❛2❜ ᶠⁱʳˢᵗ ᵍⁱʳˡ
Tajam saja mata Anais dan Winwin memandang Jungkook yang tak habis habis mengacau Jieun .
Orang tengah berucap kat depan , dia boleh pula berflirting kat belakang . Apa dia ingat universiti ni milik dia ?
"Maafkan saya , Encik Jeon . Saya tak boleh dengarlah apa yang Tuan Pengarah ucap kat depan . Boleh tak encik senyap sikit ?"
Sinis saja teguran Anais . Jangan ingat orangnya nampak baik di luar tapi hakikatnya agak jahat di dalam .
"Ohhh siapakah ini ?"
Jungkook smirk memandang Anais . Ya Tuhan , ni betul buaya darat . Asal boleh nak usya orang dalam majlis begini .
Kemudian , lelaki sebelah Jungkook iaitu Mingyu pula pusing ke belakang memandang mereka bertiga dengan senyuman.....kecil .
"Patutlah lama semacam kau pandang belakang . Eh yoww Winwin bro !"
Sapa Mingyu dengan mengangkat tangannya kepada Winwin seakan lelaki disebelah Anais tu berada jauh darinya .
"Boleh tak korang pandang depan dan fokus apa yang tuan pengarah cakap ?"
Dingin saja Winwin tegur mereka berdua . Alih alih di jelingnya Winwin lalu memandang hadapan . Gedik je .
——♥——
Selepas mendengar ucapan Tuan Pengarah , semua pelajar dibenarkan menuju ke asrama memandangkan mereka belum mengetahui dimana bilik mereka .
"Srsly aku berharap sangat dapat sebilik dengan kau , Anais"
Luah Jieun dengan bibirnya terjuir ke depan . Bukan dia taknak sebilik dengan pelajar lain tapi dari tadi Jieun asyik dijeling oleh pelajar lain . Terasa diri dia .
"Ye tho . Kalau korang sebilik , boleh aku pecah masuk bilik korang . Lepak sampai malam"
Kata Winwin selamba saja . Ceria kembali Jieun dibuatnya bila Winwin kata begitu tapi tidak pada Anais , dia tak biasa kalau lelaki kata or buat begitu . Dia akan rasa laki tu pervert......
Tiba saja mereka bertiga di asrama lelaki dan perempuan , mereka mula berpisah . Anais dan Jieun ke arah kiri dan Winwin ke kanan .
Di kaunter pendaftaran bilik , dua gadis itu memeriksa nama mereka . Tiada rezeki untuk menjadi rakan sebilik , mereka saling monyok memandang satu sama lain .
Bilik mereka berdua pula jauh , memang jauhlah perjalanan kalau nak jumpa begini . Tanpa membuang masa , mereka bergerak ke bilik masing masing .
Anais POV
Aku berdiri di depan pintu bilik , aku memutarkan tombol pintu lalu tolak ke dalam . Makcik kaunter tadi kata roommate aku da datang awal dan ambik kunci bilik .
Bila da masuk , terlihat ada 3 orang pelajar perempuan sedang gelak sakan tapi ketawa mereka pudar bila aku masuk .
"Oklah , Hana . Kitorang keluar dulu"
Dua pelajar perempuan pandang aku jeling bhai lalu keluar tanpa bertegur sapa . Apa kena dengan dorang ni ?
"Aku da cop katil ni . Katil kau sana tau"
Kata Hana sambil menunjukkan katil aku . Dia ingat dia orang besar ke buat pemilihan katil tanpa persetujuan aku ?
Bila aku duduk saja atas katil kedengaran bunyi yang kurang enak ye ? Aku perhati saja dia duduk , takde bunyi pun .
Isy apa ni , Anais ? Husnudzon . Manalah tahu dia pilih je tanpa tahu kondisi katil kan ? Segera aku menepis fikiran negatif ke tepi dan mula mengeluarkan cadar dan sarung bantal dari bagasi .
