❛17❜ ᶠⁱʳˢᵗ ᵍⁱʳˡ

Kata kata yang dilontarkan oleh Eunwoo membuatkan Hana menjadi marah teramat . Jelingannya menjadi semakin intense memandang Anais yang sudah terdiam seribu bahasa .

"Oh ya ? Tidur tempat lebih mewah ya ? KAU KELUAR SEKARANG DARI SINI SEBELUM AKU HEMPUK KAU PAKAI KERUSI NI !"

Tempik Hana sehingga urat lehernya timbul disebabkan jeritan yang teramat kuat . Tersentak Anais mendengar jeritan kawan sebiliknya itu .

"KAU TUNGGU APA LAGI ?! KELUARLAH !"

Tercabar Anais apabila Hana menghalau dia sedangkan bilik ini bilik Anais juga . Macam dia pula owner bilik ni .

"Sekarang ni , bilik ni milik pihak universiti . Kau takde hak nak halau aku melainkan pihak universiti"

Balas Anais dalam keadaan cuba menahan diri daripada meninggi nada suara . Bersabar jelah ada orang ikut kepala otak dia je .

Hana ni sorang yang panas baran dan degil . Walaupun lahir dalam keluarga sederhana tetapi dia bersikap seperti anak orang kaya . Apa yang dia nak , semua permintaan dia akan ditunaikan oleh ibu bapanya .

Yugyeom dan Jaehyun menyedari keadaan di bilik Anais dan Hana tidak baik , mereka mula berlari menuju ke bangunan asrama perempuan .

Kerusi kayu di meja belajarnya dipegang kuat . Lagi sikit marah dia meletus , memang kerusi tu dia angkat dan baling kat Anais .

"Aku tak kesah pasal hak . Aku benci tengok muka kau , baik kau berambus sebelum kerusi ni naik kat muka kau"

Amaran Hana . Sedikit pun Anais tak berganjak daripada kerusinya , dia tetap akan stay di bilik itu .

Yugyeom dan Jaehyun berhenti di pondok security disebabkan kena tahan . Kalau tak , da lama dia ceroboh masuk cari Anais .

"Eh eh kenapa kamu berdua masuk kawasan asrama perempuan ?"

"Makcik , kawan kami dalam bahaya ! Kawan sebilik dia hampir campak kerusi kat dia !"

Alangkah terkejutnya makcik tersebut mendengarkan kata Yugyeom . Dia mengambil buku untuk menyemak nama dan nombor bilik bersama mereka berdua .

Jieun dan Winwin yang baru pulang dari kuliah memandang Yugyeom dan Jaehyun pelik .

"Ni asal korang kat sini ?"

Soal Jieun ketika mereka sedang mencari nama Anais di buku senarai nama pelajar . Panik saja mereka mencari nama gadis itu dalam beribu nama .

"Anais !"

Terbeliak mata Jieun dan Winwin sebaik saja mendengar nama kawan baik mereka , Anais dalam nada yang cemas itu dari Jaehyun .

Segera Jieun berlari memasuki bangunan dengan diikuti oleh Jaehyun , Yugyeom , Winwin dan makcik security .

Jeritan Hana membuatkan jiran sekitar bilik mereka keluar untuk mengetahui apa yang sedang berlaku .

Kerusi yang dipegang oleh Hana kini sudah di angkat ke udara membuatkan Eunwoo , Jungkook , Mingyu dan Anais terkejut .

"Kau memang cari nahas"

Hampir saja Hana ingin mencampak kerusi tersebut ke Anais , pintu bilik telah ditendang oleh Jaehyun .

"KYA KAMU BUAT APA INI ?!"

Marah makcik security lalu mendekati Hana yang sudah kelihatan seperti psychopath . Winwin berlari ke arah Hana lalu menarik kerusi tersebut sebelum apa apa terjadi .

Pergelangan tangan Anais dipegang lembut oleh Winwin setelah dia meletakkan kerusi di tempat asalnya . Lalu Anais ditarik merapati dirinya dan tangan kanan merangkul bahu kiri gadis itu .

––♥️––

Anais dan Hana kini berada di bilik tuan pengarah disebabkan kejadian tadi , tegang saja situasi dalam bilik tu setelah tuan pengarah memberikan sepatah dua kata kepada mereka but mostly Hana .

"Ini amaran pertama dan terakhir dari saya . Saya berharap awak berdua tidak timbulkan masalah lagi terutama awak , Hana"

Hana hanya menunduk memandang lantai dengan muka cemberut . Berharap sangat Hana tak berdendam dengan Anais , dia pun taknak panjangkan cerita dengan Hana .

