✨⛄First Snow✨⛄

Tap!

Halilintar membuka suis lampu yang terdapat di dinding dan melihat suasana ruang apartment yang sunyi sepi itu.

"Haaa... "

Satu helaan nafas keluar dari belah bibir Halilintar sebelum dia mula membuka kasut butnya dan seterusnya menanggalkan jaket tebalnya untuk disangkut pada dinding yang sudah direka khas untuk disangkut pakaian. Halilintar menempatkan kasutnya di sebelah kasut sukannya dan seterusnya berjalan masuk ke dalam apartmentnya yang sunyi itu.

❄◆◇◆◇◆♥◆◇◆◇◆❄

Halilintar meletakkan secawan air kopi panas di atas meja kecil sebelum dia melemparkan pandangannya di luar tingkap apartment. Malam itu, jam 7 malam, langit kelihat begitu gelap dan hitam pekat. Akan tetapi, ia dihiasi dengan bintang-bintang yang banyak berkelipan di angkasaraya yang membuatkan sesiapa sahaja yang memandangnya pasti akan terpesona.

Tetapi bukan bagi Halilintar. Walaupun dia sangat menyukai suasana malam yang indah itu, tetapi ia sama sekali tidak menghiburkan hatinya yang terasa kosong dan sunyi.

Klik!

"Aku dah balik... "

Halilintar menolehkan wajahnya untuk melihat ke arah pintu. Dan di situ, dia melihat Gempa yang ternyata baru pulang dari tempat kerjanya dan sedang menanggalkan jaket yang dipakainya untuk disangkut di sebelah jaket Halilintar.

Halilintar bergeming di tempatnya sambil memerhatikan Gempa melakukan aktivitinya. Tidak berniat sama sekali untuk menyambut kepulangan Gempa ataupun menyediakan secawan minuman hangat untuk kekasihnya.

Ya. Kekasihnya.

Gempa merupakan kekasih Halilintar dan mereka telah bersama selama lebih kurang hampir 2 tahun jika dikira tahun baharu yang akan datang nanti.

"Oh? Maaf, aku tak perasan yang kau ada dekat situ. "

"Hm. "

Itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Halilintar sebelum akhirnya mereka berdua berpisah untuk melakukan aktiviti masing-masing. Gempa pergi ke dalam bilik manakala Halilintar pula terus melihat pemandangan di luar tingkap itu.

"Hari ni 24 hari bulan, kan? Aah... Nampaknya aku kena balik awal sikit nak belikan hadiah. "

Halilintar menoleh ke arah Solar yang kini sedang menyandarkan badannya pada kerusi yang sedang dia duduki. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 6 petang tetapi sudah ramai pekerja-pekerja syarikatnya sudah pulang ke rumah kerana masing-masing ingin mengejar masa sebelum malam tiba.

"Kenapa nak balik awal juga? Bukan ke kau cakap yang Thorn terpaksa kerja lebih masa dekat bakery? "

"Kau lupa ke? Esok kan Christmas? "

"Jadi? "

Solar mendesah kesal. Dia pun berdiri dari tempat duduknya dan bersiap-siap untuk meninggalkan ruang pejabat Halilintar yang luas tetapi suram itu.

"Kau dah bersama dengan Gempa dah lama, kan? Takkan korang tak celebrate kot? "

"..."

"Haih, cuba lah ambil langkah pertama untuk ubah keadaan hubungan korang. Aku rasa korang ni macam orang asing yang tinggal sebumbung tahu tak? Padahal sebelum ni korang bukan main mesra sampai ramai orang cemburu dengan hubungan korang. "

Halilintar masih diam tidak berkata apa-apa. Ingin menjawab pun tidak. Ingin bergerak pun tidak.

"Sejak kau naik jadi CEO ni aku perasan yang hubungan korang semakin renggang. Aku harap kau tak lupa yang tanpa bantuan dan sokongan Gempa, kau takkan dapat berjaya sampai macam ni. Aku balik dulu. "

Solar pun berlalu pergi begitu sahaja dan meninggalkan Halilintar sendirian di ruang pejabatnya.

Halilintar merenung pantulan wajahnya pada cermin pintu yang bersambung dengan beranda apartmentnya. Di dalam hatinya dia terdetik dan baru tersedar bahawa dirinya betul-betul berubah sepertimana yang dikatakan oleh Solar. Dia sudah tidak tersenyum dan gembira seperti dulu.

Klak!

Halilintar menoleh ke belakang dan menemui Gempa yang kini sedang membuat secawan minuman hangat untuk dirinya. Dan entah kenapa, terlintas di dalam fikiran Halilintar tentang kata-kata Solar tentang hubungannya dan Gempa.

