2. Roman | Batal Kontrak
Date pertama sudah selesai mereka berdua laksanakan. Pasti mereka sudah berkenalan. Sekarang masa untuk aku berehat sebelum aku merancang rancangan yang baik punya untuk mereka.
Banggg!!?
Pintu bilik pejabat aku itu ditolak dengan kasar sebelum aku sempat terlelap. Apa plak ni. Boleh tak bagi aku tidur sekejap dulu?
"Cik Haila."
Kepala berdiri tegak. Memandang si empunya suara. Aku fikirkan secretary yang masuk untuk memberi aku kerja lagi. Rupanya klien aku?
"Cik Wany?"
Cik Wany senyum kecil. Dari raut wajahnya dia sedang marah.
"Awal Cik balik? Date dah habis?" aku sekadar berbasi-basi.
"Beginilah tak perlu kita membuang masa. Saya ke sini untuk berbincang sikit." biarpun lembut tetapi dia tetap bermasam muka.
"Berbincang? Tentang apa ya? Ada masalah ke?" aku semakin pening. Sudahlah aku kepenatan sekarang satu lagi masalah timbul.
"Saya nak cancel semua ni."
"What? But Cik Wany dah tandatangan kontrak itu yesterday. And hari ini je baru first date dengan..."
"Kamarul. Dia tu ex saya Cik Haila! Saya tak boleh terima ini semua. Kami dah lama berpisah. Sehinggalah saya bersetuju untuk terima rancangan gila ini."
"Cik Wany..." jujur aku turut simpati melihat nasib ganis berbadan kecil itu.
"Tolonglah. Saya mengaku saya masih sayangkan dia. Tapi saya tak mampu. Dia sudah buang saya dalam hidupnya." tanpa segan Wany menangis di hadapan aku.
"Tapi Cik Wany. Sebelum ini saya sudah beritahu kontrak ini tidak dapat dibatalkan secara mengejut."
"Saya sanggup bayar denda atau sebagainya."
Aku mengeluh memikirkan masalah ini. Apa yang aku patut buat sekarang ni? Setelah aku baru tersedar bahawa aku tidak membuat sebarang tempahan lagi, aku bersetuju untuk membatalkan kontrak ini.
"Saya balik dulu." lalu Wany meninggalkan aku.
Cerita Wany mengingatkan masa silamku. Ahh sudah aku tidak mahu mengingatkan kisah itu lagi. Kisah yang cukup sakit.
Bip. Bipp...
"Yes Haila sedang bercakap." tanpa memandang si pemanggil aku bertanya.
"Wany ada jumpa you?"
"Yes. She want cancel this plan."
Dia mengeluh. "Can you...."
Aku pula mengeluh mendengar permintanya.
"Cik Haila panggil saya?" tanya Ana.
"Yes. You tempah restoran. Candle light dinner macam biasa. Sejambak bunga juga. Or chocolate maybe..."
"Tapi Cik Haila untuk apa?"
"Wany and Kamarul."
"Tapi Cik Wany dah ambil dia punya duit dan..."
"What?" sekarang aku nak bayar dengan apa?
Nampaknya Cik Wany benar-benar tidak mahu teruskan rancangan ini. Tapi kata-kata dia...
Saya mengaku saya masih sayangkan dia.
"Just do it Ana." Aku nekad.
Malam seperti yang telah dijanjikan. Walaupun pada mulanya Cik Wany tidak mahu datang tapi setelah dipujuk oleh aku dia setuju untuk datang.
Wany tutup mulut apabila terdapat satu jalan yang gelap diterangi oleh cahaya lilin.
Wany lalu mengikut cahaya lilin itu. Di hujung jalan terdapat satu satu meja bulat di tengah kawasan pantai. Macam mana dia tidak perasaan dia berada di pantai.
"Sayang."
Wany pandang belakang. Kamarul hulur tangan. Wany menyambut. Irama lagu Dari Matamu didendang dengan penuh romantik. Mereka menari tanpa memandang sekeliling.
"I am sorry."
Senyap.
"I miss you."
Juga senyap.
"I love you."
Wany senyum.
"I love you too." balas Wany ikhlas.
Kerja aku selesai. Aku tersenyum bahagia.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top