❛27❜ ᶠⁱʳˢᵗ ᵍⁱʳˡ
Beberapa minggu kemudian , surat jemputan virtual sudah diedarkan kepada pelajar pelajar senior dan juga junior .
Anais memandang jemputan itu lama , dia tak rasa yang dia patut pergi . Ini hanya membazir masa dia melihat wajah Soobin .
KRINGG !!
Panggilan masuk dari Jieun membuatkan dia terkejut sedikit . Button hijau ditekan lalu telefon ditekapkan pada telinga kanan .
"Eo Jieun , kenapa ?"
"Kau pergi tak party tu ?"
Jieun ni seolah tak faham kawannya pula . Dia tahu kot bahawa Anais tidak berkenan dengan Soobin tapi ini kedengaran teruja je nak pergi party anjuran lelaki tu .
"Kau rasa apa ? Memang taklah aku nak pergi"
"Anais , jomlah kalini je . Aku yakin 5 orang lelaki pujaan wanita tu pergi dan nak pula ni first party bagi batch kita en"
Kata kata Jieun sangat memberangsangkan tapi Anais terus menidakkan niatnya hampir bertukar .
"Jieun , no . I cant . Kau pergi jelah dengan Winwin"
"Hmm oklah kalau kau da kata begitu"
Sayu saja Jieun berkata , tak best lah kalau tak pergi dengan bff . Sudahlah party pertama mereka tapi begini lak ceritanya .
Bila difikirkan balik , rajin betul Soobin nak hantar surat jemputan virtual tu kepada sorang ke sorang . Banyak betul kerja dia .
30 minit kemudian , Anais berdiri untuk membuat sedikit regangan memandangkan dia sudah lama duduk menyiapkan assignment yang due date esok .
TINGG !!
Message from Winwin.
Tepat saja Anais menyiapkan kerjanya , Winwin menghantar mesej kepada dia . Notification tersebut ditekan tanpa ragu ragu .
From : Winwin
Text : Anais , kau memang taknak pergi ke ? Ni parti pertama kita tau , tak syoklah kalau sorang tercicir ಥ╭╮ಥ
Sakit pula kepala bila membaca mesej Winwin , cepat betul Jieun mengadu kepada lelaki ni .
To : Winwin
Text : Bukan aku taknak , ada jantan tulah . Aku tak suka
Sent.
Tilam ditepuk tepuk untuk membuang habuk lalu Anais membaringkan diri . Plushie kucing dipeluk erat sambil menantikan balasan dari Winwin .
Keesokan paginya , Anais menarik pintu bilik ke dalam setelah selesai memakai kasut .
"AIGOO KAMCHAGIYA ! Jieun , janganlah bagi kawan kau ni sakit jantung"
Keras nada Anais menegur Jieun . Pepagi buta da bertenggek depan pintu bilik Anais dan Hana , memang ada niat disebaliknya .
Jieun tanpa segan silu merangkul lengan Anais sambil tersenyum lebar . Gadis itu bukan taktahu apa yang Jieun nak hm .
Selepas mereka duduk di dalam dewan kuliah , Winwin dan Jieun saling memandang Anais yang berada di tempat duduk tengah diantara mereka berdua .
"Korang nak pandang aku sampai tahun depan ke ?"
"Selagi kau tak pergi , selagi tu kitorang pandang kau"
Ujar Winwin kedengaran seperti mengugut Anais . Lama juga mereka memandang gadis itu sehingga mengalir peluh di dahi .
"ISY OK FINE !"
Terpaksa . Winwin dan Jieun bersorak gembira apabila lampu isyarat hijau diberikan daripada Anais .
•••
Ketikan di keyboard laptop semakin laju oleh Jaehyun apabila slide show pensyarah menjadi laju .
"Apa yang laju sangat taip tu ? Sampai typo pun berlambak . Tengok aku ni , work smart bukan work harder"
Kata Mingyu dengan bangga . Memang mudah kerja dia , rakam saja apa yang pensyarah terangkan di depan tapi tulah , balik asrama bukan study sangat .
"Ye , Mingyu . Kau memang genius tahap Donald trump"
Mingyu memberikan reaksi 'wtf' , dalam banyak orang Donald trump jugak yang dia nak petik .
"Lepasni , jom ajak Anais dan member lain cari baju untuk parti tu nanti"
Bisik Mingyu yang betul mengganggu konsentrasi Jaehyun . Lelaki itu angguk saja apa yang rakannya katakan .
1 jam kemudian , subjek math sudah tamat . Mereka berdua berjalan menuju ke dewan kuliah Anais memandangkan agak dekat lokasinya .
Tepat pada masanya , Anais bersama 2 orang kawannya berjalan keluar dari dewan kuliah .
"Anak pakcik Park oii !"
Panggil Mingyu membuatkan mahasiswa yang lalu di situ memandang dia tajam . Dia panggil nama surname bukan nama ayah Anais , memanglah orang pandang . Orang lain pun ada nama surname Park hmm .
"Kyaaa kok sirius panggil orang begitu ? Kan dia ada nama sendiri"
Jaehyun memukul perut Mingyu , cuba bayar insuran mulut tu kasi konsisten . Takdelah jahat nau ayat yang keluar dari mulut .
"Wassup ?"
Sapa Anais yang berada di hadapan mereka dengan muka malasnya . Ada masa ekor mata Anais memandang sekeliling mereka , orang pandang macam dorang ingat mereka tengah buat jual beli dadah .
"Kau pergikan parti tu ? Jomlah , kita pergi cari baju"
Soal Mingyu dengan gembira . Anais taknak tolak sebab memang ada barang yang perlu dibeli tapi apa boleh buat , dia ada kelas lepasni .
"Takpelah , korang pergi jelah . Aku boleh pergi dengan 2 ekor budak ni"
Balas Anais sambil silih berganti memandang wajah Winwin dan Jieun . Pudar terus wajah Mingyu dan....Jaehyun .
"Lahhh ada kelas ke pasni ?? Hmm oklah , apa boleh buat . Kalau macam tu , kitorang pergi dulu"
Ujar Mingyu seperti kecewa . Maka mereka berdua jalan berlalu pergi meninggalkan 3 orang tersebut .
Meronta juga hati Anais sebab nak ikut mereka tapi apa yang mampu dia buat kan ? Universiti ni bukan milik keluarga dia .
Apa khabar semua ?
Hampir 4 bulan lebih aku tak update ff ni , sorry sesangat . Ada masa aku bebetul hilang semangat (っ˘̩╭╮˘̩)っ
+vote+comment+
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top