1

"Kim Seul!"

"Apa─ argh!"

Seul menjerit kuat apabila Haechan menunjukkan seekor cicak tepat di depan mukanya. Tidak peduli cicak itu hidup atau mati. Tapi tetap saja Seul takut.

"Jangan dekat!" Seul meninggikan suara apabila merasakan yang Haechan sedang membuka langkah ke depan.

"Ambil ni." Haechan membaling cicak yang sudah mati itu di atas bahu Seul.

"Lee Haechan, ambil semula cicak tu! Aku geli tahu tak?!"

"Tak nak!"

Bukan mendengar permintaan Seul. Sebaliknya Haechan melepaskan tawa halus. Entah kenapa seronok betul Haechan dapat mengenakan Seul.

"Ambil semula cicak ni, bodoh!"

Sungguh Seul rasa macam mahu menangis saja di situ. Seul betul-betul dibuat geli dengan binatang yang namanya cicak. Geli sangat-sangat.

"Menangis dulu. Baru aku ambil semula cicak tu." suruh Haechan sambil melipat kedua tangan di dada.

"Haechan─"

"Aku serius. Kau menangis dulu. Lepas tu baru aku ambil semula cicak tu."

Seul memandang Haechan dengan pandangan tajam. Rasa takut pada cicak tadi seolah hilang ditelan bumi. Betul-betul kesal dengan Haechan.

"Kau tahu, kau memang dah melampau sekarang ni, Lee Haechan!"

·

hai cuma nak bagitahu, aku taip fanfic ni sejam saja. jadi abaikan segala kekurangan dalam fanfic ni. apa pun, selamat membaca

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top