The begining of HUNTER
Aku menutup telinga. Bunyi bising di luar tidak dapat dihalang dengan hanya menutup telingaku. Aku mengigil ketakutan. Bunyi pergaduhan Eomma dan Appa sangat menyakitkan. Tiba² tanganku ditepis perlahan.
Hyung meletakkan headphone di telingaku. Aku mendengar lagu yang iramanya menenangkan jiwa. "Thank hyung" ujarku. Hyung senyum.
"Woozi duduk diam kat sini. Hyung nak tengok luar" Suga hyung senyum. Dia bangun. Baru saja nak melangkah aku menghalangnya.
"Hyung. Jangan tinggalkan Woozi sorang²" rengekku. Suga hyung memelukku.
"Tak. Hyung tak tinggalkan kamu" Suga hyung menenangkanku.
⚠⚠⚠⚠⚠⚠
Setelah menidurkan Woozi Suga bangun dari katil. Keadaan diluar kembali aman. Suga mengeluh. Perlahan dia membuka pintu. Dia melihat Eomma sedang duduk menunduk.
"Eomma?" Suga mendapatkan eommanya. Dia memeluk eommanya. "Kenapa? Kenapa Appa pukul Eomma?" Soal Suga.
"Appa kamu curang. Dia ada perempuan simpanan. Eomma marah. Baran appa kamu pon datang. Suga... Eomma tak sanggup lagi. Tapi" Eomma diam. "Eomma tak sanggup tengok kamu dan Woozi takde Appa" sambungnya.
Suga mengesat air mata eomma. "Shhh.... Eomma. Suga tak kesah. Janji Eomma selamat. Kita semua selamat. Tapi. Woozi masih perlukan Appa" ujar Suga.
"Eomma akan cuba bertahan demi Woozi dan kamu" Eomma mengukir senyuman.
Semua perbualan mereka berdua didengari oleh Woozi di sebalik daun pintu. Woozi mengengam tangannya yang kecil.
⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠
"Woozi cepat makan. Nanti pergi sekolah dengan hyung okay" ujar Eomma dengan ceria. Seperti tiada apa yang berlaku semalam. Woozi melihat bekas lembam di pipi Eomma.
"Woozi dah siap ke belum? Jom" ajak Suga. Woozi mengambil begnya dan mengikut langkah Suga.
Sepanjang perjalanan mereka Woozi memandang kiri dan kanan. Semua kanak² sepertinya berjalan berpegangan tangan dengan Eomma dan Appa mereka.
"Hye" Suga mencubit pipi Woozi. "Kenapa nie?" Soalnya.
"Hyung.... Kenapa Appa kita suka pukul? Kenapa Appa jalan terhuyung hayang?" Soal Woozi polos. Suga diam. Woozi baru berumur 8 tahun nak tahu semua ini.
"Ermm.... Appa jalan macam tu sebab appa sakit" ujar Suga. Bohong.
"Ouwh..." Woozi menyahut.
"Nanti terus balik tau. Jangan tunggu hyung. Sebab hyung ada kelas tambahan" pesan Suga. Woozi mengangguk.
⚠⚠⚠⚠⚠⚠
"Eomma Woozi dah balik" ujar Woozi. Baru sahaja nak buka tembol pintu rumah dia mendegar bunyi jatuh.
"Awak nak buat apa dengan duit saya tu?!!!" Eomma mengejar Appa. Woozi terkejut. Pintu rumah dibuka dan Woozi ditolak jatuh.
"Ketepilah anak tak guna!!" Maki appanya. Woozi bangun dan membersihkan kotoran di seluarnya. Dia melihat Appanya beredar dengan kereta.
"Eomma. Kenapa Appa ambil duit Eomma?" Soal Woozi. Eomma senyum.
"Appa takda duit" ujar Eomma sambil mengusap kepala Woozi.
⚠⚠⚠⚠⚠⚠
"Appa tu dah melampau!!" Marah Suga.
"Shh... Perlahan sikit. Adik kamu tengah tidur tu" ujar Eomma menenangkan Suga.
"Eomma. Sampai bila kita nak terus hidup macam nie? Sampai bila?" Soal Suga. Eomma diam. Suga mengeluh. "Tadi Suga ada nampak Appa dengan perempuan simpanan dia" ujarnya. Suga suduk di sebelah eomma. "Dia gunakan duit Eomma untuk belikan perempuan tu barang kemas! Eomma!! Laki camtu tak layak jadi suami!!" Luah Suga.
"Jaga sikit mulut kamu. Walaupun dia kaki pukul dia tetap appa kamu Suga. Kamu kena hormat dia" tenang Eomma bicara.