Cuba untuk perbetulkan keadaan mereka? Halilintar sendiri tidak tahu bagaimana untuk mula berbicara dengan Gempa inikan pula harus perbetulkan keadaan mereka. Tetapi adakah jika Halilintar tidak membuat perubahan mereka akan kekal sebegini ataupun... Lebih teruk?

"Gempa. "

Nama yang dipanggil tadi segera menoleh dan melihat Halilintar yang kini sedang berjalan menghampirinya. Gempa tidak berkata apa-apa tetapi hanya tersenyum sahaja sambil menunggu kekasihnya datang dekat kepadanya.

"Uuhh... Macam mana kerja? Ok? "

Halilintar cuba mengangkat bicara. Dia tahu mungkin akan menjadi canggung suasana mereka berdua tetapi dia ingin mencuba nasib. Mungkin Gempa juga sama dengannya? Ingin berbual semula tetapi malu.

"Ok saja. "

"Oh... Baguslah. "

Halilintar menundukkan wajahnya menghadap lantai. Dia tahu Gempa akan menjawab sesingkat itu. Salah dia juga, yang membuatkan Gempa semakin hari semakin kurang berbual bersamanya.

"Selamat pulang, Halilintar. Macam mana kerja? "

"Hmm... Agak penat sikit. "

"Takpe. Saya yakin Halilintar akan berjaya. Saya dah masakkan sup untuk Halilintar. Air dalam tab pun saya dah sediakan. Jadi Halilintar boleh mandi dan makan. "

"Thanks, Lyubov'. "

"Anything for you, Mio Marito. "

Seperti pasangan yang biasa kita lihat, hubungan Halilintar dan Gempa kelihatan begitu baik dan amat rapat.

Tetapi ia tidak kekal lama sehingga tahun baharu tiba dan hubungan mereka mula merenggang.

"Kenapa balik lewat? Ada sesuatu berlaku ke dekat pejabat? "

"No. "

"Oh... Uhhmm.. Saya dah sediakan makan-"

"It's ok, Gem. Aku tak nak. Aku dah makan dah dengan yang lain dekat luar. Aku cuma nak tidur je sekarang. "

"Oh... O-ok... "

Dan ia menjadi semakin buruk.

"Kau pergi mana? "

Halilintar bertanya kepada Gempa yang baru pulang dari kerjanya. Wajah Gempa kelihatan begitu kelelahan sekali berbanding dengan Halilintar yang jauh seperti hendak meletus pada saat itu juga. Halilintar marah. Kerana sewaktu dia pulang dari tempat kerjanya ternyata Gempa tiada di rumah dan tidak menyediakan apa-apa makanan untuknya sedangkan dia amat lapar pada waktu itu.

Tetapi andai Halilintar tahu apa yang Gempa lakukan pada waktu itu...

"Uuhh... S-saya pergi-"

"Balik lewat malam-malam macam ni! Kau tak takut bahaya ke, hah?! "

"M-maaf.. "

"Tsk! Itu je ke yang kau mampu cakap? Cepat masakkan untuk aku! Aku dah lapar!"

Dan Halilintar pergi begitu sahaja tanpa menunggu Gempa menerangkan segalanya.

Sehinggalah tiba pertengahan tahun, akhirnya usaha Halilintar membuahkan hasil. Syarikatnya mula dipandang oleh orang ramai dan ia mula menjadi terkenal. Dan kerana saking terkenalnya syarikatnya ia membuatkan Halilintar semakin sibuk dan semakin jarang pulang ke rumah. Kerana semakin jarang Halilintar berada di rumah, maka semakin jaranglah dia dan Gempa berkomunikasi.

Tetapi suatu hari, pada hujung minggu, Halilintar berniat untuk membaikkan keadaan. Namun siapa sangka ia telah menjadi lain?

"Gem, aku nak ajak kau pergi tengok wayang. Jom? "

"Ah, maaf. Aku sibuk. "

Dan Gempa pergi begitu sahaja. Tanpa memberitahu sebab kenapa dia sibuk dan ke mana dia ingin pergi. Pada saat itulah Halilintar dapat merasakan hubungan dia dan Gempa seperti tidak akan kembali sedia kala semula.

Halilintar menyesal kerana beranggapan begitu. Kerana kesannya, dia dan Gempa betul-betul tiada masa untuk bersama semula.

Dari berkongsi baju bersama, sehingga tidur sebilik. Tiada lagi dilakukan bersama-sama seperti kekasih di luar sana. Mereka berdua telah membeli baju asing untuk diri sendiri dan tidak lagi keluar bersama. Paling teruk, Halilintar dan Gempa yang pada awalnya tidur sekatil kini telah tidur di bilik masing-masing.

