t h i r t y - o n e

HI GUYS! SORRY FOR THE LONG ASS HIATUS T^T finally exam dah habis, everything dah habis so im back! maaflah sebab biar korang tunggu lama sampai berjanggut HAHA. 

--

Jimin's P.O.V

Aku duduk disebelah Yoongi hyung yang sedang disolek oleh makeup artist peribadinya. Aku merenung tajam tangan perempuan yang menyentuh wajah Yoongi hyung dengan jarinya yang takdelah lawa mana. Mereka berbual dengan sangat mesra. Perasaan cemburu membuak-buak didalam dadaku. Nak je aku langgar makeup artist ni guna troli AEON ha biar meninggal AHAHAHA. 

"Oi yang, asal muka tension sangat?" Soal Yoongi hyung. Aku mengendahkan soalannya lalu mencapai telefon pintarku diatas meja. 

"Yah! jangan la palau. Kenapa ni baby? hyung ada buat salah ke?" Soalnya lagi. Pipiku merona merah kerana nama panggilan yang ditujukan kepadaku itu. Pertahananku hampir gugur tetapi kerana ego aku masih mengekalkan riak wajah seriusku. Jurusolek tersebut memahami situasi yang berlaku, segera beredar. Fuh nasib.

"Min Jimin kenapa ni? bagitahu hyung please. Hyung tak ada kuasa nak baca isi hati kamu." Pujuk Yoongi hyung sambil memegang tanganku. 

"Apa perasaan hyung kalau Suho hyung sentuh muka Jimin pastu mesra-mesra gituh?" Soalku dengan nada datar. Yoongi hyung terdiam seketika. Beberapa minit kemudian dia ketawa. Aku mengerutkan dahiku. Aku ada buat lawak ke?

"Alolo Park Jimin cemburu ya? alahai cutenya AHAHAHA" Kata Yoongi hyung sambil tertawa. Aku kecewa. DIA INGAT LAWAK KE EIIII. Aku mengetap bibirku. Perasaan malu dan kecewa bercampur-baur, air mata ku mula mengalir.


Yoongi yang ketawa tadi mula panik. Dia segera mengelap air mataku.

"Alala sayang, janganlah nangis. Hyung gurau je dah dah tak mahu nangis." Pujuk Yoongi hyung lalu menarik tubuhku duduk diatas pehanya. Bibirku bercantum dengan bibirnya.

Aku menolak tubuh Yoongi hyung dengan lembut. Tiba-tiba tersedar yang diri ni dekat public. Yoongi hyung mencium kedua pipiku lalu membisik sesuatu ditelingaku.

"Park Jimin menduduki tempat paling istimewa dalam hati Min Yoongi dan takkan ada orang lain boleh ganti Park Jimin dalam hati Min Yoongi. Saranghae." 

Pipiku merona merah buat kali ke 2382347910 hari ini.


--


Author's P.O.V

Event fansign tersebut akan bermula lagi 10 minit. Peminat-peminat menjerit-jerit memanggil nama Yoongi kerana terlalu teruja. 

Jimin mengintai dari belakang tirai. Dia berfikir sejenak.

"Oh jadi macam ni rupanya kekecohan, aku tak pernah merasa sebab aku sekali tukang jerit dulu HAHA" Monolog Jimin sendirian. Bahunya dicubit dengan lembut membuatkan dia terkejut.

"Oi cakap sorang sorang pulak dia." Kata Yoongi . Jimin hanya tersengih.

"Jimin cuma teringat time Jimin jadi fans dulu. Haih rindunya waktu berangan dulu. Sekarang dah jadi realiti em em." Kata Jimin dengan malu-malu. Yoongi tertawa kecil lalu memeluk tubuh kecil Jimin.

"Suga, dah sedia?" Soal Suho. Yoongi mengangguk lalu mencium dahi Jimin. 

Maka event fansign pun bermula.

--

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top