Chapter 1
Tap.
Tap.
Tap.
High heels yang dipakai Hannah mengetuk lantai laju, seiring dengan langkahnya yang cepat itu.
Sesekali matanya mengerling pada jam yang melingkar di pergelangan tangan kemudian kembali fokus ke hadapan.
"Damn, aku dah lambat. Justin, jalan tu boleh cepat sikit tak?" Hannah berpaling ke belakang, di mana Justin yang sedang melangkah selamba.
Justin menguak rambutnya ke belakang apabila terasa beberapa pasang mata melirik ke arahnya. Sempat dia bermain mata dengan mereka.
Hannah yang melihatnya menahan bengang. Sudahlah pagi tadi flight mendarat agak lambat, ditambah lagi dengan Justin yang suka melengahkan masa. Dia sudah tiada masa untuk dibazirkan lagi.
"Justin!"
"Ya, coming!" balasan Justin mengundang dengusan kasar dari Hannah.
Tanpa mempedulikan Justin, Hannah kembali melangkah menuju ke dewan besar yang berada di hadapan mata mereka itu. Pintu utama dewan itu dituju.
Satu keluhan kecil terlepas dari bibir kecil Hannah. Orang ramai mulai surut. Nampaknya, majlis yang diadakan sudah berakhir dan Hannah terlepas detik-detik penting ketika majlis itu berlangsung.
Majlis ini amat penting dalam hidupnya tambahan kepulangannya ini merupakan pertemuannya bersama ahli keluarga setelah hampir dua tahun dia menetap di Kota London atas urusan kerjanya sebagai model peragaan.
Dengan bantuan high heels yang berukuran enam inci itu, Hannah juga memanjangkan lehernya untuk mencari sesusuk tubuh. Namun agak sukar dengan keluasan dewan yang sungguh besar.
Justin yang baru saja tiba disebelahnya mula bermain rambut dengan meraup rambutnya ke belakang. Hannah berpaling, memandang Justin.
"Aku rasa, ada bagusnya kalau kau tolong aku sekali daripada tercegat je dekat sebelah aku." rungut Hannah kemudian menyambung pencariannya. Kali ini, dia menapak sedikit demi sedikit masuk ke dalam perut dewan itu.
"Okay, fine..." sempat Justin mengeluh kecil sebelum dia memanjangkan lehernya.
Dua pasang mata milik mereka berdua mula meliar ke segenap ruang dewan besar itu.
"Hannah, itu ke dia?" Justin menunjuk ke suatu arah. Ianya berdekatan dengan pentas yang dijadikan sebagai altar yang dihias dengan begitu cantik menggunakan bunga hidup yang pelbagai warna dan jenis. Hannah terus berpaling.
"Mana— Oh my God, yes! Jom, cepat!" Hannah terus menarik tangan Justin dan dengan perasaan yang teruja, mereka melangkah ke tempat tersebut.
Perasaan teruja yang bertandang, membawa perasaan gemuruh pada masa yang sama. Jika dalam masa hampir dua tahun itu, dia hanya mampu membuat panggilan video bersama ahli keluarganya. Kini, dia benar-benar akan bertemu mereka.
Rindu yang sudah menebal tidak dapat ditahan lagi. Hannah terus memeluk sesusuk tubuh yang cantik berbusana pengantin yang membelakanginya itu.
Terhincut bahu Hellen dibuatnya apabila ada sepasang tangan memeluknya dari belakang.
“Siapa—”
"Cuba teka..." potong suara itu.
Hellen terus melopong tidak percaya lantas dia terus memusingkan tubuhnya. Wajah Hannah menghiasi pemandangannya. Senyuman lebar terus terukir diwajahnya. Tubuh Hannah dipeluk erat bagai tidak mahu lepas.
"Oh my God, adik! Adik datang!" kata Hellen teruja. Hannah tergelak kecil, tubuh belakang kakaknya diusap perlahan sebelum pelukan dilepaskan.
"Hari inikan hari bahagia kakak. Mestilah adik akan datang."
"By the way, selamat pengantin baru, kakak! Adik pun tumpang gembira sekali" sambung Hannah lagi. Hellen kembali memeluk tubuh Hannah. Hannah membalas pelukan itu dengan lebih erat.
"Ya Tuhan, rindunya kakak dengan adik kakak ni!" pipi kanan Hannah dikucup sekilas. Hannah tersengih.
"Adik lagiiii rindukan kakak!"
