❛15❜ ᶠⁱʳˢᵗ ᵍⁱʳˡ
Di Hanlim Highschool , Winter a.k.a Minjeong sedang mendengar lagu dalam keadaan kelas yang huru hara dek sekarang waktu senggang sebelum subjek pertama bermula .
Tepukan kuat beberapa kali di bahu kirinya membuatkan dia berpaling dengan marah . Terlihat Giselle panik dari reaksi mukanya .
"Waeyo ?"
"Kya , budak lelaki kat belakang edit gambar kakak kau , Anais jadi gambar tak senonoh tho !"
Kata Giselle sedikit terkejut dengan tindakan rakan sekelas mereka . Mendidih terus darah Winter mendengarkannya dan dia mula berdiri .
"Giselle , rakam aku"
Rakannya itu hanya mengangguk tanda setuju . Segera Winter menuju sekumpulan lelaki di belakang lalu merampas telefon yang mengandungi gambar edit kakaknya . Pelajar lelaki itu terlopong mulut melihat tindakan Winter .
Gambar tersebut ditunjukkan kepda kamera yang dipegang oleh Giselle yang sedang merakam bagi menunjukkan bukti pelajar tersebut salah . Memang habislah kau , sekali winter naik berang memang takde maaf bagimu .
"Best sangat ke edit gambar kakak aku ?"
Nada suara Winter mendatar saja menayakan soalan kepada lelaki itu . Rakan rakan dia yang lain sudah cuak melihat Winter begitu . Belum pernah tengok gadis itu marah , biasanya dia happy-go-lucky .
Kemudian , Winter bertindak menolak kepala pelajar lelaki itu sehingga berlaga dengan meja . Giselle yang merakam pun terkejut dengan perbuatan rakannya itu . Faham tu faham yang Winter tengah marah tapi teruk nau sampai tolak kepala begitu .
––♥️––
Selepas sorang , sorang lagi memandang wajah Anais yang sudah terkaku dengan pertanyaan Winwin . Pening jadinya untuk memikirkan jawapan yang sesuai dalam situasi tegang ni .
"Mana ada dia dengan aku . Aku tidur hotel dengan kakak akulah"
Alasan Anais yang kedengaran munasabah membuatkan mereka semua berpaling ke depan semula . Lega sikit hati dia , Winwin ni pun agak agaklah nak tanya soalan pun .
"Tapi aku nampak kau naik kereta dengan Jungkook dan Jaehyun"
Salah seorang classmate mereka mula menyuarakan kebenaran . Gelabah habis Anais dibuatnya , apa pula jawapan yang patut dia bagi sebab sudah ada saksi aigoo .
"Actually kakak aku kena keluar awal pagi tadi , so aku terpaksa jalan kaki ke universiti and then Jungkook nampak , tu yang dia jemput naik . Kalau aku tak naik , takut lambat masuk kelas lak hee"
Senyuman fake ditayangkan oleh Anais . Jieun melaga bahu kanan Winwin sambil memberikan riak wajah marah kepadanya . Anais da lah kena tekanan mental dari semalam pastu disoalnya begitu , tak memasal dia susah nak fokus time belajar lak .
Selepas 10 minit , kelas bermula dengan kelas math . Pepagi sudah hadap subjek killer , mengantuk jadinya . Ada pelajar yang sudah terlentok kepala atas meja dan ada yang tersengguk sengguk kepala .
"Baiklah , ini kerjanya . Saya nak awak semua siapkan sebelum 12.00 tengahari esok"
Ucap Sir Kim selepas selesai mengajar kelasnya . Tidak sangka kelas tamat awal , so ada masa untuk mereka menyiapkan assignment yang baru diberikan . Baru saja Anais ingin merangka ayat ayat di buku notanya , telefonnya berdering .
Incoming call from unknown.
Tanpa membuang masa , dia mengangkat panggilan tersebut sebelum deringannya mati . Tetiber je dia rasa berdebar nak jawap panggilan tu .
"Hello . Saya Cikgu Lim dari Hanlim Highschool . Adakah awak penjaga kepada Park Minjeong ?"
Jantung Anais terasa berhenti seketika . Dia sudah over thinking , risau kalau Winter terlibat dengan pergaduhan ke apa sebab Winter memang gasak orangnya .
"Ahh ye , saya . Kenapa ya ?"
"Boleh puan datang ke sekolah ? Park Minjeong terlibat dengan pergaduhan"
Jangkaan dia ternyata betul , keluhan berat dilepaskan sebelum menyetujui untuk hadir ke sekolah Winter . Selepas itu , barang di atas meja mula dikemas . Kalau boleh dia taknak datang ke sch Winter tapi sudah ditelefonnya , takkan nak tolak .
Nak pula adik dia terlibat dengan pergaduhan . Tak naklah menyusahkan mak ayah mereka datang ke sekolah pastu nak hadap mak ayah lawannya Winter , baik takyah .
"Kau nak pergi mana ?"
Soal Jieun yang kelihatan pelik apabila melihat Anais kemas barangnya . Winwin pun mengangguk dengan soalan Jieun .
"Sekolah adik aku . Dia terlibat dengan pergaduhan"
Lalu dia terus beredar selepas mendapat keizinan daripada Sir Kim . Di perhentian bas , hampir 10 minit Anais menunggu bas tapi tak nampak langsung kehadiran pengangkutan awam itu .
Tetiber sebuah kereta jenama Hyundai berhenti di depan perhentian bas , tingkap diturunkan dan wajah Mingyu muncul . Terkejut Anais melihat kelibat Mingyu yang sepatutnya berada di universiti .
"Kenapa kau kat sini ?"
Soal Mingyu seakan menyoal cermin . Sedangkan dia pun berada di luar universiti . Menyampah pula Anais mendengar soalan tersebut .
"Bukan aku ke yang patut tanya kau ? Btw aku nak ke sekolah adik aku"
"Well aku baru balik dari menyelesaikan beberapa perkara but kedengaran macam kau ada masalah . Nak tumpang tak ? Cepat sikit sampai"
"Takpe takpe nanti lambat kau masuk kelas"
"Kelas aku petang . Masuklah"
Dengan terpaksa Anais memasuki perut kereta milik Mingyu . Maka , mereka mula bergerak menuju ke Hanlim Highschool .
––♥️––
Tiba saja , Anais segera menuju ke bilik guru untuk berjumpa dengan Winter . Tidak lama kemudian , dia terdengar suara seorang wanita sedang melepaskan marahnya dalam bilik guru .
Sah , tu mesti mak budak lawan Winter . Dia kena bersiap sedia untuk debat dengan mak budak tu .
Sebaik saja Anais masuk , mak budak lelaki itu mula memohon maaf kepadanya . Pelik juga Anais dibuatnya dengan perbuatan makcik tu .
Anais dan Winter saling membalas pandangan lalu Winter mengangkat bahunya .
"Saya minta maaf bagi anak saya kerana telah memperlecehkan imej cik"
"Ahh jap , imej saya ?"
Seorang guru datang mendekati Anais dan makcik itu lalu memainkan video yang dirakam oleh Giselle . Alangkah terkejutnya dia apabila melihat fotonya diedit sebegitu .
Budak zaman sekarang lebih mementingkan nafsu daripada perasaan orang sekeliling .
Jangan normalize kan ye #tetapbangga di Malaysia sempena pride month ;)
+vote+comment+
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top