Mengingat semula segala apa yang telah berlaku ia membuatkan hati Halilintar terasa sakit. Dia tidak mahu perkara menjadi semakin keruh. Terutama dia yakin Gempa mungkin dalam diam telah bersiap-siap untuk keluar dari apartment mereka pula.

"Gempa... "

Halilintar memanggil Gempa sambil menatap wajah kekasihnya yang masih dia cintai itu.

"Aku rasa... "

Halilintar mula terasa dingin di dalam tubuh badannya kerana dirinya terasa seperti lemah.

"Kita dah lama tak luangkan waktu bersama. Disebabkan kita jarang bersama, ia membuatkan aku rasa hubungan kita dah takde makna... "

Gempa memandang Halilintar. Terdetik satu perkara di dalam fikirannya.

"Jadi kau nak kita berpisah? "

"..."

Halilintar terdiam. Tiada apa yang dapat dia ungkapkan melainkan perasaannya yang begitu hancur apabila Gempa tiba-tiba mengutarakan soalan sebegitu.

Adakah Gempa sudah tidak ingin bersama dengannya?

"Aku... "

"Haaa... Aku dah agak perkara seperti ini akan berlaku. Baiklah... "

Dan Gempa pergi begitu sahaja tanpa menoleh ke arah Halilintar ataupun mendengar apa yang ingin dikatakannya.

Itu saja?

Gempa pergi begitu sahaja?

Dan Halilintar ditinggalkan begitu sahaja?

Adakah ini pengakhirannya?

Halilintar tidak dapat berfikir dengan lebih lanjut. Terakhir kali yang dia ingat, dia berlari masuk ke dalam bilik dan mengunci dirinya di dalam bilik. Halilintar melepaskan segala perasaan kecewa dan amarahnya dengan menangis sendirian sehingga dia tertidur.

❄◆◇◆◇◆♥◆◇◆◇◆❄

Halilintar tersedar dari tidurnya dan melihat jam yang baru menunjukkan pukul 11 malam. Jadi dia sudah tidur 3 jam tanpa makan malam?

Grruuu~

"Aahh... Kenapa waktu-waktu macam ni kau nak berbunyi? "

Halilintar menghela nafas kesal kerana dirinya tiba-tiba terasa lapar. Halilintar paling benci bila perlu makan lewat malam kerana dia tidak mahu berat badannya naik dan kesihatannya terjejas. Tetapi tiada guna juga jika Halilintar tidur kembali kerana dia mesti tidak akan tenteram jika perutnya kosong.

Jadi mahu tidak mahu, Halilintar pun bangun dari katilnya dan berjalan keluar dari bilik.

Halilintar ingin ke dapur, tetapi suatu cahaya telah menarik perhatiannya sehingga niatnya untuk memasak makanan segera terus terbantut.

Halilintar memandangkan aneh cahaya yang terang itu. Dan kerana ingin tahu, dia pun terus berjalan untuk mendekati cahaya tersebut.

Perasaan terkejut dan terkesima menyapa hati Halilintar apabila dia melihat sebuah pokok yang tingginya tidak lebih dari dirinya begitu tegak berdiri di tengah-tengah ruang apartmentnya. Pokok tersebut dihiasi dengan pelbagai jenis perhiasan yang Halilintar tahu ia membawa kepada satu tema sahaja. Christmas.

Halilintar berjalan mendekati pokok tersebut untuk melihat lebih lanjut, tetapi dia tiba-tiba dikejutkan pula dengan keberadaan Gempa yang sedang duduk di sebelah pokok tadi dan menghadap belakang kepadanya.

Halilintar ingin menyapa Gempa. Tetapi oa segera terkubur apabila dia terdengar bunyi isak tangisan yang tiba-tiba keluar dari Gempa.

"Isk.. Isk... Kenapa kau diam? Kenapa kau tak cakap yang kau tak nak? Kau dah bencikan aku ke? "

Kening Halilintar berkerut apabila mendengar suara tangisan Gempa yang berbunyi seperti dirinya begitu sedih sekali. Halilintar ingin mendekati Gempa dan bertanya kenapa kekasihnya itu menangis. Tetapi entah kenapa kakinya kaku sahaja di tempatnya.

"Halilintar... "

Bagai hendak gugur jantung Halilintar apabila dia terdengar suara serak Gempa memanggil namanya. Adakah Gempa menangis kerananya?

