7. Werewolf | Buru Sang Serigala

Belantara kawasan yang berbahaya. Jangan pernah jejak ke hutan itu.

Penduduk kami berusaha untuk tidak melangkah ke kawasan hutan berbahaya itu.

Walaupun kami memerlukan hasil hutan untuk kegunaan harian kami. Pemburuan binatang dan menerbang juga kami tidak dapat melakukan.

Semua kerana ingin menyelamatkan nyawa penduduk kami. Tetapi masih ada yang ingkar.

Simon memandang pokok-pokok yang tinggi lagi besar itu. Langkah kawan-kawannya tetap diekori dengan takut.

"Korang tak pe kita main dalam hutan ini?" tanya Simon.

"Mon. Relax la. Abang aku selalu main dalam hutan ni. Tak de pape la." balas Ervin.

Tiba-tiba Simom berasa ada sesuatu mengekori mereka.

"Err.. Ervin."

"Bising la Simom. Ervin kenapa kau ajak dia ni?" bengang Eric.

Tanpa mereka sedar seekor serigala mengekori mereka. Dan menunggu masa untuk menyerang. Dan apabila mereka bertiga masuk jauh dalam hutan...

"Serigala!" jerit Simom.

Ervin panik. Lalu serigala itu menyerang mereka. Simom dengan pantas melarikan diri.

Bangg!!

"Kau ke mana?" tanya Abang Louis.

"Cari makanan."

"Kau dah gila? Aku nampak kau buat apa tadi. "

"Aku lapar bang. Bukan salah aku. Diorang masuk hutan ni."

"Aku tak mahu mereka bertindak meragut nyawa kita." Abang Louis bersuara lagi.

"Aku tak serang kampung mereka. Mereka yang berkeras masuk kawasan kita. Salah aku ke bang?"

Iya. Kaum kami tidak bersalah. Kami sudah beri amaran pada mereka.

"Apa yang berlaku saya harap dapat beri pengajaran kepada kita semua."

"Sememangnya kita tidak boleh masuk ke kawasan hutan itu."

Penduduk kampung kecoh apabila serigala menyerang lagi. Kami tidak boleh berdiam lagi.

"Laparnyaaa." Leo merengek.

"Last aku makan. Tiga hari lepas. Dua orang. Tapi budak lagi." kawasan berumput itu aku pijak.

Tiba-tiba aku terhidu bau manusia. Lalu aku berubah menjadi serigala.

Lagi satu manusia yang bernasib malang. Bisik aku.

Kawasan hutan itu aku perhati. Betul ke kat sini ada serigala? Hood di kepala aku betulkan.

Reranting yang kering berbunyi. Aku pandang belakang. Tetapi tiada.

Bila aku pandang depan. Ada seekor serigala.

"Lagi sorang budak?" tanya dia lalu berubah jadi lelaki.

Handsomenya. Bisik aku.

"Come la. Aku tengah lapar gila ni."

Aku pandang dia dengan marah. Dia baru perlekehkan aku.

"Apa budak macam kau ni masuk hutan. Tak sayang nyawa ke?" tanya dia.

"Aku datang sini nak bagitau berhenti bunuh penduduk kampung kami."

"Budak perempuan?" hood merah itu menutup mukanya membuat aku tidak tahu dia seorang perempuan.

"Dengar. Kaum kami tidak pernah membunuh sesuka hati. Kaum kami telah beri amaran pada para manusia untuk tidak jejak ke hutan ini."

"Sumber hutan adalah salah satu keperluan kami."

"Kaum kami telah menghalang untuk tidak masuk kawasan hutan. Dan kami tidak akan sekali meragut nyawa kamu semua. Kamu semua juga bersetuju. Tetapi kenapa masih melanggar janji yang telah dibuat?" Leo naik marah.

"Tetapi tidak bermaksud kamu semua boleh membunuh dan makan kami semua."

"Kami tidak membunuh sesuka hati. Tapi kami beri pengajaran kepada yang melanggar amarah kami."

"Jadi jangan salahkan aku bila salah seekor serigala mati di tangan manusia seperti kami."

"Apa maksud kau?"

Terbeliak mata Leo apabila pisau perak menusuk perutnya.

"Aku Grace si pembunuh si serigala."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top