30 minit kemudian , aku sudah bersiap siap untuk turun ke dewan semula disebabkan ada lagi program selepas ni .
Nasib baik time nak ke dewan , aku berjumpa dengan Jieun semula . Takdelah rasa solo je .
"Macam mana roommate kau ? Ok ?"
Soal Jieun ingin tahu . Aku hanya menghela nafas berat bila mengenangkan sikap Hana yang menjengkelkan .
"Tak . Sombong . Senyum pun taknak . Kau macam mana ?"
"Oklah juga roommate aku"
"Untungnya kau hm"
Jieun mula memeluk bahu aku . Terasa macam da kenal lama pula dengan Jieun . Kalau aku , mesti malu kalau peluk orang baru kenal .
Di dewan , giliran akak abang senior pula yang menguruskan kami . Mereka suruh pelajar membahagikan kumpulan kepada lima .
Aku rasa nasib aku malang . Aku satu kumpulan dengan tiga orang geng buaya darat tu tapi aku kenal sorang je , Jungkook dan yang lagi dua aku tak kenal .
Jieun dan Winwin pula asing asing kumpulan . Kenapalah nak berasingan ? Aku lonely lah .
"Baiklah , kumpulan 3 sila ikut akak Hyura ye ?"
Arah sis Taerin . So , kumpulan 3 adalah group aku . Jadinya kami mula bergerak menuju ke bangunan yang Hyura unnie nak bawa .
"Solo kah ?"
Seseorang berisik di telinga aku dari arah belakang . Sumpah aku terkejut , terhinjut bahu aku lalu memandang belakang .
W.H.A.T T.H.E F.I.S.H ?!
Jungkook and the gang ! Aku mengharapkan dorang takkan tegur aku but what is this ?!
Aku terus memandang depan dan mula bergerak ke hadapan sikit supaya ada jarak antara mereka bertiga dengan aku but perbuatan itu hanya sia sia belaka .
"Nak lari mana ? Kitakan satu kumpulan"
Kata kawan Jungkook yang lain . Ya Tuhan dugaan apakah ini ? Aku hanya mengendahkan kata kata mereka .
Tetiber je salah sorang dari mereka bertiga merangkul leher aku . Ramai yang memandang kami berdua , aku da terkaku .
"Hai , nama aku Kim Yugyeom . Nama kau apa ?"
Kata lelaki yang merangkul leher aku . Dude , mana manners kau ni ? Kau da lah rangkul aku dalam khalayak ramai gini .
"Nama aku JANGAN KACAU AKU"
Segera aku menepis tangannya dari terus merangkul leher precious aku . Da lah leher aku sensitif alahai . Geli tahu tak ?
Hampir 40 minit , kami satu kumpulan membuat lawatan dan akhirnya berakhir . So Hyura unnie membenarkan kami pulang ke asrama untuk rehat secukupnya sebelum program malam ni bermula .
TINGG !!
Message from Taeyeon.
From : Taeyeon
Text : Macam mana kau kat sana ? Ok ? Keadaan bilik ok ?
To : Taeyeon
Text : Semua ok je . Ni aku baru lepas....
Sekali tengah menaip , aku terlanggar badan seseorang . Semestinya badan lelaki sebab sasa belakang badannya hm .
"Kau tak pape ?"
Tegur lelaki tu . Aku ni pula tengah gosok gosok dahi sebab sakit dan bila bertentangan mata dengannya....
Kawan Jungkook dan Yugyeom tadi tho . Memang takde orang lain ke aku nak langgar ? Aduh .
"Ahh aku ok"
Segera aku melencong dari dirinya dan bergerak pantas ke asrama perempuan tanpa menoleh ke belakang .
922 words hm panjang gak chap ni
Aku tengah dalam mood nak taip sebelum tidur . So inilah dia hehe
Jaljayo 🌙
+vote+comment+
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top