Bab 2 Hubungan Baru

Carol begitu yakin akan jawapan nya. Sedang kan Mama Rai memandangnya dengan tersenyum dengan sinis.

Carol : betullah kan? Biasa nya orang jadi detektif ni dia pernah kerja dengan polis. Mungkin ada benda yang berlaku dan dia jadi detektif.
Mama Rai : apa maksud kamu dengan mungkin? Bukan kah kamu hidup bersama nya selama ini?
Carol : .....

Carol terdiam dan memandang Rai. Rai pula sedang mencari cara melepaskan diri.

Rai : betul lah tu. Saya kerja dengan polis dulu. Kan forensik.
Carol : ha-ah ya. Betul. Apa pula yang salah?
Mama Rai : hmm betul juga ya..

Mereka pun makan makanan yang tersedia di meja. Rai di sapa oleh seseorang.

Suki : Master ?! Apa master buat kat sini?
Rai : cuci mangkuk. Kau tak nampak ke apa aku buat ni?
Suki : oh hehehe maafkan saya. Ni siapa?
Rai : oh perkenalkan yang rambut macam kuih siput pedas ni Mak aku. Dan yang cantik ni ehem.. my wife.
Suki : apa ?!!!

Suki terperanjat. Dia berkerut memandang isteri Rai. Seolah-olah ada ingatan yang samar-samar.

Suki : ok. Saya makan dengan ayah saya. Baru sampai ni.
Rai : tak tanya. Syuh syuh ...
Mama Rai : apa kamu ni Man? Cakap baik-baik dengan orang. Jadi mana ayah kamu?
Suki : eh kat sana tu.

Tunjuk Suki ke arah meja yang dekat dengan dinding restoran itu.

Suki : sepatutnya saya dari tadi dah ada kat sini tapi ada kerja sikit tadi.
Rai : ye syuh syuh.

Baru sahaja Suki melangkah pergi, seorang pelanggan di situ menjerit ketakutan. Ada seseorang telah di bunuh. Jor terus bangun dengan tegas dan menjerit pada orang-orang yang berada dalam restoran itu.

Jor : jangan ada sesiapa keluar pun keluar dari restoran ni! Halang mereka!
Suki : ayah?!
Jor : kamu pergi balik. Kamu kan baru masuk sini.
Suki : tak nak lah. Saya tetap di sini.

Beberapa minit kemudian, datang petugas forensik dan pihak polis.

Ins. Liza : kau lagi Rai.. haish...
Rai : sorry sikit. Aku makan malam dengan family aku.

Ins. Liza pergi ke arah ketua nya.

Jor : macamana dengan siasatan? Nama ? Pekerjaan? Suspek? Motif?
Liza : mangsa bernama Hajar Bakar. Seorang perempuan yang berumur 32 tahun dan bujang.
Jor : bagitahu saya semua !
Liza : errr pekerjaan nya akauntan Tuan.

Kata Liza dalam ketakutan

Carol : tegas nya ayah kamu Suki.
Suki : biasa lah. Dia kan polis. Kejap, kita baru berjumpa macamana kak Carol tahu nama saya?
Carol : Rai selalu bercerita pasal kamu.
Rai : tak de nya...

Carol memijak kaki Rai.

Rai : haa ye ye.. ada aaaada.. haish.. tak da tempat lain ke nak pijak. Kaki ni dah la ada cagu.
Carol : oh tak ada nya.
Rai : ......
Suki : Master? Tak nak siasat ke?
Rai : malas aku. Aku nak luangkan masa dengan family aku.
Mama Rai : ya Man. Silakan tunjuk kebolehan kamu..
Rai : cuti.

Jawabnya dengan pantas..

Jor : jadi mangsa di racun la ye?
Liza : ya. Mengikut hasil forensik mangsa di racun dengan sejenis racun. Malah ada bekas suntikan di pergelangan lengan.
Jor : mungkin racun ini di suntik sebelum mangsa datang ke sini..
Liza : kalau tak ada apa-apa lagi , petugas forensik boleh bawa mayat ke hospital.
Jor : jangan. Sangat penting mayat kekal di sini. Jika tidak, banyak perkara berubah.
Liza : baik lah Tuan.

Seketika kemudian, Liza datang dengan seorang lelaki.

Sam : Saya detektif Sam ..
Jor : kamu orang baru ya?
Sam : saya tuan!
Jor : bagaimana dengan siasatan kamu? Mangsa ada berhubungan dengan sesiapa dalam tempoh 24 jam?
Sam : mangsa tiada menemui sesiapa dalam 7 hari ini. Dia hidup seorang diri. Apa yang saya dapat katakan si mangsa sibuk dengan pekerjaan nya seharian.
Jor : kalau macam tu macamana kita dapat cari motif pembunuhan? Suntikan ni jelas pembunuhan..
Sam : saya akan siasat lebih dalam lagi.
Jor : 1 jam. Itu masa yang kamu ada.
Sam : err baik tuan..

Sam terus berlalu pergi...

Liza : Rai? Tolong aku. Susah la ada ketua polis dekat sini.. dia cuma duduk situ. Kita yang tolong carikan maklumat.
Suki : kak Liza? Teruk ke ayah saya tu?
Liza : terlalu tegas.
Suki : err saya setuju.
Rai : aku tengah bercuti ni.
Suki : kenapa ni master? Kenapa berubah sekelip mata je?

Carol terkesan dengan kata-kata mereka. Mungkin dia lah penyebab nya Rai jadi tak mahu menyiasat. Rai cuma mahu menghabiskan masa bersama nya.

