10
Beberapa tahun selepas itu,
"Hai Lee Haechan."
Seul ketika ini sedang sedang berdiri di depan tempat penyimpanan abu mayat Haechan dengan kedua hujung mulut yang mula terangkat ke atas.
"Kau apa khabar?"
"Aku sihat saja di sini."
"Kau tahu, aku rindu kau sangat."
"Dan aku tahu, kau pun rindukan aku."
Sempat Seul melepaskan tawa halus walaupun sekarang ini hanya Tuhan dan dia seorang saja yang tahu betapa sedih, marah dan hancurnya dia.
"Kenapa kau pergi cepat sangat?"
"Bahkan kau pergi tanpa tahu yang kaulah orang yang aku suka selama ni."
Masih Seul ingat dengan jelas yang Haechan kena langgar dengan sebuah kereta tepat di depannya membuatkan seluruh badan Seul jadi kaku waktu itu.
"Aku nak kau tahu, walaupun masa zaman sekolah dulu, kau selalu kacau aku dan buat aku marah. Tapi itu tak menghalang aku dari simpan perasaan pada kau."
"Aku sayang kau, Haechan. Sayang sangat-sangat. Tapi aku tetap tak boleh nak buat apa-apa bila Tuhan kata umur kau hanya setakat itu."
Seul menahan diri dari menangis kerana dia sudah berjanji dengan Haechan dulu yang dia tidak akan menangis lagi kalau mereka berjumpa lagi di sini.
"Lee Haechan, cinta pertama aku."
"Aku doakan kau supaya tenang di sana."
"Aku sayang kau."
"Dan selamanya akan sayang kau."
·
the end.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top