❛11❜ ᶠⁱʳˢᵗ ᵍⁱʳˡ

Keesokan paginya , Jieun telah keluar dari biliknya awal untuk berjogging memandangkan harini tiada kelas .

Baru saja dia ingin membuka langkah untuk berjogging , dia terdengar perbualan dua orang pelajar tidak jauh darinya .

"Aku rasa perempuan tu apa nama dia ? Nice ? Huh Anais ! Aku rasa dia member 97' liners lah"

"Ye tho , semalam aku nampak dia keluar dari kereta Eunwoo"

"Tapi aku selalu nampak dia berkepit dengan member 97' liners"

Fikiran Jieun sudah melayang jauh , terus lupa pasal jogging . Tak mungkinlah Anais boleh jadi member 97' liners sebab group tu hanya untuk lelaki terpilih saja .

"Anais mana suka dorang , takkanlah tetiber jadi member 97' liners...entah entah dia kena paksa daq ?!"

Getus hati Jieun . Makin risau pula dia dengan Anais , apalah yang dorang nak dari kawan baiknya itu .

Sebaik saja dia kembali kepada realiti , dia segera meneruskan aktivitinya dan kemudian , dia berhenti kembali bila ada benda yang mengganggu fikirannya lagi .

"Ke Anais secara sukarela masuk group tu ? EH No No ! Dia tak boleh sebab member group tu bahaya . Mana boleh Anais sorang perempuan , takut ada yang ambik kesempatan pula"

Semakin jauh pemikiran Jieun memikirkan keselamatan kawan baiknya . Tetiber saja seseorang melanggarnya dari belakang .

"AIGOO JINJJA MIAN"

Maaf lelaki itu sambil bow banyak kali kepada Jieun . Malu pula dibuatnya , mata Jieun sudah terpaku pada lelaki tersebut . Senior ni goshh .

"Takpe takpe , sikit je . Hm btw saya Jieun"

Dia menghulurkan tangan kepada senior tu dengan rasa taktahu malunya tetapi senior tu menyambut huluran tangan Jieun sambil tersenyum manis .

"Saya Kyungsoo"

Sejujurnya , Jieun da tenggelam dalam lautan cinta apabila melihat senyuman yang terukir dari wajah Kyungsoo . Comel giler !

——♥️——

Anais sudah bersiap untuk bermain ice skate memandangkan memang tiada orang pagi ni .

Kotak kasut yang dia bawa dari rumah dibuka dan isinya mengandungi kasut skate yang mempunyai jahitan tangan bercorakkan bunga ros . Nampak sangat menawan .

"Harini kita date tau"

Omel Anais sendirian lalu dia berdiri dan meninggalkan bilik . Hana ? Ada je , dalam bilik air .

Dengan girangnya , Anais berjalan sambil tersenyum manis . Tidak dapat dinafikan lagi kecantikan Anais yang diperolehi dari ibu bapanya , kakak dan adiknya juga mempunyai 'original visual' 🌚 .

Tiba saja di gelanggang ais , kasut tersebut disarung kepada kakinya . Nasib baik masih muat .

Anais mula meluncur atas ais dengan mudah sekali . Memang sudah hobinya dari kecil lagi meluncur ais , ofc dia sangat mahir dengan sukan tersebut .

"Ohoi Anais !"

Seorang lelaki memanggil namanya dari pintu masuk pusat ice skate tersebut iaitu Winwin dengan tangannya melambai kepada rakannya itu .

"Winwin !"

Segera Anais meluncur merapati tembok penghalang untuk menemui Winwin . Macam sebulan tak jumpa Winwin ahaks .

"Kau dari mana ?"

Soal Anais gembira kepada Winwin . Lelaki itu mula melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang disediakan di sebelah gelanggang .

"Dari perpustakaan , saja melencong ke sini sebab nak jalan jauh . Tak sangka lak ternampak kau tengah syok meluncur atas ais"

"Hehe bosan tho , tu yang aku main kat sini . Kau nak join aku tak ?"

Teragak juga Winwin nak jawap pertanyaan Anais . Bukan dia taknak tapi dia tak reti main . Kang main meluncur , ada juga gigi patah .

"Takmolah"

"Alaa jomlah , aku ajar kau main"

Akhirnya , Winwin mengalah dengan Anais . Terpaksa juga dia join sekali rakannya yang sudah excited .

Selepas kasut skate dipakai , Winwin meluncur perlahan dengan bantuan pemegang di tembok penghalang .

