9. Paranormal | Mahu Menjadi Kawanku
Adakah kau mahu menjadi kawanku?
Ktak. Ktakk.
Kaki aku melangkah masuk kawasan sekolah.
Bangg!!
Beg aku letak atas meja. Buku latihan aku keluarkan. Masa itu emas. Buku latihan kosong itu tak akan menulis dengan sendiri.
Meja di depan mula kecoh. Perempuan. Kalau tak gosip bila tiada cikgu ni memang tak sah.
"Kau tau citer tak?"
"Yang pasal blog tu."
"Ehh. Dah kecoh la sekarang."
"Seram kan?"
"Wujud ke?"
Aku pasang telinga. Kepalaku penuh dengan soalan.
"Hey Mia. Kau buat apa? Homework? Aku rasa kita tak de homework pun. Kalau ada bagi la aku pinjam buku kau."
Aku pandang budak lelaki itu dengan geram.
"Kalau ada pun kau buat la sendiri. Tu kan kerja kau. So jangan nak meniru orang pulak."
"Kuang ajar kau eh?"
Aku berdiri. Cermin mata aku betulkan.
"So what you want do?" ejek aku.
"Nerd."
"Idiot." carut aku.
"Aku belum setal lagi ngan kau." balasnya apabila Cikgu Su masuk kelas kami.
Namaku Mia Camilia. Umur? Baru sahaja tingkatan empat. And yes tahun depan aku akan menduduki SPM.
Hidup aku dipenuhi dengan berlajar. Tidak cukup dengan sekolah ibu bapa aku menghantar aku ke kelas tambahan. Bukan itu sahaja mereka juga memberi aku berpuluh-puluh buku latihan.
Semuanya semata kerana aku mendapat markah kurang baik dalam PT3. Jadi dalam masa 2 tahun ini aku akan belajar pelbagai cara.
Kawan? Jangan cakap dengan budak nerd macam aku.
"Blog? Dah kecoh? Seram? Apa benda yang diorang cakap?" kataku sambil berjalan kaki mahu pulang.
"Dah balik? Cepat siap mama hantar pergi kelas tambahan." tegur mama.
"Hari ni tak de."
"Malam ni?"
"Hmm. Ada."
"Hantu Aswang paling seram berasal dari Filipina. Pada siang hari, ia berbentuk manusia yang bersifat pendiam."
"Malamnya ia akan bertukar menjadi makhluk yang kejam dan menyeramkan. Aswang amat kuat dan mampu bertukar menjadi beruang raksasa hitam." mulutku membaca setiap kata dalam blog itu?
Kakiku melangkah dari kelas tambahan malam sambil memikirkan Aswang dalam blog itu.
"Wujud ke?"
Aku pandang belakang apabila ada seseorang mengekorinya. Budak nakal ke?
Aku pandang pula atas apabila ada benda terbang atas kepalanya. Aku mula memikir tentang blog itu. Dengan pantas lari pulang.
Perlahan aku buka mata. Lena aku terganggu. Aku melangkah ke tingkap. Siapa buat bising waktu macam ni.
Sejak dari malam itu. Tingkap aku sering dicakar oleh sesuatu?
Bukan itu sahaja. Atap bilik aku juga sering dicabar sama. Dan aku mendengar ada seseorang melangkah dari luar bilik aku.
Takut jangan cakap la. Tapi apabila aku bertanya pada ibu bapaku mereka jawab tidak tahu. Dan mereka tidak mendengar apa-apa.
Mungkin aku stress dengan belajar sampai berhalusinasi begitu rupa. Aku mula percaya ia wujud pada satu malam.
"Woof. Wooff."
Anjing menyalak tanpa henti. Itu mungkin anjing liar yang datang buat bising. Apabila anjing itu makin bising aku melangkah ke tingkap.
Aku pandang sebatang pokok. Arah anjing itu menyalak.
Bulat mata aku melihat benda itu. Kakiku melangkah ke belakang.
Seperti biasa atap aku dicakar olehnya. Aku mula takut.
"Kau nak apa?!" tanya aku tanpa sedar.
Ayat yang sama berulang kali.
Adakah kau mahu menjadi kawanku?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top