13. Humor | Lawak Ke


Dilarang ketawa dan senyum. Jika anda melanggar peraturan ini anda akan mendapat hukuman yang selayaknya.

Aku ternganga membaca notis itu. Patutlah time aku mula-mula datang dunia ni sepi je. Senyum pun tak de. Suram tau kota ni.

"Mengarut la apa yang notis ni bagitau."

"Bukan mengarut tapi peraturannya bodoh." celah aku.

"Sorry guys. Aku salah pilih tempat kita bercuti. Kau yang nak suasana kampung kan?"

Iya benar kata Allura. Bray dan aku Chaz pun bersetuju. Kami bertiga menggunakan masa cuti untuk bercuti bersama.

Tapi tak tau pulak jadi macan ni. Boleh ke kita hidup tanpa gelak tawa? Rasa macam hidup tanpa perasaan kan?

Apa nak jadi jadi la. Ada aku kesah. Aku pun bukan penduduk sini. Aku ni seorang pelancong sahaja.

"Hahahahaha..." macam orang gila Bray gelak.

Penduduk di situ hanya memandang. Pelanggan di warung yang kami bertiga lepak apa tah lagi.

Ada yang geleng kepala. Ada yang menegur kami. Lagi sekali aku cakap ada aku kesah.

"Bray aku tak buat lawak pun."

"Kitorang lepak ngan kau tak sah kalau tak gelak."

Aku senyum bangga.

"Ok aku ada teka teki ni."

"banyak-banyak negara. Negara apa paling orang geli."

Allura sudah geleng kepala.

"Negara apa?" tanya Bray.

"Italy. Sebab... Eeee tali." lalu terburai tawa aku.

"Hahahaha." Bray ikut gelak sekali.

Allura? Jangan cakap. Kalau lepak ngan aku sape je yang tak gelak. Tu yang kat Uni ramai minat aku. Walaupun aku ni tak tak kacak mana.

"Chaz. Senak siok perut aku." adu Allura.

"Tak de la aku just nak cakap Wati kirim salam."

"Wati mana?" tanya Allura.

"Wa tipu sama lu. Hahahah." ok yang ni serius lawak. Kenapa? Muka Allura tengah marah memang lawak.

"Chazzz."

Tiba-tiba semua mata memandang belakang aku. Bray dan Allura pun sama. Sebab diorang duduk kat depan aku.

Dengan selamba aku pandang belakang. Berkerut dahi aku.

Aku kat zaman mana ni? Mata aku tak salah tengok kan?

Aku pandang Allura dengan Bray. Ternyata diorang pun sama pelik macam aku.

"Kami ke sini sebab terdapat satu aduan mengatakan ada beberapa orang telah melanggar peraturan di kota ini."

Semua ada lima orang. Pakaian ala-ala tentera komunis. Kira polis la ni.

"Peraturan apa tu?" dengan selamba aku tanya.

Allura ngan Bray dah senyap. Takut la tu. Tak boleh harap lansung.

"Tidak boleh ketawa di kota ini."

"Walaupun kami hanya sekadar pelancong?" tanya aku berani.

"Peraturan tetap peraturan."

"Baiklah kalau kau tak gelak dengan lawak aku, aku akan ikut korang semua." cabar aku

"Nasi apa boleh bergerak?"

Semua semua geleng kepala.

"Nasi goreng pataya."

"Sebab apa?" tanya Allura dan Bray.

"Sebab ada empat tayar."

Mereka berempat gelak. Tapi yang satu ni ada masalah pundi ketawa ke?

"Binatang apa paling seksi?"

"Tak tau? Zebra. Bukak zip nampak bra. Hahahahah." sumpah aku tak boleh tahan dengan lawak ni.

Dan dia gelak? Yes aku berjaya.

Bukan senang nak jadi pelakon. Dan bukan senang nak buat orang gelak dengan lawak kita. Maaf saya tak pandai buat lawak. Because saya bukan seorang pelawak. Lawak saya semua lawak hambar. Nak tanya lawak ke?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top