❛16❜ ᶠⁱʳˢᵗ ᵍⁱʳˡ
Mingyu yang baru tiba di bilik guru , matanya mula tertumpu kepada skrin telefon yang ditunjukkan oleh seorang guru wanita .
Terbeliak mata dia melihat imej tersebut dan Anais yang baru sedar kehadiran Mingyu , segera dia menutup mata lelaki itu .
"KYA ! WHAT THE F– "
Nada suara Anais meninggi dek terasa malu apabila Mingyu melihat gambar tersebut . Winter pula memandang kakak dan seorang lelaki dengan suspicious sekali .
"Ahhh takpe , makcik . Saya tak boleh buat pape , saya hanya mengharapkan makcik dapat memberi pengajaran kepadanya"
Kata Anais menjeling sekilas budak lelaki itu yang masih menunduk memandang lantai .
Tetiber pengetua a.k.a ayah Jungkook lalu didepan bilik guru , mata dia melirik memandang Mingyu kerana figura yang dia kenal .
"Mingyu ? Kamu buat apa disini ?"
Sapa Tuan Jeon setelah memasuki bilik guru . Pantas Mingyu memusingkan badan menghadap Tuan Jeon sambil tersenyum ditayangkan dibibirnya .
"Eo ? Tuan Jeon , saya temankan kawan saya"
Ujar Mingyu sambil menunjukkan Anais yang berada di sebelahnya . Ahh mampus sudah , ofc Tuan Jeon mengenali Anais disebabkan coincidence tempoh hari .
"Jakkaman , kamu wanita yang satu universiti dengan Jungkook kan ? Dia ni gf kamu ke , Mingyu ?"
Terpanar mereka berdua mendengarkan ayat yang keluar dari mulut Tuan Jeon . Kawan wanita Jungkook ? Gf Mingyu ? What ?
"Ahh ye , saya tapi Mingyu dan saya cuma kawan je"
Lelaki disebelahnya hanya angguk janggal dengan pernyataan Anais . Tuan Jeon juga angguk lalu memandang dan mengenalpasti situasi yang berlaku di bilik guru .
"Apa yang berlaku , Puan Choi ?"
Sudah ditanya pula , lagilah budak lelaki itu menggigil ketakutan . Hm edit gambar tak senonoh tak takut pula ye ?
"Cuma ada masalah sikit . Tuan , jangan risau . Akan diselesaikan sebentar lagi"
"Ada kaitan dengan Cik ni ke ?"
Mata Puan Choi sudah meliar sana sini disebabkan soalan yang diajukan kepadannya .
"Ohh jadinya memang ada kaitan dengan Cik ni"
"Eh sebenarnya , da selesai da , Tuan . Saya taknak lama lama , takut mengganggu sesi pembelajaran bebudak ni kang"
Kata Anais demi menyelamatkan situasi itu . Puan Choi menarik nafas lega apabila Anais bersuara .
Tuan Jeon hanya mengangguk lalu meminta diri untuk pulang ke pejabatnya . Setelah itu , Anais dan Mingyu turut beredar dari situ .
"Aku rasa kakak kau bercintalah dengan lelaki tu"
Kata Giselle yang masih fokus melihat dua figura itu berjalan menuju ke kawasan luar sekolah .
"Tak mungkinlah dorang bercinta . Kakak aku tu macam anti lelaki 'macamlah' sebab time dia sekolah dulu , dia tak pernah rapat dengan lelaki . So , ni first time aku tengok dia rapat dengan lelaki"
Giselle hanya angguk lalu berjalan menuju ke kelas bersama sama Winter . Pelajar lelaki yang berjalan di belakang mereka hanya diam membisu .
––♥️––
Tiba di universiti , hati Mingyu menjadi risau dengan kawan perempuannya itu . Yela , dengan apa yang terjadi kepada dia semalam sehingga dihalau begitu sekali .
Jika harini perkara sama terjadi , macam mana ? Srs talk , lelaki ini sudah menganggap Anais macam kawan rapat .
"Kau sure ke nak balik dorm ? Tak risau ke kalau kau kena halau lagi ?"
