Bab 3 Lagu Yang Disumpah
Di kediaman Jor, dia sedang duduk sendirian di bilik bacaannya. Jor atau nama sebenar Johari adalah seorang ketua polis tempatan di bandar itu. Itu pangkat yang amat besar bagi seorang polis. Jor juga seorang ayah kepada Suki. Berkenaan dengan isterinya tidak di ketahui. Berumur 43 tahun dan memiliki rumah yang besar. Pun begitu, kejayaan yang dia capai selama ini tidak dibanggakan oleh anaknya. Seolah-olah kejayaannya itu datang bergolek. Padahal dia ingin Suki menjadi seorang polis suatu hari nanti.
Jor : haaaaaa.. kenapa mesti dia tak nak jadi seorang anggota polis? Pekerjaan ini sama mulia.
Katanya seorang diri di dalam bilik bacaan itu.
Jor : dia boleh pula nak jadi penyiasat. Siap ada guru pula tu. Apa bagus sangat dengan penyiasat? Mereka cuma ganggu kerja polis! Sama macam orang tu!
Entah kenapa dia terdiam, senyap dan merasa keliru. Di ingatannya yang samar-samar melihatkan seorang gadis.
Jor : ahhh siapa?! Si-apa? Kau!! Siapa?
Dia terdengar suara orang lain di kepalanya.
"Oh saya peguam yang adil dan bijak sana. Hahaha ketawa jahat"
Jor : kau?! Kau orang yang ganggu kerja polis selama ini. Apa kau nak? Nak naik pangkat dengan cepat? Aahhhhhhhhhhh....
Kepalanya sakit dan menjerit tak tentu arah. Untungnya Suki tiada di situ. Kerana Suki berada di rumah Rai.
Rai : haish.. tak guna betul penulis. Dia tangguh-tangguh cerita aku. Kalau macam ni bila nak habis. Aku pun nak rehat.
Suki : Master marah siapa tu?
Rai : tak ada apa. Mana sara? Dah lama aku tak makan makanan Jepun.
Suki : oh dia macam biasalah. Dah sekolah. Sama sekolah pula tu. Paling teruk dia buat-buat tak kenal saya. Huhuhu begitu perit friendzone.
Rai : hahaha, sabar je. Anggap je dia suka kau.
Suki : macam harapan palsu je tu. Tak nak lah saya.
Rai : biarlah harapan palsu pun. Sebab harapan palsu tu lah alasan kau hidup untuk esok.
Suki : amboi. Tersentuh hati saya. Master pernah kena tolak ke?
Rai : tak. Aku tak pernah kena tolak. Sebab satu-satunya orang yang datang cuma Carol.
Suki : wah. Semenjak kebelakangan ni lain macam lah master. Berpuisi dalam kata-kata.
Rai : eh biasalah. Sastera aku A plus. Hahahaha ketawa jahat.
Pintu rumah nya di ketuk dari luar. Mereka memasang wajah yang hairan. Sebab orang yang mereka kenal selalunya akan ketuk dan terus masuk. Tapi ini, ketuk pintu tanpa masuk. Siapa orang kat luar?
Rai : errr Suki? Jangan-jangan tu Qarin?
Suki : tak kan lah.. Qarin biasa dah terpampang kat sini. Dia kan penuh kejutan.
Rai : habis... Kau bukak lah pintu tu.
Mereka berbisik untuk berwaspada.
Rai : kau bukak aku serang.
Rai siap sedia memegang kerusi kayu dekat dengan nya. Suki pun terus membuka pintu itu dan Rai mula menyerang. Hampir sahaja dia mencederanya orang itu. Ternyata orang itu adalah pelanggan.
Suki : Master ? Pelanggan lah!!!
Rai : ya aku tahu. Hampir-hampir je tadi. Nasib nampak jelas orangnya.
Suki : haa silakan masuk. Maafkan kami tadi ya. Kami ingatkan musuh.
Pelanggan itu seorang wanita yang mungkin dalam 30an. Dia memakai gaun putih dan berambut panjang.
Rai : kamu seorang pemuzik?
Giha : eh macamana encik tahu?
Rai : pakaian awak. Ini pakaian yang khas untuk persembahan di dalam dewan muzik atau teater. Kebiasaannya pemuzik yang memainkan muzik untuk persembahan teater,drama pentas atau pun muzikal akan memakai pakaian yang sama. Pakaian khas untuk lelaki dan juga perempuan. Jadi boleh tunjukkan sedikit persembahan violin kamu kepada kami?
Giha : boleh. Ehhh macamana encik boleh tahu saya pemain biola?
Rai : nak tahu? Main lah biola tu dulu. Hahaha ketawa jahat!
Suki : wow hebatlah master! Maafkan saya cik. Master saya pandai juga muzik.
Giha : oh lagu apa kamu nak saya main?
