Bab 4 Lagu Yang Disumpah (2)

Mereka berdua menuruni tangga dari pejabat. Suki terus berjalan ke jalan biasa tetapi Rai pula pergi ke garaj. Suki merasa hairan.

Suki : Master?
Rai : ye?
Suki : nak pergi mana?
Rai : kita kan dah ada pelanggan. Jadi kita naik kereta.
Suki : kejap. Selama ni master ada kereta tapi tak guna?
Rai : eh, ada lah aku guna.
Suki : tak pernah nampak pun.
Rai : aku bukan jenis yang menunjuk-nunjuk.

Rai pun membuka pintu garaj dan terpampang lah sebuah kereta sport berwarna biru. Penuh dengan sticker yang ganas.

Suki : wah! Lawa nya kereta ni.
Rai : dah masuk.

Mereka pun masuk dan bergerak ke tempat kejadian.

Rai : tahun ni kau SPM kan?
Suki : ya.
Rai : belajar betul-betul. Kau kena kurangkan aktiviti menyiasat ni.
Suki : ya master.

Rai menyambungkan bluetooh telefon ke kereta nya untuk panggilan.
Liza menjawab panggilan itu.

Rai : hello? Siapa dia sana?
Liza : eh, kau yang telefon aku.
Rai : sorry, salah nombor.
Suki : master!
Rai : haaa ye ye. Ada apa-apa yang berlaku ke?
Liza : ha kejap.

Kedengaran bunyi seperti Liza berlari untuk ke suatu tempat. Kemudian dia sambung bercakap dengan nada seperti orang yang sedang berbisik.

Liza : orang tu dah jumpa kau ke?
Rai : ya, kenapa ni? Biasa kau jumpa aku.
Liza : errr KPN Jor tak bagi kami berurusan dengan Penyiasat lagi.
Suki : betul ke?
Liza : ya. Kata nya kita ni lemah sangat ke sampai minta bantuan dengan penyiasat.
Rai : huuu ayah kau merendahkan aku.

Suki hanya terdiam.

Liza : orang tu,Giha.. dia asyik datang ke pejabat aku untuk menuntut bela kematian kawan dia. Sebab dia lah Jor tu jadi tahu pasal ni.
Suki : oh itu sebablah dia datang jumpa kami.
Liza : ya, aku suruh dia pergi jumpa Rai. Aku cerita baik-baik je pasal kau.
Rai : baguslah.
Suki : master pun tak banyak karenah tadi.
Liza : ya. Hati-hati lah. Sebab dari maklumat kami dapat, suspek mungkin seorang penyihir.
Suki : logik juga. Tak mungkin lagu boleh membunuh orang kalau tak ada orang buat.
Rai : haish, dah 2020 masih percaya benda macam ni.
Suki : master, sihir tu wujudlah. Master tak belajar ke kat sekolah. Memang dari zaman dulu ada sihir.
Rai : ya lah. Aku ni dah lama tak sekolah.
Liza : oklah. Aku pergi dulu.

Liza menutup telefonnya dan mereka terus menuju ke tempat kejadian.
Mereka berada di sebuah apartment dimana tempat kejadian itu berlaku. Untungnya tempat itu sudah tiada polis menjaga. Mereka pun masuk dan tertumpu pada meja di mana kawan Giha.

Suki : hmm darah beku masih ada. Forensik tak bersihkan ke?
Rai : kebiasaannya tak sehingga kes selesai.

Kemudian, mereka keluar dari rumah itu dan terus ke rumah tempat kejadian itu berlaku. Namun tiada apa-apa petunjuk di temui.
Mereka tiada pilihan lain selain balik ke rumah.

Rai : kecewa betul aku. Tak ada langsung petunjuk. Barang bukti apa tah lagi.
Suki : kalau barang bukti mesti ada kat polis.
Rai : haaaa tak boleh lah. Ayah kau tak nak bekerjasama dengan penyiasat.

Semasa di rumah, telefon berbunyi. Ternyata panggilan itu dari Liza.

Liza : macam mana? Ada dapat apa-apa tak?
Rai : tak ada. Semua yang aku perlukan ada dekat polis.
Liza : aduh. Susah juga.
Rai : aku cuma nak tahu lagu apa yang dimainkan semasa mangsa membunuh diri.
Liza : entahlah. Aku pun tak tahu.
Rai : kau tak dengar lagu tu?
Liza : hihihhi kami semua takut nak dengar. Takut terbunuh diri sendiri.
Rai : macam ni lah. Kau bawa je lagu tu kat rumah aku.
Liza : macamana aku nak.....

Belum habis Liza bercakap, Rai meletakkan gagang telefon. Dia duduk di sofanya dengan wajah yang malas.

Suki : kak Liza cakap apa?
Rai : dia sayang kau.
Suki : hah?

Pintu pejabatnya di ketuk oleh seseorang dan terus masuk ke dalam ruangan itu.