Mingyu meluahkan kerisauannya dengan menayakan soalan tersebut . Bangunan asrama dipandang penuh sus .
"Sure . Sampai bila aku nak duk tempat korang tu ?"
"Correction . Tempat kita , kau tu da jadi sebahagian daripada kitorang tau"
Anais hanya mengelengkan kepala . Mingyu , cubalah faham apa yang Anais rasa . Malu tahu tak tinggal kat tempat orang .
"Papelah , aku masuk dulu . Thanks tumpangkan aku"
Kata Anais sebaik keluar dari perut kereta . Lelaki yang berada di tempat pemandu hanya angguk .
"Anais ! Kalau ada pape , just contact kitorang !"
Jerit Mingyu dari dalam kereta kepada Anais yang sudah jalan jauh di depan . Lelaki itu ingin balik ke dorm nya tapi ada tempat perlu dia pergi selepas ini . Dia tetap memerhati Anais memasuki bangunan itu dan kemudian , baru dia pergi .
Masuk saja ke dalam bangunan asrama perempuan , Anais di pandang oleh penghuni bangunan tersebut .
Nak tak nak , Anais terpaksa menebalkan muka melepasi mereka untuk balik ke biliknya . Berharap Hana tidak ada di bilik kongsi mereka .
Setelah memasuki bilik , memang bernasib baik kerana Hana tiada . Segera Anais meluncur atas katilnya yang empuk .
Sesudah menukar pakaian kepada outfit yang selesa , punggungnya dilabuhkan di atas kerusi meja belajar .
Sticky note yang ditampal dipapan yang di gantung pada dinding dipandang penuh teliti . Ada 2 assignment yang belum disentuh lagi disebabkan hal semalam .
Tanpa membuang masa , laptop dihidupkan untuk menaip assignment nya . Pantas saja jari jemari Anais menaip untuk menyelesaikannya .
KRINGG !!
Panggilan video oleh lelaki lelaki itu masuk mengganggu tahap maksimum fokusnya . Terpaksa dia mengangkatnya dan pada waktu yang sama , Hana pulang .
Tengok muka Hana membuatkan Anais panas . Gadis itu yang sedang membuka kasutnya memberikan jelingan tajam kepada Anais .
"Anais oi ! Kau tengah buat apa ?"
Soal Yugyeom dalam nada menjerit membuatkan Anais tersentak termasuk Hana .
"Jangan jerit boleh tak ? Isy tak nampak aku tengah duk depan laptop ni ?"
Marah Anais . Member lain sudah mentertawakan Yugyeom kerana dimarahi oleh gadis itu .
Mendengar perbualan Anais dan sekumpulan lelaki handsome itu membuatkan Hana cemburu pada tahap extreme .
Begnya di hempas sederhana kuat atas meja belajarnya yang terletak bertentangan meja belajar Anais .
Dan perbuatan itu telah disaksikan oleh Anais serta lelaki lelaki itu . Jaehyun geram je melihat perangai Hana yang menjengkelkan itu .
"Anais kuuu~~ esok pagi ada kelas ? Aku ingat nak ajak pergi breakfast"
Ujar Jungkook dengan sengaja ingin menyakitkan hati Hana tetapi dia tidak sedar kerana itu akan membawa 'maut' kepada Anais .
"Buat apa aku nak breakfast dengan kau ? Baik aku breakfast dengan Jieun dan Winwin"
Savage saja balas Anais . Jungkook sudah menjuirkan bibir tanda dia merajuk dengannya .
"Btw asal kau balik eh ? Aku rasa aman bila semalam kau tak balik actually"
Sinis saja kata kata Hana yang ditujukan kepada Anais . Panas je telinga member 97' liners itu .
"Hello hello ! Even dia tak balik pun , dia tidur di tempat yang lagi mewah dari bilik yang kau huni ni lah !"
Baru saja Anais ingin membuka mulut , Eunwoo sudah membalas percakapan sinis Hana . Terasa teruk beb Hana dibuatnya .
Ok , aku baru dapat semangat nak update ufufuf
+vote+comment+
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top