Rai : kamu tahu lagu 'Love of Sorrow' ?
Giha : huh! Mestilah..
Pelanggan tadi pun terus memainkan biolanya tanpa memberitahu tujuannya datang ke situ. Rai dan Suki pula asyik mendengar alunan muzik dari yang di dendangkan oleh pemuzik itu.
Kemudian, mereka tepuk tangan selepas lagu yang dimainkan tadi habis.
Rai : Suki? Kau tahu kenapa aku tahu dia seorang pemain biola.
Suki : sebab Master peminat muzik juga?
Rai : salah. Tengok leher nya. Bekas tu akan memberi kesan lama. Kalau seorang pemain muzik sentiasa memainkan muzik pasti ada kesan di mana mana.
Suki : oh sebab tu lah jari Master ada bekas tali gitar bila main gitar.
Rai : ya. Dia pun ada kesan tali di jarinya.
Giha : oh sebab tu je ke..
Rai : nampak simple tapi penting bagi kami seorang penyiasat. Kadangkala petunjuk kecil yang selalu di abaikan orang sebenarnya adalah petunjuk yang besar.
Giha : hmmm..
Suki : errr ada apa tujuan Cik datang ke mari? Ceritakanlah.
Rai : ops! Start dari nama dulu.
Giha : errr saya lebih di kenali dengan panggilan Giha. Saya seorang pembantu muzikal yang di mana saya membantu pemuzik utama dalam iringan muzik nya.
Suki : saya rasa Cik saya tempat. Ni bukan tempat psikologi.. Cik tahu tak ini agensi apa?
Giha : saya tahu. Sebab tu lah saya datang sini. Benda ni tak berlaku kat saya tapi berlaku kat orang lain. Dua dari kawan saya meninggal secara mengejut.
Suki : sakit jantung?
Giha : bukan! Saya yang terkejut mereka meninggal.
Rai : ada apa dengan kematian mereka?
Giha : mereka mati dengan bunuh diri. Padahal mereka tiada apa-apa masalah dengan kehidupan mereka. Kehidupan mereka sempurna. Sangat tak jelas kenapa mereka mati dengan bunuh diri.
Suki : mungkin mereka 'les' dan untuk membuktikan cinta mereka bunuh diri bersama macam romeo dan Juliet? Cuma bezanya mereka 'les'..
Giha : tak mungkin.
Rai : wow, pemerhatian yang tajam Suki. Macamana kau tahu kawan dia adalah seorang perempuan?
Suki : dia tak nampak macam ada kawan lelaki.
Giha : kasarnya dia ni.
Rai : itu normal. Tapi bagus. Kau ada naluri dah sekarang. Ok Giha, awak boleh teruskan?
Giha : saya tak tahu nak cerita kan macam mana.. sebab setakat itu saja yang saya tahu.
Rai : ada tak perkara lain yang awak perasan?
Giha : tadi dia cakap mereka mati bersama tapi sebenarnya mereka mati di hari yang berlainan.
Rai mengerutkan dahinya.
Rai : lagi?
Giha : kat tempat kematian mereka ada lagu. Lagu yang sama.
Rai : lagu ? Lagu apa yang di mainkan?
Giha : Gloomy Sunday.
Rai : hahaha... Ada apa-apa lagi?
Giha : tak ada.
Rai : kamu boleh balik sekarang. Saya akan cari awak jika ada apa-apa. Tapi ingat, buat masa ni jauhi dari orang yang mencurigakan. Jangan bersangka baik buat masa ni.
Giha : baiklah. Saya akan berhati-hati.
Giha pun pulang dari pejabat ataupun rumah Rai itu.
Suki : saya rasa dialah pembunuh sebenar.
Rai : ya ke? Motif?
Suki : dia cemburu dengan kehidupan kawan-kawan nya.
Rai : bukti?
Suki : macamana dia boleh tahu lagu apa yang di mainkan dekat tempat kejadian bunuh diri tu? Bukan ke tu maksud nya dia ada di tempat kejadian tu. Kan? Lagi pun kalau dia tahu kawan-kawan mati, dia tak mungkin dapat dengar muzik apa yang di mainkan sebab pihak forensik dah ambilnya untuk siasat.
Rai : betul cakap kau. Tapi macamana pulak kalau dia yang pertama kali jumpa mayat tu? Dan melaporkan kejadian itu kepada polis. Jadi mestilah dia tahu lagu tu sebab dia orang pertama yang sampai. Lagipun yang mati tu kawan dia. Logik lah kawan saling menziarahi antara satu sama lain untuk ajak jalan-jalan ke apa ke ...
Suki : tapi itu tak membuktikan apa-apa. Itu cuma pendapat peribadi master.
Rai : hah kita akan tahu juga nanti. Tapi kenapa bukan Liza yang datang?
Bersambung....
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top