3
"Sedap kan makanan hari ni?"
Seul buat pekak. Tidak mahu berbual dengan Haechan yang kelihatan sedang duduk di depannya. Mengisi perut dengan makanan yang berada di dalam dulang.
"Eh hello. Tak ada orang ke? Kenapa tak balas? Aku tengah bercakap dengan kau tahu. Bukan dengan tunggul kayu."
"Kau ni kenapa ya? Tak boleh ke kalau sehari tak kacau aku?" soal Seul kesal.
"Ya tak boleh. Aku rasa macam hari aku ni tak tenang kalau sehari tak kacau kau."
Seul mendengus kasar. Walaupun kesal dengan Haechan. Terpaksa Seul suap juga makanan di dalam mulut memandangkan sekarang ini dia sedang lapar.
Sungguh Seul rasa macam mahu saja memukul kepala Haechan. Tapi terpaksa Seul tahan kerana sekarang ini mereka sedang berada di kantin sekolah.
"Seul, apa beza kau dengan cicak?" soal Haechan walaupun dia tahu yang sekarang ini Seul malas mahu melayannya.
"Manalah aku tahu."
"Kalau kau nak tahu, cicak tu melekat di dinding. Tapi kau melekat di hati aku."
"Pickup line zaman bila tu?"
"Tak kisahlah pickup line zaman bila sekalipun. Asalkan pickup line aku tu sampai dekat hati kau." ujar Haechan sambil mengangkat kedua belah kening sendiri ke atas berkali-kali.
"Dasar gila!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top