"Halilintar... Isk.. Kenapa kau berubah? Kenapa kita dah tak sama seperti dulu? Isk.. Aku rindu... Aku rindu hubungan kita yang dulu... Isk... "

Jika boleh, Halilintar mahu sahaja mengambil pisau dan membelah dadanya kerana rasa sakit yang dirasainya sewaktu dia mendengar Gempa menangis dan memanggil namanya. Halilintar benci apabila dia tidak dapat melakukan apa-apa untuk menenangkan kekasihnya.

"Maafkan aku... Aku tak nak berpisah. Tapi... Tapi kau mesti dah bosan dengan aku, kan? Halilintar... Isk... Adakah hari ini adalah hari terakhir kita bersama? Isk..."

Halilintar sudah tidak dapat menahan dirinya dari melihat Gempa begitu. Jadi, tanpa sebarang bunyi dia pun terus mendekati Gempa dan memeluk kekasihnya dari belakang.

"Gempa... "

"H-huh? Halilintar...? "

"Siapa kata yang aku dah berubah? Aku masih diri aku, Gempa. "

Gempa menatap Halilintar dengan tidak percaya. Dia sangka Halilintar masih tidur di dalam biliknya tanpa berniat untuk bangun sehingga esok pagi. Tetapi nampaknya sangkaannya silap.

Halilintar bangun. Dan sedang memeluknya sekarang.

"Halilintar... Isk.."

"Shh... Kenapa nangis, hm? Sedih sebab kena berpisah? "

Gempa cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Dia membalikkan tubuhnya lalu Gempa memeluk erat tubuh Halilintar dan melepaskan segala tangisannya.

"Tak nak...! Isk... Saya tak nak berpisah dengan Halilintar! Saya... Saya masih sayangkan Halilintar! Saya tak nak! "

Halilintar tersenyum apabila dia dapat mendengar kata-kata jujur dari Gempa. Entah kenapa sebaik sahaja dia mendengar kata-kata itu, ia membuatkan hati Halilintar yang selama ini dihimpit dengan rasa serba salah dan sedih terasa tenang dan bebas.

"I miss you, Gempa. Ini lah pertama kali aku dapat tengok kau menangis dan dekat dengan aku. Maafkan aku... Sebab pentingkan diri selama ni. "

Gempa menggeleng kepala di dalam pelukan mereka.

"Isk.. Isk... Tak.. Ia bukan salah Halilintar. Ia salah saya... Kalau saya beritahu Halilintar apa yang saya buat tempoh hari kita mesti takkan jadi macam ni. "

"Hm? Tempoh hari? "

Gempa melepaskan pelukan mereka dan menatap wajah Halilintar dengan penuh airmata di wajahnya. Halilintar menatap sayang wajah kekasihnya yang cantik itu sebelum dia mula mengusap airmata yang sedang mengalir dari pipinya.

"Hari tu... Saya balik lewat. S-sebab saya ada belikan hadiah untuk Halilintar... "

"Hadiah? "

Gempa menganggukkan kepalanya dan menoleh ke belakang. Dia mencapai sebuah kotak yang dibalut dengan rapi lalu diberikan kepada Halilintar.

"Apa ni? "

"Halilintar buka lah. "

"Gem, ini... "

"Hehe... Saya belikan ni hari tu. Sebab hari tu gaji saya baru keluar, jadi saya terpaksa kerja lebih masa untuk dapatkan duit dan belikan gelang ni. "

"Tapi ini... Mahal. "

Gempa menggelengkan kepalanya dan kembali memeluk Halilintar sambil dia memakaikan gelang tersebut pada tangan Halilintar.

"Selama ni Halilintar yang belikan segalanya kepada saya. Jadi saya ingin membalasnya. Walaupun tidak seberapa..."

"Apa maksud Gem tidak seberapa? Ini sudaj cukup untuk membuatkan aku sangat gembira. "

Gempa mendongak dan memandang Halilintar dengan sinaran di wajahnya.

"Betul? "

Halilintar tersenyum dan menarik wajah Gempa untuk mencium bibir kekasihnya. Gempa tidak menolak dan menerimanya dengan senang hati. Mereka sudah lama tidak menikmati saat-saat manis seperti ini dan memandangkan suasana amat sesuai, jadi apa salahnya?

❄◆◇◆◇◆♥◆◇◆◇◆❄

"Jadi Gem buat pokok Christmas sebab nak bagi kejutan? Sebab Gem ingat ini hari terakhir kita bersama? "

"Ya... Saya fikir mungkin itu adalah ucapan selamat tinggal yang terbaik. "

Halilintar memuncungkan bibirnya dan mencubit pipi tembam kekasihnya dengan geram.