"Huh! Dia bukan Appa Suga!" Suga bangun dan meninggalkan Eomma. Eomma mengeluh.
⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠
Mata Woozi terbuka bila dengar bunyi bising diluar. 'Huh. Takkanlah hari cuti pon nak bergaduh' ujar hati kecilnya. Makin lama dia makin menyampah dengan Appanya.
Woozi bangun dan memandang luar. Dia melihat Suga mengengam tangan.
"Kau nak apa lagi jantan?!! Tak cukup ke kau dah menyusahkan kiteorang semua!!" Marah Suga.
"Amboi mulut kau! Dah kurang ajar ehh kau sekarang!!" Appa menumbuk muka Suga. Woozi terkejut.
"Abang!! Jangan pukul anak saya!!" Halang Eomma. Appa menolak Eomma.
"Jangan kau sibuklah! Ini semua salah kau sebab salah didik budak tak guna nie!!" Teking Appa.
Bukk!!! Appa jatuh akibat ditumbuk oleh Suga. "Kau boleh hina aku anak tak guna! Tapi. Jangan sesekali kau pukul mak aku lagi!!!" Tengking Suga. Dia menolak Appa lagi. Appa bangun.
"Kalau macam tu lebih baik korang berdua nie mati jelah!!!" Dia mengeluarkan pisau dan menyusuk Eomma tapi dihalang oleh Suga. Akibatnya mereka berdua jatuh.
"Hyung!!!!! Eommaaa!!!" Woozi keluar dan segera mendapatkan dua insan tersayangnya. Dia menolak kasar Appa yang tergamam dengan perbuatannya.
"Takkkk!!!!!!!!" Woozi melaung
⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠
Hospital
Suasana di kaki lima wad icu sangat tegang. Woozi memandikan air mata duduk di satu tempat. Bajunya yang putih bertukar merah bila dia memeluk Eommanya. Dia memandang appanya dengan pandangan yang tajam. Pandangan dendam dan benci.
Beberapa orang polis dan peguam appanya berada di situ. Doktor pon keluar dari wad ICU. Woozi segera mendapatkan doktor.
"Dok. Macam mana dengan Eomma dan hyung saya?" Soal Woozi.
"Maaf. Saya hanya bercakap dengan orang dewasa sahaja" doktor itu meninggalkan woozi.
Woozi tergamam. Dia hanya melihat doktor itu berbincang dengan Appa dengan keadaan serius. Appa mengangguk dan berbicarakan sesuatu.
"Kenapa? Kenapa aku jadik budak kecil? Adakah budak kecil tak mampu nak tahu semuanya?" Gumam Woozi sendirian.
Sebuah troli dibawa keluar. Woozi melihat jasad yang bertutup itu. Dia amat pasti itu antara orang yang dia sayang. Tangan jasad itu terjatuh dari tempatnya dan Woozi perasan gelang di pergelangan tangan jasad itu. Itu ialah gelang pemberiannya kepada Eommanya.
Woozi terduduk. Air matanya mengalir. Eommanya sudah tiada meninggalkannya. Woozi menangis. Teruknya menjadi budak kecil yang tak mampu nak buat apa². Dia memandang Appanya dengan api dendam. Dia pasti akan bunuh Appanya seperti mana Appanya membunuh Eommanya.
⚠⚠⚠⚠⚠⚠⚠
Mahkamah
"Dengan ini pihak mahkamah mengutuskan bahawa Encik Min Diyn tidak bersalah dalam tuduhan kes pembunuhan pada 26/3/06" bunyi ketukan tiga kali memberhentikan nafas Woozi. Tak bersalah?!
Woozi bangun dan bergerak ke hadapan. Guard hendak menghalangnya tapi ditegah oleh Hakim. "Hakim yang bijaksana. Apakah ini kamu kata tak bersalah?! Saya saksi kejadian malah. Saya lihat bagaimana laki durjana ini menikam Eomma dan hyung saya!! Ini hakim cakap tak bersalah?!!" Soal Woozi.
"Kesahihan kamu tidak dapat dibuktikan kerana kamu saksi dibawah umur. Kami pihak mahkamah perlukan kesahan saksi yang boleh berfikiran matang" ujar peguam Appanya.
Zuss!! Kilat menyambar hati Woozi. Lagi sekali perkataan 'bawah umur'.
Kalau macam nielah. Dia perlukan kekuatan untuk menegakkan keadilan. Dia pasti akan balas dendam. Dia pasti menginggat senyuman sinis Appanya yang tidak dijatuhi hukuman itu.
Yaa mulai sekarang dia akan jadi karnivor
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top