6. Seram | Salah Tempat

Aku percepatkan langkah aku. Aku berlari sekuat hati. Melarikan diri dari sesuatu? Iya tepat sekali.

Peristiwa Pak Din tadi masih segar dalam ingatan aku. Pak Din dibaham dengan kejam. Dengar saja sudah ngeri apatah lagi yang melihatnya.

Daun-daun kering itu aku pijak. Bunyi daun-daun kedengaran. Aku tahu binatang itu mengejar aku. Bukan binatang. Tapi aku sendiri tidak tahu apa makhluk itu.

••••••

"So jadi ke kita pergi Jerantut dekat Pahang?" tanya Abang Kamal.

"Abang Kamal biar betul? Saya fikir korang main-main je." aku bersuara.

"Li kau macam tak kenal Abang Kamal ni. Abang kan suka bab-bab mengembara jelajah semua ni."

"Masalahnya Jerantut la Bang. Hutan paling besar."

"Peluang hanya sekali je datang." Abang Kamal tetap berkeras.

Aku juga terpaksa mengikut mereka. Seperti yang aku jangka bos kami bersetuju dan menganjurkan aktiviti berkhemah dan bercamping di kawasan berhutan di Jerantut ini.

Aku ada juga terdengar berita tentang bahayanya hutan di Jerantut ini. Tetapi aku tidak mahu mempercayainya.

Tetapi kata-kata Pak Din iaitu lelaki tua yang membawa kami ke sini memrunsingka aku. Pak Din salah satu penduduk di kawasan Jerantut ini. Tinggal yang tak jauh dari sini.

"Korang semua tak patut datang sini. Lebih baik pergi jauh dari sini."

Kami datang ke sini selama dua minggu. Selama kami ke sini kami melakukan pelbagai aktiviti. Seramai 60 orang yang menyertai aktiviti berkhemah ini termasuk aku. Dan sebanyak 20 khemah yang telah kami dirikan.

Pada mulanya kami merasa selamat di sini. Tapi lama kelamaan keselamatan kami mula terancam. Kami merasa seperti ada sesuatu sedang memerhati kami. Bekalan akanan kami lama kelamaan dicuri. Yang pasti bukan salah seorang dari kami.

Hinggalah pada suatu hari.

"Arrrggghhh.." jerit Kak Leha.

"Ala itu mesti kena hendap." kata salah sorang budak lelaki.

Kami semua juga fikir macam tu. Tetapi ternyata kami semua salah. Kak Leha mati dibunuh oleh sesuatu? Pada mulanya kami terfikir angkara perbuatan binatang buas.

"Kita kena keluar dari sini. Sebelum orang lain jadi mangsa."

Idea salah seorang dari kami mendapat persetujuan ramai pihak. Dengan itu kami semua cuba keluar dari hutan tebal ini. Tetapi malang. Jalan yang semua kami lalui tidak mengeluarkan kami dari sini. Kami terperangkap.

"Aku nak balik."

"Kaluarkan kami."

Jerit kami semua. Panik.

"Aku dah cakap kita tak patut datang sini." aku mula menyalahkan mereka.

Kami putuskan berehat sebentar memandangkan hari kian gelap. Esok kami akan cuba cari jalan keluar dari sini.

"Arrrggghhh."

Seseorang menjerit. Membangunkan kami semua.

Kami semua tergamam. Takut. Terkejut. Panik.

Di hadapan kami terdapat suatu spesies yang tidak pernah kami semua temui. Rupa seakan manusia. Tetapi berwarna putih? Kurus kering hingga menampakkan tulang-tulangnya. Bermata besar.

"Apa benda tu?" tanya salah seorang dari kami.

Makhluk itu terus serang kami. Ramai yang menjadi mangsa. Aku seakan tidak percaya. Lalu pantas melarikan diri.

Menggigil aku di salah satu batang pokok. Aku kena cari jalan keluar dari sini.

"Akhhh.."

Aku pandang belakang. Makhluk itu berada di belakang aku? Tiba-tida makhluk itu terdorong ke belakang seperti ditarik seseorang.

"Lari. Arah sana. Ada satu perahu di sana."

Pak Din?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top