"Aduuu! Sakit... "

"No more selamat tinggal! Aku takkan benarkan Gem pergi. "

Halilintar menarik Gempa dan memeluk tubuh kekasihnya dengan erat. Tingkahlakunya yang nampak seperti kebudak-budakan itu berhasil membuat Gempa tertawa geli hati. Gempa pun membalas pelukan Halilintar dengan sama-sama memeluk tubuhnya dengan erat.

"Uhhmm... Halilintar? "

"Hm? "

"Adakah ini bermaksud kita tak jadi berpisah? "

"Siapa kata kita berpisah, hm? Kita mana ada berpisah. "

"Tapi-"

Halilintar mencium bibir Gempa untuk membuatkan kekasihnya terdiam dari ingin berkata-kata.

"Shhh... Malam ni malam Christmas, kan? Kita dah lama tak dapat menikmati saat-saat macam ni. "

Gempa tersenyum melihat wajah kekasihnya yang kelihatan begitu manis disinari cahaya rembulan pada malam yang indah itu. Kini mereka sedang duduk atas sofa di dalam apartment yang menghadap ke arah beranda dan menikmati coklat panas sambil melihat malam Hari Natal yang kelihatan begitu meriah sekali disambut oleh seluruh masyarakat.

"Gem, I'm sorry for everything. Aku terlalu ingin berjaya sehingga aku lupakan kau yang selama ini setia menjaga dan menunggu. "

Gempa tertawa dan mengeratkan lagi pelukannya pada badan Halilintar.

"Takpe. Saya dah cukup gembira kerana kita dah kembali seperti sedia kala. "

Halilintar tersenyum dan mencium dahi Gempa. Sekadar untuk meluahkan rasa sayangnya terhadap kekasih yang dia cintai itu.

"Oh, Halilintar tengok! "

"Hm? "

Halilintar menoleh keluar beranda untuk melihat apa yang sedang ditunjukkan oleh Gempa. Dan itulah pertama kalinya dia dapat melihat salji turun dengan begitu indah di malam Hari Natal.

"Salji... "

"Salji pertama. Untuk kita berdua. "

Halilintar menoleh ke arah Gempa yang ternyata sudah memandang ke arahnya. Dia pun tersenyum dan mengangguk setuju. Biarpun mereka sudah bersama selama 2 tahun, tetapi itulah saat-saat yang paling manis yang dapat mereka rasai. Sebenarnya segalanya amat manis bagi mereka kerana setiap hari mereka seperti menyambut ulang tahun mereka bersama dengan penuh kegembiraan. Tetapi untuk hari ini lain pula cerita.

Halilintar dan melihat salji pertama turun bersama-sama Gempa. Berdua di dalam pelukan masing-masing.

Halilintar mengalihkan pandangan Gempa dengan menarik dagunya untuk memandang ke arahnya. Dapat dia lihat, wajah indah Gempa bersinar terang di bawah cahaya purnama malam itu. Dan mata keemasannya begitu terang bersinar di dalam kegelapan yang sunyi namun hangat.

Tiada kata yang keluar dari mulut mereka melainkan mereka saling menatap antara satu sama lain dan mula mendekatkan jarak wajah mereka berdua. Halilintar dan Gempa saling memejamkan mata masing-masing dan bibir mereka pun mula bertemu.

Halilintar mencium bibir Gempa yang sudah lama tidak dia rasai itu. Terasa seperti bertahun-tahun dan berabad lamanya dia tidak dapat merasai bibir manis Gempa yang lembut itu. Halilintar rindu. Rindu dengan segala yang pernah dia lakukan selama ini berdua dengan Gempa.

Dan mulai dari malam itu, Halilintar sudah bertekad untuk membaikkan semula keadaan mereka dan memulihkan keadaan untuk menjadi seperti sedia kala. Begitu juga dengan Gempa. Dia ingin sentiasa berada di sisi Halilintar supaya kekasih tercintanya itu tidak akan sendirian di dalam hidupnya. Terutama bermula dari salji pertama mereka ini.

"Love you, Lyubov'. "

"Love you too, Mio Marito. "

◆◇♥TAMAT♥◇◆

⛄❄◆◇◆◇◆♥◆◇◆◇◆❄⛄

Jaaannggg!! 🎉🎉

Selamat Hari Natal/Merry Christmas bagi yang menyambutnya. Dan selamat menyambut Tahun Baharu dari author Ani!

Maafkan Ani kalau cerita oneshot kali ini tidak seberapa tapi Ani harap korang semua enjoy membacanya! 😆💕

Terima kasih sudi membacanya! Bye! 😆💕

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top