"Oh my gosh"

Terhuyung hayang Winwin dibuatnya bila dia tersilap langkah tapi segera Anais membantu Winwin .

"Perlahan lahan . Jangan tergopoh gopoh pfft btw mana Jieun ?"

Soal Anais lagi . Kalau Jieun free atau ada sekali dengan Winwin , boleh ajak sekali main ice skate .

"Dia pergi berjogging , aku ada ajak dia pergi perpustakaan tapi dia taknak"

Anais hanya mengangguk dengan jawapan Winwin . Takpelah , lain kali sajalah ajak Jieun . Kemudian , gadis itu mula mengajar Winwin macam mana nak control keseimbangan badan tapi lain pula jadinya apabila Winwin asyik jatuh dan.....merengek .

"Kyaa bahaha kiyowo"

Sempat Anais mentertawakan Winwin daripada membantunya berdiri . Ini baru kawan sejati pfft .

"Kyaaa huaaaa bontot aku sakitlah . Kalau patah tulang bontot aku , kau bayar kos rawatan"

Gurau Winwin membuatkan Anais meletus ketawanya . Dia ni betul effortless lawak . Maka , Anais terus membantu Winwin berdiri alih alih dia pula yang jatuh alahai .

"Wahhh macam ni kawankan , tak ajak aku main ice skate langsung"

Tetiber Jungkook yang datang dari tah mana . Kerek saja mukanya datang menghampiri Anais dan Winwin yang berada di atas ais .

"Srsly Mr. Jeon ?"

Kata Anais sambil berdiri dengan bantuan Winwin . Nak kata dia merajuk tapi dengar macam perli .

"Pfft takdelah , aku gurau je . Saja singgah sini jap sebab nampak kau . Patutnya pagi ni aku da main basketball dengan member 97 tapi lambat nau sampai . Bilik atas gunung gamaknya"

Ucap Jungkook yang sudah tergelak halus melihat reaksi Anais yang tak mengalu alukan kehadirannya .

"Cantik kasut skate kau"

Puji Jungkook apabila menyedari kasut skate yang Anais pakai berbeza dengan kasut skate yang disediakan oleh pihak universiti .

"Tetiber je kau ni"

Kata Winwin dengan kening kanannya terjungkit memandang Jungkook yang sudah duduk bersilang kaki .

"Aku puji pun salah ke ?"

Anais mampu mengelengkan kepala saja , perangai mengalahkan bebudak betul . Kemudian , terus gadis itu meluncur meninggalkan gelanggang ais .

Winwin ternganga juga sebab ditinggalkan Anais begitu saja . Da lah dia masih amatur dalam bab bab ice skate ni . Dengan perlahan , dia meluncur ke pintu keluar dari gelanggang tersebut .

"Aku pergi dulu . Bubye !"

Anais berkata selepas memakai kasutnya . Dia sebenarnya malas nak menyakitkan kepala , mata dan telinga . Baik dia blah saja .

Jungkook pula melambai kepada Winwin lalu berlari untuk mendapatkan kawan perempuannya itu .

Sedang Anais memeriksa telefon di depan pintu utama pusat ais tersebut , Jungkook tetiber merangkul bahu gadis itu .

"My yeoja....chingu , taknak hang dengan kitorang ke ? Pastu boleh pergi makan bersama"

Pantas siku kanan Anais menyiku perut Jungkook dengan sederhana kuat . Rasain loh heh !

"Dont touch women without their permission . Do you understand , Mr. Jeon ?"

"Wuishh first time aku nampak Jungkook kena tibai dengan perempuan . Gempak member wanita kita"

Kata Eunwoo yang baru sampai bersama member yang lain . Mingyu dan Jaehyun da bagi thumbs up kepada Anais .

"Nampak kecik tapi kuat nak mampus . Memang matilah bakal suami dia"

Perli Jungkook yang masih dalam kesakitan . Anais da tenung tajam Jungkook , terdiam member yang lain melihat renungannya .

"Anais !!"

Takde angin takde ribut , Hana tetiber datang dengan riang memeluk lengan Anais . Hana ni ada masalah personaliti ke apa ? Setahu Anais , Hana bukan jenis macam ni .

"Bwo...ya...?"

Tercengang Anais melihat perubahan sikap Hana yang drastik . Tak lain dan tak bukan , mesti kes nak ngorat jejaka jejaka 97' liners lertu .

Zaman sch aku sudah tamat dan tetiber rasa rindu tf hm

+vote+comment+

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top