8. Fanfiction | Tersuka Tanpa Sedar

Kuala Lumpur International Airport aku jejak. Aku bingung kejap.

"Beb kita buat apa kat sini?"

"Jumpa L Infinite. Kenal kan?" selamba minah ni jawab.

"La aku ingat abang kau balik." hampa aku. Si Tasya ni tau aku minat abang dia.

"Tak lama lagi dia balik la. Tapi tak tau bila."

"Apa-apa pun good luck kay." ejek aku sambil menghadap handphone.

"Maksud kau?"

"Myung Soo!!"

Terlopong mulut minah tu apabila berpuluh orang menjerit sambil memegang sepanduk.

"Berusaha la kay. Aku gerak dulu. Kau kan tau aku tak minat k-pop bagai ni. " aku mula buka langkah.

"No. Disebabkan mulut cabul kau ni kau tak boleh balik."

"Cabul? Wei kau sorang minat apa nama dia? L? Myung Soo?"

Tanpa balas badan kecil aku ni ditolak olehnya. Paksa aku ikut dia.

Aku seakan mahu mati lemas apabila berhimpit dengan berpuluh orang.

"Hey apa ni tolak-tolak!!" marah aku pada orang belakang.

Dia tidak peduli dengan amarah aku. Malah dia makin menolak.

"Aduhh!!" punggung aku gosok sakit.

Jauh juga aku terpelanting. Patut la punggung aku sakit. Lalu aku bangun.

"Kau dah kenapa? Tolak aku sampai sakit punggung aku." marah aku apabila tidak sedar di mana aku.

"Errr. Cik tak patut ada di sini. Cik dah lepasi tali itu." suara asing menyapa telinga aku.

"Encik tak nampak ke perempuan tu tolak saya? Sakit jangan cakap lah." aku masih dengan mood marah.

Kaki aku hentak beberapa kali bertanda terlampau marah. Tapi tak tahu mana silap aku badan aku sekali lagi melayang dan..

"Got you."

Aku pandang belakang. Si menyambut aku. Pinggang aku dipegang erat supaya aku tidak jatuh ke lantai buat kali kedua.

Whatt?! L Infinite? Myung what?? Mata aku berkelip beberapa kali tanda tidak percaya.

Tapi dia hanya tersenyum. Comel. Tidak percaya dia berumur 20 an.

"You so cute when you mad. And when you do like that." dia ajuk kelip mata. Lalu dia tergelak. Comel lagi.

"What?!" aku tolak dia.

Jadi dia dari tadi tengok aku tengah marah-marah? Ala malunya aku. Tanpa berfikir aku melarikan diri.

"Wait!!" dia cuba panggil aku.

Tiga hari. Aku berkurung dalam bilik. Akibat malu teramat. Drama sangat.

"Apa sal aku jadi macam ni? Dia bukan kenal kau pun. Lily kau bukan macam ni. Kau mana minat k-pop bagai ni." aku berkata seorang diri.

Aku bangun perlahan. Tak boleh jadi macam ni. Dah macam putus cinta je orang tengok. Semua sebab Tasya. Dan minah yang sengaja tolak aku tu. Geramnya aku.

Kek coklat itu aku masuk dalam mulut aku. Sedap puji aku.

"Here you are. How long I looking you."

Perlahan-lahan aku angkat kepala. Aku tutup mulut terkejut.

"Myung Soo?!!" jerit aku tanpa sedar.

Tergelak kecil dia apabila jerit tanpa sedar. Dan dia senyum lagi. Serius aku cakap kau comel bila kau senyum macam itu padaku. Tolong jangan senyum macam tu.

Aku bukan seorang pencinta pelakon dan penyanyi korea. Pertemuan kami tanpa sengaja telah membuat aku suka padanya tanpa sedar. Biarpun suka terhadap idol dan peminat aku tak kesah. Semoga dia datang lagi ke Malaysia ini.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top