❛26❜ ᶠⁱʳˢᵗ ᵍⁱʳˡ
Lusa , Jaehyun mencadangkan keluar bersama sama di Lotte World memandangkan dia ada diskaun member . Semuanya menaiki kereta memasing kecuali Yugyeom tumpang Mingyu dan Anais tumpang Jungkook .
Di Lotte World , Jaehyun pergi membeli tiket untuk mereka berenam bersama Jungkook . Lagi 4 orang , duduk di sebuah bangku yang disediakan oleh taman tema tersebut sambil menunggu 2 orang lelaki itu .
"Korang nak naik apa tho ? Pirate ride ?"
Soal Eunwoo sambil dalam fikiran ligat memikirkan wahana yang bakal mereka naik . Dalam Lotte World ni boleh tahan banyak permainannya .
"Aku nak naik roller coaster"
Tiga jejaka memandang Anais bagai tidak percaya . Pelik juga gadis itu dibuatnya , salah ke naik roller coaster ?
"Apa ? Kalau naik pirate ride bukan lebih kurang sama ke dengan roller coaster ?"
Kata Anais lagi dan mereka bertiga angguk saja sebagai respon . Tidak lama kemudian , Jaehyun dan Jungkook kembali lalu mengajak mereka memasuki taman tema tersebut .
"So nak naik apa dulu ?"
Kini , giliran Jungkook menyoal soalan seakan sama dengan soalan Eunwoo kepada mereka semua .
"Roller coaster ! C'mon lah guys"
Ujar Anais yang sudah tersenyum jahat sambil memerhati satu persatu wajah rakan rakan lelakinya .
Akhirnya , mereka ikutkan saja . Bukan , mereka terpaksa sebab Anais tak habis habis paksa dorang .
"Baiklah , tuan puan silakan duduk ye ?"
Pekerja yang menjaga roller coaster tu mengalukan kami untuk duduk di permainan itu . 'Alatan pertahanan' mula turun merapati erat badan para penumpang .
Boleh dikatakan hampir meletop jantung mereka apabila pekerja itu mula mengira kiraan yang bakal melepaskan tunggangan wahana tu .
Roller coaster mula bergerak sederhana kuat mendaki punca tinggi yang berada di depan mereka . Tiba di puncak , 'bobsleigh' itu bergerak perlahan mendekati detik detik yang dinantikan para penumpang wahana tu .
1 , 2 , 3 !!!
Mahu je tercabut jantung para jejaka tampan 97' liners . Anais ? Dia nampak gembira je :)
15 minit kemudian , mereka semua sudah turun dari kawasan roller coaster . Entah mengapa Anais rasa nak buang air kecil , angin sejuk sangat agaknya time naik natang tu .
"Aku pergi tandas jap"
Kata Anais supaya mereka tahu keberadaan gadis itu . Semua mengangguk dan mula melihat ke semua permainan .
Yugyeom pula sempat usya awek yang sedang berbual dengan kawannya dan ada masa dia pandang Yugyeom . Kemain senyum sumbing melihat gadis yang tidak jauh dari dia .
"Amboi kau . Orang lain tengah decide nak naik apa , kau sesedap cukup rasa je usya awek tu"
Tegur Mingyu dengan pukul perlahan di dada Yugyeom membuatkan lelaki tu tersentak sedikit .
"Apa boleh aku buat ? Senyuman dia manis sangat"
Alasan Yugyeom memberikan Mingyu berasa ingin menyebut Baka Like Eren Yeager .
"Weh weh weh tu ! Anais"
Jungkook membuatkan mereka suspend lalu mencari kelibat Anais dengan cemas . Manalah tahu ada benda yang berlaku kat dia , sudahlah dia sorang je anak dara pastu di jaga 5 orang lelaki .
Anais baru saja keluar dari tandas dan beberapa orang lelaki menahannya . Hampir saja Anais ingat mereka tu adalah 97' liners .