"Baiklah , awak berdua boleh bersurai . Ini surat amaran daripada saya , sebelum buat sesuatu , tenung surat saya dulu"

Anais dan Hana menyambut huluran surat tersebut dengan sopan lalu mereka berdua menuju ke pintu bilik untuk beredar .

Niat Hana nak marah Anais balik bila da keluar tapi tak jadi sebab Yugyeom , Jaehyun , Winwin dan Jieun sedang menunggu gadis itu .

"Tuan pengarah cakap apa ?"

Soal Jieun sebaik saja melihat Anais yang baru keluar dari bilik lelaki berpangkat itu . Anais mengangkat surat tadi dan itu membuatkan mereka berempat terkejut .

"Kau kena buang ke tho ?!"

Soal Yugyeom . Terbeliak biji matanya melihat envelope tersebut , takleh brain dia bila budak freshman kena buang .

"Bukanlah . Ni surat amaran"

Balas Anais dan mereka semua lega mendengarkannya . Cuba bayangkan kalau betul Anais dibuang , mana dia nak letak muka cantiknya .

"Tch !"

Hana berdecit lalu meninggalkan mereka dengan sombongnya . Jieun awal awal lagi memberikan jelingan kepada Hana .

––♥️––

Tepat 7.00 pagi , Anais sudah meninggalkan biliknya disebabkan nak pergi sarapan dengan Jungkook serta yang lain .

Kalau Jungkook dan Eunwoo tidak memujuk Anais , memang taklah dia nak pergi tapi nasib baik Winwin dan Jieun sertai mereka sekali .

Di Kyul cafe , mereka tiba secara serentak kerana sudah dipesan awal oleh Jungkook untuk tiba tepat pada waktu yang ditetapkan .

Kemeja putih dibetulkan sebelum melabuhkan punggungnya manakala ipad serta bukunya diletakkan perlahan atas meja dengan perlahan .

"Tiber aku rasa macam ada meeting lak pagi ni pfft"

Kata Eunwoo mengusik Anais tapi gadis itu memberikan jelingan sebagai balasan daripada kata lelaki itu .

Selepas order makanan yang ingin dimakan , Ipad dibuka untuk menaip assignment semalam yang tergendala disebabkan kawan lelakinya dan Hana .

"Wahh ! Aku takleh brain sia pepagi da hadap assignment"

Kata Mingyu sambil berlakon sakit kepala . Kini , Jieun yang memberikan jelingan tajam kepada Mingyu lalu membantu Anais menyiapkan kerjanya memandangkan assignment Jieun sudah siap semalam .

Keadaan menjadi sunyi tetiber sebaik saja dia khusyuk menaip kerjanya di Ipad dan itu membuatkan dia sedar akan keadaan tersebut .

"Ni asal korang senyap je ? Biasanya riuh macam ada kenduri sekampung ?"

Sindir Anais dengan tangannya galak menaip dan matanya fokus di skrin Ipad . Manalah tak senyap kalau ada orang spoil mood di pagi hari , mereka mula menyesal tak bawa laptop untuk buat assignment sekali .

Jangan kata assignment Anais banyak , mereka berlima punya assignment lagi banyak belum diselesaikan .

BUZZ !

Buzzer mula berbunyi , maka Jungkook bersama Jaehyun dan Yugyeom pergi mengambil makanan di kaunter .

"Ehem tolong tolak ke tepi dulu ye kerja tu , kita nak makan ni"

Ujar Mingyu yang sudah menyilangkan tangan di dada . Oleh itu , Anais menutup Ipad nya dengan menyampah .

"Btw Anais , Soobin ada kacau kau lagi ?"

Soal Winwin dan gadis itu hanya geleng gembira kerana lelaki tu tak ganggu dia lagi , rasa aman sikit bila takde makhluk yang ganggu harinya .

"Hmm aku harap yang dekat dengan kau ni , takdelah ganggu kau selalu"

Sindir Winwin dengan matanya melirik kepada Mingyu dan Eunwoo yang berada di hadapan mereka bertiga . Hampir saja Anais menghamburkan tawanya disebabkan sindiran Winwin .

Babe , im back HAHAHAHA

OMO MY PRETTY GIRL 😍
So buat masa sekarang ni , korang ada ke shipper2 dalam ff ni ?

Me : JaeJungMinYuEunA shipper
HAHAHAHAHA

+vote+comment+

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top