Bab 1 Dunia Baru

Note : baca Parallel Lives baru faham. Untuk bab 1 ni kita mula dari bab 17 dalam Parallel Lives.

Dron gas Pillacarbon telah pun memenuhi dunia Rai. Rai melihat dari jendelanya hanya terpana dan terdiam. Dia terdengar sesuatu di belakangnya lalu terus menoleh kebelakang. Ada surat di atas mejanya.

Rai : apa ni? Nak kata hari jadi aku, dah lepas.

Rai pun membaca isi surat tersebut.

Rai. Ini aku Ghaif. Dalam kotak itu ada cecair NF. Dia tak kan hilangkan ingatan kau tentang apa yang berlaku selama ini. Kalau kau nak ingat tentang kenangan yang kita lalui, suntikan cecair ni. Jika tidak, nanti kau lupa Carol pernah mati. Jadi masalah pula kan?

Selesai baca, Rai terus mengambil cecair NF itu.

Rai : aku dah la takut jarum. Ahh aku tak boleh lupa benda ni.

Rai pun menyuntik pada lengannya.

Sejurus dia menyuntik cecair NF itu , gas Pillacarbon mula mengeluarkan asap berwarna merah jambu. Gas itu adalah alat mencuci otak supaya mereka tidak ingat akan parallel sima. Ketika itu, Mama Rai datang menemui Rai.

Mama : Rai?

Rai menoleh ke arah Mama. Dia tersenyum gembira dan menangis.

Mama : laaa kenapa ni?

Dia memeluk anak nya Rai. Tatkala itu dia terlihat surat di meja dan picagari NF itu. Ada sedikit cecair dalam nya. Dengan perlahan-lahan dia mengambil picagari itu dan menyuntik tangannya.

Mama : entah dengan siapa dia berkawan. Tapi jika betul NF ni boleh mengelakkan aku dari hilang ingatan mungkin lebih baik. Ya, Carol! Kenapa dia mesti datang ke sini? Tak guna..

Note : jika tulisan berubah menjadi senget seperti (wattpad) dalam dialog bermakna watak itu sedang berkata di dalam hati mahupun fikiran dan sedang bercakap menggunakan telefon. Jika tiada, itu boleh di jadikan mesej atau surat.

Mama Rai berpura pura pengsan. Rai tidak sedar Mama nya telah pun mengambil cecair NF itu.

Semua kehidupan di dalam dunia itu pengsan secara tiba-tiba. Selepas terjaga, mereka mendapati diri mereka penuh dengan keringat yang membasahi tubuh mereka. Mama Rai juga tersedar padahal dia hanya berpura-pura.

Mama : Rai! Kamu selamat!
Rai : ye mak.
Mama : panggil lah Mama. Kenapa susah sangat? Dari kecil kamu asyik panggil mak.

Keluh Mama nya sambil mengambil tuala dan mengelap wajah Rai.

Rai : hmm harum nya bau tuala ni. mama, ku sayang mama, harum mu mewangi buat saya tercari-cari.

Nyanyi Rai sambil goyangkan badan.

Mama : hahahaha ada-ada je la kamu ni. Dah pergi mandi. Mama nak bawa kamu pergi makan.
Rai : ye mak.

Dia pun berjalan menuju ke pintu keluar pejabat namun dia terhenti seketika.

Rai : Mak, Carol masih hidup.
Mama : ya, mama tahu. Lagipun bila masa dia mati.

Mamanya cuba menipu.
Rai terus keluar.

Rai : tak sangka gas tu menjadi. Hahaha ketawa jahat .... Kejap.. ini boleh jadi alasan untuk Carol dari dunia lain tu rapat dengan aku. Aku akan ajak dia makan. Hahaha aku memang bijak...

Dia pun pergi ke bilik dan menelefon Carol. Dia menceritakan semuanya.

Carol : jadi aku selamat?
Rai : ya. Tak kan ada orang buat rusuhan lepas ni. Eh kejap? Macamana kau boleh ingat kau dari dunia lain? Bukan ke semua orang kena gas tu?
Carol : biasalah. Aku kan skandal Ghaif.
Rai : nandato!!!!!
Carol : gurau je la.
Rai : fuh nasib baik. Ini bermakna kau juga di berikan cecair NF.
Carol : ya, dalam surat ni dia kata "tak nak bagi kau senang-senang dapat aku".. logik juga. Lagipun aku tak berminat dengan lelaki jenis kau jadi suami aku.
Rai : erghh... entah kenapa roh aku macam terkeluar sekejap.

