7
"Ehem."
Tanpa perlu menoleh ke tepi pun, Seul sudah tahu siapakah gerangan yang baru saja berdehem perlahan itu. Siapa lagi kalau bukan Lee Haechan.
"Ada orang marahlah." sengaja Haechan ingin mengusik Seul.
"Tak payahlah cakap dengan aku!"
Yang dibentak, tidak berkecil hati. Sebaliknya Haechan sekadar menggelengkan kepala dengan perlahan apabila melihat kelakuan Seul itu.
Ini Seul berkelakuan seperti ini, tidak lain, tidak bukan mesti kerana Seul masih marahkan Haechan kerana sudah memberikan hukuman pada Seul kelmarin.
Seul tahu yang dia tiada hak untuk marahkan Haechan kerana Haechan itu hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pengawas.
Tapi tetap saja Seul sakit hati dengan Haechan. Haechan itu satu-satunya kawannya. Tidak bolehkah kalau sekali saja Haechan melepaskannya.
"Aku tahu kau ni kawan aku. Tapi kau jangan lupa yang aku ni pengawas. Jadi sama ada kau suka atau tak, aku tetap kena bagi hukuman pada kau kalau kau dah langgar peraturan sekolah."
Untuk pertama kalinya, Haechan menggunakan nada serius apabila berbual dengannya dan hal itu membuatkan Seul semakin berasa kecil hati dengan lelaki itu.
"Ya aku tahu. Tak perlu nak ulang banyak kali sebab aku bukan pekak pun."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top