"Ehem." Justin berdehem mengakibatkan dua beradik itu melepaskan pelukan. Hannah memandang Justin geram.
Kacaulah dia ni.
"Selamat pengantin baru, Hellen." ucap Justin dalam kesempatan itu. Dia tersenyum kecil.
"Ni... Justin, kan?" tanya Hellen yang ingat-ingat lupa tentangnya. Justin mengangguk kecil.
"Yes, I am."
"Terima kasih and I'm glad to see you here." Hannah bersalaman dengan Justin sebagai tanda perkenalan.
"Sama-sama kasih, si cantik." sempat Justin memuji. Hellen tersipu-sipu malu disitu. Hannah menggulingkan matanya ke atas.
"Sudah lah, Justin." celah Hannah. Justin dan ayat manisnya berpisah tiada. Sweet talker.
"Apa? Aku cuma cakap benda betul je." balas Justin tidak mahu mengalah.
Malas mahu membidas, Hannah mengambil keputusan untuk berdiam diri. Wajah Hellen dipandang lagi. Serta-merta senyuman kecil kembali terukir.
"Kenapa adik pandang kakak macam tu?" soal Hellen yang perasan akan tenungan adiknya itu. Hannah menggeleng kecil.
"Tak ada apa. Cuma setiap kali adik pandang kakak, adik rasa gembira. Tak sangka kakak dah berkahwin. Tak ada dah Kang Hellen, yang ada sekarang ialah-"
"Kim Hellen." potong satu suara. Mereka bertiga terus berpaling ke arah punca suara itu.
"Eh, awak." balas Hellen.
Hannah terpaku.
Siapa dia? Soal Hannah sendiri.
Rupa paras yang kacak itu sedikit sebanyak menggoyahkan hati perempuannya.
Bermula dari kening, mata, hidung, bibir, rahang dan bentuk muka yang simetri. Semuanya begitu sempurna bagaikan tiada cacat cela.
"Adik, kenalkan, ini suami kakak. Kim Taehyung. Adik tak pernah berjumpa dengan dia lagi, kan?" suara Hellen menyentakkan lamunan Hannah. Perlahan-lahan Hannah mengangguk kemudian dia kembali terpaku.
"S... suami?" tanya Hannah perlahan. Wajah Taehyung dipandang sekali lagi. Taehyung tersenyum kecil.
Hannah menggenggam tangannya disisi. Jantungnya berdegup kencang ketika ini. Senyuman itu sungguh membunuh.
"Kim Taehyung." Taehyung menghulurkan tangannya sebagai salam perkenalan.
Dengan teragak-agak Hannah menyambutnya.
"Kang Hannah." Hannah tersenyum kekok. Tautan tangan mereka berdua dileraikan Hannah dengan segera apabila dia merasakan bagai ada arus elektrik yang mengalir ketika mereka bersentuhan.
"Justin. Justin Lee Enderson. Dan selamat pengantin baru." Justin turut memperkenalkan dirinya.
"Oh? Korean?" soal Taehyung terkejut apabila Justin fasih bercakap bahasa ibunda mereka. Wajah Justin langsung tiada ciri-ciri orang Korea mahupun Asia.
"Kacukan, Korean-Russian." jelas Justin.
Taehyung mengangguk faham.
"Adik okay?" tanya Hellen apabila menyedari Hannah hanya termenung sedari tadi.
Hannah yang sedang ralit memerhatikan Taehyung dan Justin berbual kosong, tersentak dengan pertanyaan Hellen.
"Huh? Kakak kata apa tadi?" Hannah yang kurang fokus tadi, kembali bertanya.
"Kakak tengok adik dari tadi kuat termenung. Fikir apa? Pasal kerja?"
Hannah menggeleng.
"Eh, taklah. Adik terfikir mama dengan papa. Rinduuu." Hannah tersengih menutup perasaan gelisahnya.
Sesekali matanya mencuri pandang Taehyung yang masih berbual dengan Justin. Namun, tanpa dia sangka, pandangan matanya bertembung dengan Taehyung. Hannah terkaku. Taehyung hanya tersenyum pendek sebelum mengalihkan pandangannya pada Justin semula.
"Kakak, adik nak jumpa mama dengan papa sekejap."
|ғ ᴏ ʀ ʙ ɪ ᴅ ᴅ ᴇ ɴ ʟ ᴏ ᴠ ᴇ|
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top