnya perlahan-lahan melurut ke bawah hingga terduduk di lantai.

Jantungnya sedari tadi mengepam darah dengan laju. Tubuh Taehyung yang tidak berbaju masih terbayang di fikirannya. Walaupun tidak terlalu berotot, namun cukup buat mana-mana wanita di luar sana tergilakannya.

Begitu juga dengan Hannah.

Tangan yang digenggam sedari tadi dibawa ke dada kiri, merasai jantungnya yang berdegup laju. Dengan perlahan, dia menumbuk dadanya.

“Bertenang Hannah. Bertenang. Kau tak boleh macam ni.” katanya sendiri sambil menumbuk dadanya berkali-kali.

Seakan rasa sudah reda, dia kembali berdiri. Nafas panjang diambil lalu dihela perlahan-lahan sebelum tombol pintu dicapai.

Dalam keadaan yang tenang, Hannah melangkah keluar dari bilik dengan pandangan yang menunduk memandang lantai.

Tanpa diduga, pintu bilik Hellen juga terbuka dari arah dalam. Terpapar wajah Taehyung di layar mata Hannah tatkala dia mengangkat wajahnya.

Wajahnya kembali memanas apabila teringatkan tubuh Taehyung yang tidak berbaju itu. Segera Hannah mengalihkan pandangan dan melajukan langkah.

|ғ ᴏ ʀ ʙ ɪ ᴅ ᴅ ᴇ ɴ  ʟ ᴏ ᴠ ᴇ|

“Eh, Justin. Dah bangun dah...” tegur Hellen apabila melihat Justin yang melangkah ke ruangan dapur.

Justin yang sudah berpakaian kemas dan segak itu tersengih kekok seraya menggosok belakang leher.

Good morning..” ucap Justin malu.

“Sinilah, duduk. Sarapan dah siap. Boleh kita makan sekali.” pelawa Hellen lalu menepuk salah satu kerusi kosong.

“Ermm Hannah dekat mana?” tanya Justin sebaik saja melabuhkan duduk. Hellen yang sedang menyusun pinggan terhenti seketika, wajah Justin dipandang sekilas.

“Hannah ada dekat atas. Kakak suruh dia panggil abang sekejap. Kenapa, Justin?” soal Hellen semula apabila melihat Justin seperti tidak senang duduk. Dia seolah-olah mengejar masa.

“Justin ada flight tengahari ni. Bos dah call, katanya lusa ada photoshoot. Jadi, kena kejar masa nak bertolak ke airport.” jelas Justin. Hellen mengangguk kecil.

“Kalau ya pun, makan dulu sarapan ni. Hannah kejap lagi turunlah tu. Makan, jangan malu-malu.” sebuah pinggan yang berisi nasi goreng kimchi dihulurkan pada Justin.

Justin hanya mengangguk kecil. Sesekali dia menoleh ke belakang untuk mencari kelibat Hannah.

Beberapa saat kemudian, terdengar suara Hannah berbual bersama ibu dan bapanya. Justin segera menoleh.

“Eh Justin! Good morning!” ceria Hannah menyapa lalu dia mengalungkan lengannya pada leher Justin dari arah belakang.

Morning..” balas Justin lalu menyuruh Hannah mengambil tempat duduk di sebelahnya.

“Wahh handsomenya kawan aku hari ni. Ada plan nak pergi mana-mana ke?” tanya Hannah sambil meneliti penampilan Justin.

“Aku nak bertolak ke London tengahari ni. Encik Edward dah call aku awal pagi tadi. Katanya, aku ada photoshoot lusa nanti.” terang Justin. Hannah sudah mencebikkan bibir.

“Alaaa cepatnya kau nak balik London. Kita tak jalan-jalan lagi dekat sini.”

“Dah, jom sarapan. Nanti lambat pula aku nak pergi ke airport.” Justin mengubah topik lalu terus mencapai sudu.

Hannah masih mencebik ketika menyuapkan makanan ke mulut. Justin yang melihatnya, terlepas tawa kecil.

“Apa ni makan muncung-muncung?” soalnya dengan ketawa yang masih tersisa.

“Aku tak kira. Aku nak hantar kau pergi ke airport juga.” kata Hannah. Justin hanya mengangkat bahu.

“Ikut kau.”

“Adik pergi sorang je ke?” celah puan Kang apabila sedari tadi menadah telinga, mendengar perbualan anaknya itu.

“Dengan Justin lah. Tapi nanti lepas hantar Justin, haah. Adik sorang je.”

Puan Kang sudah berkerut mendengar jawapan Hannah. Kepalanya menggeleng kecil.

“Tak boleh. Adik tak boleh pergi sorang. Bahaya. Biar kakak dengan Taehyung teman adik. Boleh kan?”

“Tapi...” Hannah tidak mampu menghabiskan ayatnya kerana puan Kang sudah menjegilkan matanya tajam.

“Macam mana?” soal puan Kang pada Hellen dan Taehyung pula.

Hannah pantas memandang mereka berdua yang duduk bertentangan dengannya. Namun pandangannya lebih tertumpu pada Taehyung.

“Kakak okay je, yang drive nanti bukan kakak.” Hellen menjeling Taehyung, menyerahkan pada suaminya untuk memberi kata putus.

Taehyung mengangkat wajahnya apabila Hellen berkata begitu. Saat dia mengangkat wajah, matanya bertembung dengan Hannah namun dilarikan pandangan pada ibu mertuanya.

“Tae okay je.”

|ғ ᴏ ʀ ʙ ɪ ᴅ ᴅ ᴇ ɴ  ʟ ᴏ ᴠ ᴇ|






+Kim Taehyung+


+Kang Hannah+


+Kang Hellen+


+Justin Lee Enderson+

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top