Rai : macam aku cakap aku tengah bercuti.
Carol : Err a..

Baru sahaja Carol membuka mulut, Mama Rai menyampuk.

Mama Rai : Man.. kalau kamu tak tolong mereka, mama tak nak merestui hubungan kamu.
Rai : apa?! arggghhh!!!

Rai terus bangun pergi ke arah mayat itu.

Jor : hoi hoi apa kau buat?
Liza : errr biarkan dia Tuan. Dia banyak menolong selesaikan kes kita.
Jor : kamu semua memang lemah! Kami serah kan kes polis ke orang lain. Apa hebat sangat orang....
Rai : bukan pembunuhan!
Jor : apa? Kau tak nampak ke bekas suntikan racun?
Rai : ya tapi tu bekas jarum yang di tekan sendiri oleh mangsa. Dia meracuni diri sendiri melalui makanan nya.
Jor : apa? Kamu jangan ingat saya dapat memperbodohkan saya.
Rai : kalau tak percaya, hantar lah mayat ni untuk di bedah siasat. Jangan meremehkan hasil kerja dari forensik.

Rai pun beranjak ke arah meja makan Mama nya dan Isterinya. Mereka berdua melopong melihat Rai.

Suki : hehehe tak apa. Mak cik dan kakak akan terbiasa jugak nanti. Saya pun tak sangka..
Mama Rai : Man! Apa dah jadi kat kamu nak? Macamana kamu boleh selesai kan kes begitu cepat?
Rai : ermm...
Carol : aku pun tak sangka betul.. tak sampai beberapa minit..
Suki : macam yang saya cakap, kamu akan terbiasa nanti.

Bedah siasat pun selesai setelah 4 jam petugas dari forensik datang memberitahu hasilnya. Dan memang benar apa yang di kata kan Rai.

Jor : budak tu.. lebih handal dari aku.

Katanya dengan mengeram geram.

P/S : mengeram telur ke?

Carol : err saya nak ke tandas sekejap.
Rai : ya silakan.
Mama Rai : mama pun.

Mereka berdua masuk ke dalam tandas serentak. Beberapa minit kemudian, di hadapan cermin...

Mama Rai : kamu bukan Carol dari sini kan?

Carol terdiam mendengar pertanyaan itu.. dia cuba mengelak ..

Carol : apa maksud Mama?
Mama Rai : sudah lah jangan nak berpura-pura lagi. Mama dah tahu!
Carol : macamana?
Mama Rai : Man mungkin bijak sekarang tapi dia terlupa yang Mama lahirkan.
Carol : mama suntik cecair NF tu juga ke?
Mama Rai : ye, jadi mama nak kamu jauhi Rai. Jangan dekati dia. Cukuplah dengan satu Carol dulu. Dia tak pernah berjumpa dengan Mama.
Carol : ..........
Mama Rai : ingat, ini kali terakhir kamu bertemu dia. Kalau tidak, kamu akan di timpa bala.

Carol seperti nya memikirkan sesuatu. Memanglah bagus dapat jauhkan diri dari Rai tapi ....

Carol : tapi Rai akan tetap cari saya. Walau macamana pun jauh nya saya pergi dia tetap cari saya. Memang saya kembar Carol dari dunia ni tapi saya bukan Carol yang sama.
Mama Rai : jadi? Kamu nak jauhi dia ke tak?
Carol : semestinya tidak... Saya akan tetap bertemu dengan dia dan Mama akan tetap jadi mertua saya. Jangan samakan saya dengan Carol yang tu! Kita buat hubungan yang baru.
Mama Rai : ok. Kita tengok macam mana?

Carol keluar dari tandas. Mama Rai pula tersenyum...

Mama Rai : bertuah lah Mama dapat menantu macam dia. Tapi dia bukan menantu aku. Mungkin lain kali aku akan satukan mereka.

Di rumah Rai, Mama Rai bersiap untuk balik. Dia mendorong beg roda nya ke tangga untuk turun.

Mama Rai : ok lah Man.. oh silap. Rai! Si penyiasat yang hebat! Hahaha. Mama bangga dapat anak macam kamu. Rupa-rupanya tak salah kamu pilih kerja ni...
Rai : hahaha ya mak.
Mama Rai : mama! Panggil mama, mama .
Rai : ya mak. Carol salam mak ni. Biasa dia ni.
Carol : yelah. Selamat balik mak.
Rai : amboi, macam suka je mak saya balik.
Carol : kat dunia ni sebut apa?
Rai : hati-hati jalan.
Mama Rai : hahaha kamu berdua memang sesuai. Mama yakin kamu boleh ubah Carol dari pencuri ke orang yang baik. Ok lah mama jalan dulu.
Rai : cih, mak dah tahu rupanya.
Mama Rai : hah! Mama terlepas cakap ke Carol ?
Carol : (menepuk dahi) ya ya...
Rai : tak perlu lah kita berpura-pura. Syuh syuh.. awak pun pergi balik. Dah lewat ni.. kalau awak tinggal sini...
Carol : apa dia?
Rai : hehehe tak apa.
Carol : tahu takut. Nasib mama ada kat sini. Dia ni gatal mama kalau nak tahu.
Mama Rai : ohh Rai.. kamu ni! Meh sini mama pulas telinga tu..
Rai : ehhh jangan. Ayah mana mak?
Mama Rai : ayah kamu dah lama meninggal!!

Bersambung.....

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top