"Hai . Saya dari tadi perhatikan awak , saya rasa hati saya da terpaut dengan awak"
Sejujurnya , Anais pandang lelaki tu dengan pandangan jijik . Boleh nampak jelas srs dan mengharapkan dia fahamlah apa yang Anais maksudkan .
"Ohh saya taknak ambik masa awak lama . Boleh tak saya nak nombor...telefon awak ?"
Seakan tidak percaya , lembap jugak mamat ni nak tangkap reaksi Anais or maybe dia tahu tapi buat taktahu .
Lelaki tu menghulurkan telefonnya kepada Anais untuk menaip nombornya . Anais dengan senyuman creepy nya mengambil telefon tu lalu menaipkan nombor seseorang .
"Saya call tau"
Anais mengangguk laju dan rasa gembira bila dia dapat kenakan lelaki tu . Ada lah laki tu tunggu bunyi ringtone telefon Anais tapi dia acah angkat panggilan lelaki di depannya .
"Hello"
Jaehyun muncul di belakang Anais sambil menerkapkan telefonnya di telinga . Rupanya , Anais memberikan nombor telefon Jaehyun . Tu yang lelaki tu muncul terus belakang Anais memandang tepat anak mata lelaki yang cuba hit on Anais .
"Ohhh sorry sorry"
Lelaki tu segera beredar bersama kawannya dengan rasa malu . Senang hati Anais tengok sekumpulan lelaki tu rasa malu .
"Nasib baiklah , kau angkat . Kalau tak , nanti nampak macam aku ni scammer"
Ujar Anais kepada Jaehyun yang sudah tersenyum mendengar kata kata Anais . Lalu mereka bergerak menyertai member yang lain yang sudah bergerak ke kedai makan .
"Datang pun korang . Ni kitorang da orderkan untuk korang . Corndog ok kan ?"
Anais dan Jaehyun mengangguk dengan soalan Mingyu sebagai respon . Baru naik satu permainan da lapar :/
Setelah mereka puas bermain di Lotte World , mereka bercadang nak terus makan ramyeon di tepi Sungai Hangang sambil menikmati keindahan alam sekitar dan matahari terbenam .
30 minit kemudian , mereka tiba dengan selamat . Kedai serbaneka yang berada di Sungai Han sesak sebab mereka berenam je . Kecoh , bingit semua ada sebab ada yang bergaduh pasal ramen samyang yang tinggal sepaket .
"Guys , tolong ada rasa malu sikit . Kedai orang niiii"
Ujar Anais yang sudah menebalkan muka . Sekarang ni takleh nak masuk air bersama sebab buat malu diri je .
Meja yang terletak di luar kedai serbaneka itu menjadi pilihan mereka . Keadaan Sungai Han meriah disebabkan budak main kejar kejar , orang berkelah , ada jugak orang berbasikal .
"Tenangnya rasa even ramai orang . Kan Anais ?"
Kata Jungkook yang duduk di sebelah Anais . Gadis itu mengangguk tanda setuju dengan pernyataan Jungkook .
Mana tak tenangnya , keadaan di universiti sangat menyerabutkan kepala pastu tadi mereka di tempat yang sesak , memang tak tenang kepala .
"Aku harap one day , kita semua dapat picnic bersama sama dan bawa pasangan memasing"
Ayat terakhir Anais sungguh membuatkan mereka tersedak ramyeon . Sampai situ lak dia fikirkan , dorang nak dapatkan awek pun susah sekarang sebab memasing busy dengan hal peribadi . Nasib exam da lepas .
Semalam aku dapat vaksin dos 2 , tangan aku lenguh bhai . Btw sorry sebab da lama tak update ff ni 🥺
Ni terjadi sebab aku da start stan enhypen dan mem-published ff Jay enhypen 🙃 ada masa singgahlah baca huhu
+vote+comment+
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top