Sara : hai semua!
Suki : eh sara!! Kenapa datang ni?
Sara : tak boleh ke saya datang? Awak siapa nak halang saya?
Suki : errghh pedih rasa ulu hatiku.
Sara : abang Rai dalam dunia lain. Hahaha..
Suki : maksud?
Sara : dia kalau tak dapat apa-apa petunjuk dari kes, dia akan termenung lama macam tu lah.
Suki : ohh tapi tak apa lah.. Kak Carol kan hidup lagi.

Rai terus tersedar dari lamunannya.

Rai : apa kau cakap?
Suki : Kak Carol?
Rai : ye .. lepas tu?
Suki : hidup lagi,..
Rai : bila masa dia mati?

Suki tiba-tiba terasa pening...

Suki : masteeerrrr kepala saya! Sakit!
Rai : kau ingat aku ada masa nak pening kepala?
Sara : abang! Dia sakit betul ni..

Suki memegang kepala nya kemudian rasa sakit itu hilang. Dia jadi keliru.

Suki : apa yang dah jadi ni?
Rai : kau ada kenal tak sesiapa yang bernama Ghaif?

Tiba-tiba Sara pula sakit kepala dan dalam beberapa saat dia pulih.
Mereka berdua jadi keliru akan apa yang terjadi.

Rai : keliru? Aku lagi keliru.
Suki : master? Apa yang master rahsiakan? Baru sekejap tadi saya rasa yang Kak Carol tak pernah mati dalam dunia ni tapi bila saya sakit kepala tadi saya jadi ingat sedikit. Ada ingatan yang lain dalam kepala saya. Bagitahu saya master.
Rai : nampaknya pillarCarbon tak sepenuhnya berfungsi.
Sara : maksud abang gas merah jambu tu ke?
Suki : ya hari tu. Ghaif! Ya saya kenal dia.
Rai : aduh.. sebab aku tak nak kau pening-pening kepala. Biar aku ceritakan secara singkat.

Rai pun menceritakan semula kejadian dahulu kepada mereka berdua. Tentang kedatangan Ghaif dan tentang dunia parallel yang telah bersatu dengan dunia ini.

Rai : di sebabkan ada kekecohan yang berlaku antara dunia lain. Ghaif terpaksa mencipta satu gas yang boleh menghilangkan ingatan semua orang supaya tidak ingat akan apa yang berlaku.
Suki : tapi macam mana master boleh ingat?
Sara : ya kenapa?
Rai : sebab dia ada kirim kan aku satu cecair yang buat kami tak lupa akan apa yang berlaku.
Sara : apa? Kami? Makna nya ada orang lain yang ingat?
Rai : ya.. cuma aku, Carol yang dari dunia lain dan mak aku.
Suki : barulah rasa selesa sikit kepala ni. Patutlah asyik mimpi benda sama je.
Sara : sama lah.
Rai : teori aku di sini. Mungkin orang yang mempunyai kenangan yang kuat mampu ingat semula ingatan lama mereka.
Suki : tak apalah. Kalau boleh jangan ada rahsia antara kita.
Sara : uhhhh.. hahaha..

Mereka berdua memandang Sara.

Sara : sekarang dah bulan puasa. Lambat betul bab ni nak update ya.
Rai : tu lah. Dasar pemalas author ni.
Suki : jangan salahkan dia.. dia sibuk kot.
Rai : padahal tak da idea nak sambung tu.
Suki : rasanya lah.. dia yang buat cerita kita makin rumit macam ni.
Rai : author ni dah lah tak bijak macam aku.
Sara : amboi.. kang dia padam cerita ni baru tahu.
Suki : jangan.. banyak lagi nak selesaikan dalam final story ni.
Rai : dah final ya.. macamana dia nak habiskan cerita ni dengan penamat yang puas hati. Jangan tak adil sudahlah.
Suki : saya paling tak suka cerita bergantung.. cubalah buat saya kahwin dengan sara ke? Kan?
Sara : jangan perasan.
Suki : eh ok apa. Awak sara, saya suki. Sedap nama tu.
Sara : haaa lepas tu nama anak Saki, anak kedua baki. Saki baki! Tak sedap...
Rai : haha saki baki tompok unta ya?
Suki : cih.. dengan mimi lah.
Rai : tak boleh. Nanti nama anak Sumi.
Sara : ahahahaha sumimasen .. (dlm bahasa melayu 'maafkan saya')
Suki : kenapa semua sindir saya ni? Sepatut nya sindir author ni..
Rai : apa-apa pun saya mengucap selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua yang baca cerita ni. Cerita ini akan sambung seperti biasa dalam bab seterusnya.
Suki : author kehabisan idea tu.
Rai : dia bukan kehabisan idea.. dia dah fikir nak buat cerita lain..
Sara : ........ Hancur bab ni...

Bersambung.....

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top