10. ChickLit | Kisah Si Pemilik



Pisss...

Bunyi pintu keretapi dibuka.

Punggung aku hempas di salah satu kerusi. Suasana yang agak lengang aku hiraukan.

Apabila aku hendak menyandang aku merasa sesuatu di belakangku.

Sebuah buku? Atau lebih tepat lagi jurnal?

Aku teragak mahu buka dan baca atau tidak. Sebab aku ni bukan jenis ulat buku.

Apabila aku begitu pasti jurnal ini tidak bertuan. Dan aku mungkin menghabiskan masa dengan tidur aku perlahan buka jurnal itu.

Apabila aku buka jurnal itu sekeping gambar jatuh. Jatuh tepat di riba aku.

Gambar seorang perempuan. Cantik walaupun gambar itu agak lama. Mungkin berumur dalam 17 an.

03 Mei 2008
Hari ini hari pertama aku melangkah masuk alam Universiti. Perasaan aku? Gembira campur gemuruh.

Aku ketawa kecil membaca. Kemudian aku menyelak muka surat seterusnya.

09 Mei 2008
Kini sudah seminggu aku dalam dunia baru aku ni. Syukur aku dapat sesuaikan diri di sini.

Pisss.

Pintu keretapi dibuka lagi.

Aku melangkah keluar bersama dengan jurnal itu.

Pakk.

Pintu kamar mandi aku tutup. Tuala di bahu aku lap rambut panjangku yang basah itu.

Badan yang letih aku baringkan di atas tilam empuk itu. Mataku terpandang jurnal yang elok di atas meja itu.

Aku capai. Buka dan sambung membaca.

38 Mei 2008
Hari ini genap sebulan aku di Kuala Lumpur ini. Aku mahu balik Terengganu. Rindu ayah ibu.

Jadi dia orang Terengganu? Bisik aku.

09 Jun 2008
Genap setahun sudah aku di sini. Dan aku mula rapat dengan seorang lelaki.

Wow menarik. Ada cerita cinta.

09 Mei 2011
Hari terakhir. Kami sudah selamat selesai menamatkan pengajian diploma kami. Aku sudah tidak dalam bertemu rakan karibku semua lagi. Dan juga Helmi.

Siapa Helmi?

01 Jan 2012
Hari permulaan hidup baru. Aku dah berjaya dapat kerja dengan kepakaran aku. Syukur tak terkata.

Aku senyum. Aku seakan membaca novel. Novel yang tak pernah aku suka.

01 April 2012
Hari paling bersejarah dalam hidup aku. Aku pergi ke hospital selepas kesihatan aku agak teruk. Dan aku mendapat satu berita dari doktor yang merawat aku. Aku disahkan menghidap kanser payu dara. Ya Allah sungguh besar ujianMu kepada hambaMu ini.

Aku tutup mulut. Aku tak pernah terfikir ini terjadi dalam hidupnya.

23 Sep 2012
Ya Allah sekali lagi Engkau memberi aku ujian. Hari ini Helmi melamar aku di saat kesihatan aku semakin buruk? Apa dia tak nampak keadaan aku ke?

01 Nov 2012
Helmi tetap berkeras mahu menjadikan aku isterinya. Dan menerima baik buruk aku.

Aku terharu. Lalu menyelak muka surat seterusnya. Aku kaget. Muka surat itu terkoyak?

08 Dis 2012
Hari ini hari bersejarah buat hidupku kerana...

Dan untuk buka surat seterusnya memang sengaja dikoyakkan. Aduh.. Endingnya mana ni. Aku tersenyum apabila terpandang alamat di Terengganu.

Aku ternganga apabila tuan rumah itu beritahu rumah pemilik jurnal itu sudah lama kosong.

"Makcik kat sini ada resort tak?"

"Ada kat tepi pantai sebelah sana."

Kedua belah tangan aku menadah pipi. Ternyata sia-sia aku datang ke sini.

Aku bangun dan tanpa aku sedar jurnal hitam itu jatuh ke lantai.

Apabila tangan aku mahu mencapai ada tangan lain mencapai jurnal itu juga.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top