❛3❜ ᶠⁱʳˢᵗ ᵍⁱʳˡ
Jaehyun POV
Selepas program tadi , aku terus berjalan pulang ke tanpa Jungkook dan Yugyeom . Katanya nak pergi cafeteria kejap .
BUKK !!
Bahagian belakang aku dilanggar oleh seseorang . Kuat juga hentamannya , sakit jugalah .
"Kau tak pape ?"
Soal aku sebaik saja aku pusing belakang menghadap orang yang melanggar belakang aku .
Wait...ni bukan ke kawan Jieun yang tegur Jungkook dalam dewan tadi ? Jangan ingat aku tak dengar ye dia tegur Jungkook pedas tadi .
"Ahh aku ok"
Katanya dengan mata terbeliak seakan nampak hantu lalu dia pergi . Aku hanya memerhati dia berjalan laju memasuki bangunan asrama pelajar perempuan .
Tetiber Mingyu merangkul bahu secara mengejut . Buat terkejut aku jelah dia ni alahai perangai .
"Eh baju kau ada kesan lipstick lah . Ehem siapa yang confess kat kau seawal gini ? Ceritalah sikit"
Mingyu sudah tersengih jahat memandang wajah aku yang kelihatan blur . Eun Woo pun turut serta tersenyum memandang aku .
Otak aku cuba memproses macam mana ada lipstick kat baju aku . Oh ya ! Ni sebab kawan Jieun tu lah tertabrak belakang aku .
"Maybe ada orang nak kenakan aku kot"
Nafi aku . Da lah kawan Jieun tu asyik kena attack je dengan dorang , takpe kalini aku back up dia . Kesian pula sehari asyik kena kacau je .
"Ye je kau ni ? Tak mungkinlah orang nak kenakan kau"
Mingyu kelihatan tidak percaya . Susah betul nak yakinkan dia ni . Aku mengelengkan kepala kepadanya .
"Betullah . Da lah jom , masuk dorm"
Aku terus menarik mereka berdua memasuki bangunan pelajar lelaki nanti banyak soal pula dorang ni .
——♥——
Malam pun menjelma , 8.30 malam nanti kami semua perlu ada di dewan tepat pada waktunya .
Aku segera menyarungkan tshirt putih barulah memakai hoodie berwarna hitam . Rambut di sikat ke belakang , dahi on gitu .
"Winwin , lambat lagi ke kau mandi ? Da nak 8.30 malam ni"
Yup , Winwim roommate aku . So , selaku rakan sebilik dia , apa salahnya kalau mengingatkan dia kan ? Even aku tahu kitorang tak berapa rapat .
"Aku da siap pakai baju dalam toilet . Kalau kau nak pergi dulu , pergi jelah"
Kata Winwin yang sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala . Tak sampai hati pula nak tinggalkan dia , jadi aku decided nak tunggu je dia .
"Winwin , aku ada soalan nak tanya kau ni"
"Apa dia ?"
Aku agak ragu juga nak tanya dia . Takut kalau dia fikir lain pula , aku tak bermaksud benda lain pun .
"Apa nama kawan Jieun tu ?"
Winwin berhenti daripada aktivitinya lalu memandang aku . Dia mula bercekak pinggang dan pandang aku dengan muka tidak percaya .
"So siapa yang suruh kau tanya ? Jungkook ? Mingyu ? Yugyeom ? Atau Eun Woo ? Atau kau nak tahu sendiri ?"
Nampak sangat dia tak percaya aku . Kemudian , aku mula berdiri dan memasukkan kedua dua tangan ke dalam poket seluar .
"Aku tanya takde kaitan dengan dorang semua . Aku yang nak tahu sendiri"
"Anais . Anais Park"
Kata Winwin dengan tangannya mencapai beg kecilnya lalu bergerak ke pintu bilik . Eh aku tunggu dia last last ditinggalkan pula .
Segera aku mengejarnya sebelum dia jauh dari aku . Nasib baik aku sempat kunci pintu , kalau tak memang habis barang kena rembat .
Anais POV
Untuk program malam ni , aku cuma pakai contact lens jernih sebab tak berapa gemar pakai cermin mata malam malam . Taktahu kenapa tapi memang aku tak berapa suka .
Kecuali baca buku atau buat kerja tu ok je pakai cermin mata . Setelah mengunci pintu , aku membetulkan cardigan sebelum bergerak ke dewan .
Hana pula sudah keluar awal , hm kenapalah dia tak friendly ? Nak bergaul dengan dia pun susah .
Di luar bangunan asrama perempuan , mata aku meliar mencari figura Jieun tapi takde langsung .
But nasib baik juga Winwin keluar time aku tengah cari Jieun . Boleh jalan saing dengan dia .
"Winw...win..."
Panggilan aku menjadi semakin pudar apabila terlihat lelaki yang aku langgar petang tadi jalan bersama Winwin .
"Eo ? Anais !"
Sahut Winwin sambil memanggil aku supaya datang dekat dengannya . Baru saja aku nak lari daripada mereka , Winwin sudah panggil .
Dengan terpaksa , aku berjalan dengan mereka ke dewan . Kenapalah dia tak jalan dengan geng dia ? Kenapa mesti Winwin ?!
Kalaulah tetiber geng dia yang lain muncul , memang tak bau keamananlah gamaknya .
"Bergaya kau malam ni . Nak pergi date ke acaner ?"
Gurau Winwin . Tersedak air liur dia kata date , automatik tangan aku memukul lengan Winwin perlahan .
"Eiii date apanya . Kebanyakan baju yang aku bawa kena gosok , so baju ni takyah gosok . Tu yang aku pakai je"
Alasan aku . Walhal ada je baju lain tapi semangat nak bergaya malam ni lain macam . Sebabtu aku pakai baju ni .
Di dewan , ternyata Jieun sudah sampai awal dengan roommate nya . Hana yang berada tidak jauh dari Jieun sedang bergurau senda dengan kawannya . Haihh jealous nya .
"Baiklah , sila duduk dalam kumpulan petang tadi ye ?"
Arah kakak senior tadi . Aku da tercengang habis . Aku tak rela nak satu kumpulan dengan dorang lagi !
"No way ! Tak naklah satu kumpulan...."
Percakapan aku jadi tergantung apabila tersedar lelaki yang satu kumpulan dengan aku masih bersama kami berdua .
Aku terus bergerak ke kumpulan nombor 3 yang sedang membentuk bulatan . Aku pun menyertai mereka semua dengan berdiri di sebelah seorang perempuan yang ada juga menegur aku petang tadi .
Tapi apa yang aku takleh terima , ada banyak tempat kenapa sebelah aku juga dia nak berdiri ? I cant understand !
Dan apa yang lagi aku tak boleh terima , Jungkook dan Yugyeom mula memasuki kumpulan lalu berdiri di sebelah lelaki yang berdiri di sebelah aku ni .
"Eh Cik Jangan Kacau Aku , lawanya awak . Suasana malam ni indah , nak tak kita pergi beradu asmara ?"
Ayat lelaki pervert dikeluarkan oleh Yugyeom . Ya Tuhan tingkatkan tahap kesabaran aku .
Bagi sikit Jaehyun X Anais interaksi scene 🌚 nanti ada banyaklah tu hehe
+vote+comment+
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top