Carol meletakkan telefon

Rai : tunggu Carol!! Haih dia ni. Ini semua salah Ghaif. Nanti kalau aku jumpa dia aku sekeh-sekeh kepala dia. Oh mesti kau orang nak tau kenapa aku dan dia beraku-kau? Sebab secara logik nya, dia bukan isteri aku. Cuma muka dia sama dengan isteri aku. Ye la, lagi pun dia dari dunia lain. Aku tak pernah terfikir pun ada orang yang sama di dunia lain. Tapi menurut Carol yang dari dunia lain ni.. orang yang sama muka dengan aku dah pun meninggal. Aku kat sini, Carol pun dah meninggal. Memang takdir dan harapan dekat dengan aku. Tapi tu la, Carol isteri aku seorang peguam. Dia pula pencuri. Macamana lah aku nak sedar kan dia ? Sebab aku kau dengan dia, masa dia datang dia ajak aku makan malam. Jadi banyaklah kami bercerita. Dan kami putus kan untuk beraku kau sebab dia sendiri tak nak terima aku. Kawan boleh lah. Huhuhu sedih ni.. tak nampak ke? Bayangkan lah..

P/s : sepatut nya aku yang bercerita!!

Mama : Rai ?!! Cepatlah..
Rai : kejap! Tunggu Carol bersiap.

Tingkap bilik Rai terbuka. Ternyata Carol.

Rai : woo ! Kau ni Spiderman ke? Macamana kau boleh naik tingkat dua ni?
Carol : jangan sibuk lah. Ini gaun merah. Sesuai tak?
Rai : hihi kau pakai apa pun semua sesuai. Tapi mana kau dapat baju ni?
Carol : curi.
Rai : kenapa kau mencuri? Berhenti men.....
Mama : Rai! Kenapa lama sangat?
Carol : pergi tengok tingkap tu. Jangan pandang belakang!

Rai menurut sahaja kata Carol. Sementara itu....

Mama : pelik? Sejak bila Carol ada kat sini? Mungkin dia nak yakin kan aku yang Carol masih hidup dan dia masih isteri Rai. Aku benci Carol. Kenapa mesti wujud dalam dunia lain? Kalau aku tak baca surat tu dan suntik cecair tu mesti aku di bodohi. Buat masa sekarang aku akan mengikuti permainan mereka.

Akhirnya mereka bersiap...

Mama : wah cantiknya menantu mama ni..
Carol : hehe terima kasih.
Mama : cantik lah sangat!
Rai : biasalah. Tengok lah isteri siapa. Hahaha ketawa jahat.

Mereka pun pergi makan malam. Di sebuah restoran mahal.

Carol : tak sangka Mama pergi ke restoran ni. Banyak duit ya.
Mama : lah, kamu dah lama jadi menantu mama tak kan tak tau mama ni usahawati?

Carol dan Rai saling berpandangan. Carol cubit peha Rai dengan kuat.

Rai : maksud dia, tak sangka pergi restoran ni. Sebab mak kan banyak duit. Kenapa tak pergi restoran lebih mahal?
Mama : ini je dekat. Kamu ni Carol, masih kerja peguam lagi ke?
Carol : errr tak. Dah tak. Suri rumah sepenuh masa. Lagipun Rai..
Rai : ehem!
Carol : hish.. maksud saya Abang dah ada kerja tetap. Banyak duit dia dapat.
Rai : haha jangan lah tanya pasal dia saja. Tanya lah anak mak ni. Nak tahu tak, Sara dah jumpa mak dia. Dia tinggal dengan mak dia.
Mama : jadi, kamu sudah berapa tahun ya berkahwin dengan Rai?
Rai : erghh, kenapa perempuan suka mengabaikan aku?
Carol : tahun ni 4 tahun..
Mama : hmm betul. Rai dulu kerja apa ya? Saja tanya. Mama tahu.. saja tanya.
Carol : polis?

Rai terpana melihat Carol jawab dengan yakin akan soalan ibunya...

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top